fav
3 stories
Indah pada waktunya by ThePenaLoka
ThePenaLoka
  • WpView
    Reads 806
  • WpVote
    Votes 83
  • WpPart
    Parts 31
5 tahun cukup lama masa diperlukan untuk melupakan seseorang. 5 tahun juga cukup lama untuk membina kehidupan baru. Tapi di mana silapnya bila semua itu tidak pernah terjadi? Adrianna... 5 tahun membawa diri ke Los Angelas, Adrianna setiap hari berteman dengan air mata. Rasa rindu padanya sentiasa menemani tidur malamnya. Siapa kata 5 tahun cukup melupakan semua kenangan bersamanya. Malahan kenangan itu semakin kuat berputar dan bermain dimindanya. Kenangan itu juga sentiasa memberinya semangat dalam membesarkan anak-anaknya. Timothy... 5 tahun menanti kepulangannya seperti satu penyeksaan kepadanya. Dia rindu kehadiran Adrianna dalam hidupnya. Perkahwinan yang terbina selama setahun hancur disebabkan salah faham yang berpunca darinya. Dia ingin menjelaskan kepada Adrianna, namun semuanya sia-sia bila sahaja Adrianna bertindak menghilangkan diri. Takdir disalahkan bila semua itu terjadi. Namun takdir juga yang menemukan mereka semula. Adakah pertemuan ini dapat menyatukan semula dua jiwa yang sekian lama terpisah? Atau adakah perpisahan secara nyata akan terjadi? "Kita salah masa dan waktu. Semuanya akan menjadi indah bila tiba waktunya," Timothy. "Berada di tempat yang salah dan waktu yang salah mengajar kita suatu erti rindu. Bila waktu itu tiba, semuanya akan indah," Adrianna. Adakah cinta dan sayang mereka cukup kuat dalam menghadapi segala permasalahan yang terjadi? Atau mereka goyah dalam suatu ikatan? Sebab semuanya akan indah pada waktunya...
Bidadari Tanpa Sayap by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 53,914
  • WpVote
    Votes 1,107
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Bidadari Tanpa Sayap Penulis: Ezza Mysara Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-85-4 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2019
Encik Gula by hnurain_
hnurain_
  • WpView
    Reads 456,777
  • WpVote
    Votes 16,850
  • WpPart
    Parts 36
Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah. “Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang…”-QASEH “Err… Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi…”-RIZQY QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan. “Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY