")
7 stories
SETELAH KAU PERGI (TERBIT) - KKR by arenayidin
arenayidin
  • WpView
    Reads 889
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 38
Menampilkan 10 penulis dan 10 cerita yang berbeza dalam 2 siri. Cici Aida Dalila Zamri Syamin Hazam Wardina Aisyah Raisyas Azliey Novelis Noriss Iliani Arena Yidin Miss Cactus Ella Syasdhia NorShiemah Md Yasan
Arenayidin Info Dan Cerita by arenayidin
arenayidin
  • WpView
    Reads 1,136
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 62
Info story arenayidin dan yang berkaitan dengannya.
Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ] by arenayidin
arenayidin
  • WpView
    Reads 65,812
  • WpVote
    Votes 782
  • WpPart
    Parts 66
"Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH. Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang. Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu. Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa. "Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?" Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan. Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi. "Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!" Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia kembali memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri? Dua-dua dia sayang. Dua-dua cahaya hidupnya. Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.
Jodoh Aku Ke? √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 1,496,587
  • WpVote
    Votes 67,321
  • WpPart
    Parts 74
"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna Tidak lengkap sesebuah sekolah jika tiada pergaduhan. Setiap hari bergaduh mulut, setiap hari berlawan kata. Seorang jejaka yang merasakan dirinya begitu kaya menghina seorang gadis yang dianggap miskin dan busuk. "Aku takkan suka dekat si Ayna ni, dah la miskin, busuk pula tu. Entah-entah, mak pak dia pun busuk sama macam dia" Sebuah penumbuk telah dihadiahkan kepada si penutur kata. Ayna yang selama ini hanya membalas dengan mulut akan kata-kata yang diungkapkan oleh Syafiq tidak dapat menahan amarahnya apabila mula melibatkan ibu bapanya. Satu kelas diam sepi apabila gadis itu dikatakan 'berani' menumbuk seorang ketua gangster sekolah. "Papa nak kamu jaga Tengku Asya dan abang dia, Tengku Syafiq" Terbeliak 3 pasang biji mata gadis apabila nama lelaki tersebut tersenarai dibawah jagaan mereka. Tiga gadis yang dianggap miskin dan busuk oleh Syafiq adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya tanpa dia sedari. "Kau cakap aku miskin? Kau salah, kau silap" Terdiam. Seluruh kelas 5 Alpha terdiam kaku tanpa sebarang suara. Semuanya diam sepi apabila 3 orang gadis yang dikatakan miskin mendedahkan wajah sebenar mereka. "Hye. Aku Tengku Ayna Alisya Binti Tengku Azrul" "Aku Raja Aqilah Azira Binti Raja Syazril" "Aku, Engku Azwani Dayana Binti Engku Azizul" Mereka adalah 3 orang anak jutawan yang menjadi perbualan diseluruh negara. "Nenda nak kamu kahwin dengan Syafiq" Hampir terkeluar biji mata Ayna apabila mendengar permintaan neneknya itu. Adakah mereka menganggap ini sebagai jodoh atau bodoh? "Aku takkan kahwin dengan kau" - Tengku Ayna Alisya "Kau satu-satunya harapan aku" - Tengku Syafiq Ezzry Start-Oktober 2017 End- 4:33pm, Sunday, 10 October 2018
Mrs. Monsieur √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 603,449
  • WpVote
    Votes 24,326
  • WpPart
    Parts 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pertama menyebabkan Syed Faiq Mikael yakin bahawa pemilik AS Cafe adalah jodohnya. Bukan aturan keluarga, bukan perkahwinan paksa. Hanya kerelaan hati daripada seorang gadis terhadap lamaran seorang jejaka. "Saya tidak layak berdamping dengan awak. Awak memiliki segalanya, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa" "Awak mempunyai ketulusan hati yang sukar ditemui daripada orang lain. Awak seorang yang istimewa" Bukan mudah untuk menjadi suri hati kepada seorang ikon remaja. Bukan juga mudah untuk memahami seorang gadis yang tidak berkerjaya. "Awak terlampau percayakan dia, sedangkan awak tidak tahu siapa sebenarnya dia" "Hang bukan sapa-sapa untuk aku percaya" Masing-masing menyimpan rahsia. Dapatkah mereka mengecapi bahagia apabila tidak wujud sifat jujur dalam diri mereka?
Takdir Terindahku √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 366,636
  • WpVote
    Votes 19,068
  • WpPart
    Parts 56
"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa sengaja. Saya taknak jadi hamba yang berdosa kepada Maha Pencipta. Sudikah awak menjadi suri hati hidup saya?" Tanpa dasar cinta, aku menerima Sa'id Hafiz Murtaza kerana tidak mahu jejaka itu terus terikat dengan dosa. "Akak bertuah kerana menjadi isteri abang Hafiz. Dia tersangat istimewa" Aku hanya tersenyum manis. Aku mengaku bahawa suamiku tersangatlah istimewa. Tahap kecintaannya kepada Maha Pencipta tersangat luar biasa. Susah untuk mencari seorang lelaki yang terlalu jauh dari fitnah dunia kerana terlalu dalam mencintai agama. "Ada orang nakkan Aisya. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuklah membunuh" Apa yang masuk ke dalam telinga aku bagaikan petir yang memanah tepat pada tubuh. "Kita kena korbankan Aisya" Aku hanya setuju. Akan tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit ketakutan dan bahaya? Mampukah aku untuk terus mempertahankan perkahwinan ini? Jika aku tewas, apa akan terjadi kepada aku? Kepada Hafiz? Ini bukan kisah cinta semata-mata, ini kisah pengorbanan dan kepercayaan. Ini... kisah aku. Dia seperti ais. Dingin dan keras seperti batu, tetapi sejuk dan menyamankan.