quinnmochie
- Прочтений 43
- Голосов 11
- Частей 5
Wujud sebuah dunia ghaib yang dikenali sebagai Halvydelyn, ada 2 kuasa agung iaitu Luxalith, cahaya suci yang memberi kehidupan, dan Tenebris, kegelapan mutlak yang membawa kehancuran. Setelah sekian lama dikawal dengan ketat, seorang ksatria tamak bernama Xaldor telah melanggar larangan dengan membuka batu kunci Abyssus Noctis dan meresap Tenebris ke dalam tubuhnya.
Akibat perbuataannya itu, Xaldor dibuang oleh Lord Arnault, pemerintah pertama Halvydelyn. Tetapi Xaldor tidak melihat pembuangannya sebagai kekalahan... Dengan kekuatan yang kini mengalir dalam dirinya, dia berjanji bahawa suatu hari nanti, Halvydelyn akan tunduk di bawah genggamannya.
Namun, legenda tidak berhenti di situ.
Ramalan kuno menyebut bahawa seorang pewaris Seraphim akan lahir, dia memiliki kuasa yang melangkaui sesiapa pun-lebih hebat daripada Arnault, lebih kuat daripada Xaldor, bahkan mampu mengubah takdir Halvydelyn sendiri.
Adakah dia penyelamat yang akan mengembalikan keseimbangan?
Atau ancaman yang lebih dahsyat kepada Halvydelyn sendiri?