Best
39 stories
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 974,371
  • WpVote
    Votes 43,429
  • WpPart
    Parts 48
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,533,702
  • WpVote
    Votes 140,322
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
DIANA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,626,577
  • WpVote
    Votes 67,574
  • WpPart
    Parts 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."
DENDAM MR DEVIL by farnazamri
farnazamri
  • WpView
    Reads 905,679
  • WpVote
    Votes 30,378
  • WpPart
    Parts 106
[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + unexpected plot twist + read at ur own risk
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,767
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Sleeping Prince Love (✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,426,343
  • WpVote
    Votes 90,383
  • WpPart
    Parts 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan. Apa yang dia mahukan hanyalah sebuah keluarga yang bahagia dan ihsan daripada bapanya. Namun, baginya itu takkan pernah menjadi realiti. Kisahnya tak seindah cerita Cinderella namun dia harap kesudahannya adalah bahagia. Tengku Fikh Fakhrullah- Lelaki yang dikelilingi cinta dan kasih sayang. Dia sempurna segalanya. Impiannya adalah mahu menjadi suami kepada tunangnya, Qurratun yang amat dicintainya. Namun, bukan semua orang ada kisah yang gembira. Penghujungnya, dia hilang satu-satunya perempuan yang dia cinta. Mereka berdua memiliki latar belakang yang berbeza namun siapa sangka mereka mampu membina takdir mereka bersama. Bila takdir itu memiliki, kisah mereka tercipta.Bila cerita Cinderella dan Sleeping Prince diriwayatkan dalam satu buku, penghujung cinta mereka mungkin berbeza.
RAHSIA HATI by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 5,185,830
  • WpVote
    Votes 83,244
  • WpPart
    Parts 46
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meninggalkannya demi mengahwini lelaki lain. Sikapnya yang dulu dingin bertambah dingin. Hatinya mula tertutup untuk menerima cinta baru. Hanya bekas kekasih yang diinginkannya. Muncul idea gila lelaki itu yang ingin mempunyai anak, darah dagingnya sendiri untuk mengisi ruang kosongnya. Namun siapa yang sanggup mengandungkan anak Megat Ian? Dan rela untuk dipergunakan lelaki itu? Bahagiakah Megat Ian bila hasratnya sudah tercapai? *********************************************** Nur Aaira Medina seorang gadis yang polos dan ramah. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Membesar dengan neneknya menjadikan dia lebih berdikari. Namun ujian pula hadir mengujinya. Disebabkan desakan wang dia rela melakukan perkara yang boleh memakan diri sendiri. Mahkota yang disimpan diambil oleh lelaki yang tidak mencintainya. Bagaikan dia menjual maruahnya. Mampukah Aaira mendapat kebahagiaan? ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja. SELAMAT MEMBACA Please only 18+ readers 🔞⚠️ Second book Start : 28 July 2019 End : 18 November 2022 Author : ssweetroses
AKU MAHU KAMU by Madam_Mk
Madam_Mk
  • WpView
    Reads 464,939
  • WpVote
    Votes 11,942
  • WpPart
    Parts 48
Cinta pandang pertama?mungkin.Dia sendiri tidak tahu,tapi kali pertama mereka bertemu pandang,dia seakan teruja.Dengan nekad dia harus menjadi milik lelaki itu.Memiliki lelaki itu menjadi tunjang utama hidupnya.Tidak kisah digelar gedik atau murahan,yang penting lelaki itu harus menjadi miliknya.Cinta?dia sendiri tidak tahu apa makna cinta,bahagia?dia sendiri tidak pernah merasa bahagia.Tetapi memiliki lelaki itu seakan memberi kepuasan pada dirinya.Biarpun lelaki itu lebih berusia dari nya. 'I want you,Faliq'-Orked Ardelia Namun apakah yang akan terjadi bila lelaki itu mahu menyunting gadis itu sebagai isterinya?Kerana bagi lelaki itu bercinta seperti pasangan lain sama seperti hubungan yang tiada berpenghujung.Dia mahu menyunting gadis itu untuk memberi sesuatu yang sangat berharga pada dirinya.Dia hanya mahukan hubungan yang kekal dan halal walau tanpa cinta. 'I don't do relationship before marriage'-Faliq Qidran. AKU MAHU KAMU akan menjawab semuanya. *mature content *romantic