vobolos's Reading List
5 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,813,490
  • WpVote
    Votes 412,005
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,377
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
bos jadi suami?! by Nursyuhadah25
Nursyuhadah25
  • WpView
    Reads 1,402,709
  • WpVote
    Votes 29,099
  • WpPart
    Parts 64
Mengisahkan Qisya Syazana yang berkahwin dengan bos nya sendiri. Bagaimana kehidupannya setelah bergelar isteri kepada bos nya sendiri dan dalam diam suaminya itu ada kekasih hati. Yang mana akan menjadi pilihan Zaed? Adakah Zaed akan memilih isterinya? Ataupun kekasihnya? Kalau dah jodoh, larilah ke hujung dunia sekalipun, pasti akan bersatu jua
Aku Cinta Kau, Mr. Headprefect!  by lyaathrah
lyaathrah
  • WpView
    Reads 367,856
  • WpVote
    Votes 13,393
  • WpPart
    Parts 66
Betul lah orang kata, jangan benci sangat dekat seseorang. Sebab apa? Sebab makin lama kau akan makin sayang dekat orang yang kau benci itu. " Why you are so annoying mr. Headprefect!? " - Tengku Nadzifah Eliza. " Sebab kau cantik sangat kot. " - Tengku Izz Naufal. " You see. You are so annoying. I hate you. " - Tengku Nadzifah Eliza. " But I love You. " - Tengku Izz Naufal. Detik berganti saat, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti tahun, dan cinta paksa berganti cinta sejati. " Sayang I miss You. " - Tengku Izz Naufal. " I miss You too biy. " - Tengku Nadzifah Eliza. Tidak lengkap sesebuah rumah tangga jika tiada orang ketiga. Disaat mereka ingin mencapai kebahagiaan, orang ketiga datang dan memusnahkannya dengan sekelip mata. " Aish betina ni. Abanggggggggg!!!!! " - Nura Fazlinda Anam. " Kenapa baby? " - Tengku Izz Naufal. " Saya tak cakap macam tu pun tuan. Puan fitnah saya. " - Tengku Nadzifah Eliza. Adakah kebahagiaan milik mereka lagi atau sebaliknya? Jika ingin mengetahui kisah mereka. Marilah beramai-ramai membaca novel ini. Start :' ) 14.4.2017 End :' ) 25.6.2017
I LOVE YOU MR. KEREK  by Beyyaaz
Beyyaaz
  • WpView
    Reads 2,960,469
  • WpVote
    Votes 63,807
  • WpPart
    Parts 5
[COMPLETE] - (in editing) Sebuah kisah tentang seorang lelaki yang sombong dan angkuh dengan orang sekelilingnya sehinggalah suatu hari dirinya ditangkap khalwat dengan pembantu peribadinya sendiri. "Kau yang telefon pejabat agama kan? Kau sengaja nak perangkap aku, kan?? Dasar perempuan murah!" - Zarif Adha Meskipun perkahwinan yang dibina tanpa sukarela, namun hati lelaki yang ego dan keras itu akhirnya mulai menjadi lembut. Dan apabila dirinya mulai mahu menghargai sang isteri di depan mata, segalanya mulai berubah. "Baru sekarang nak mengaku isteri? Baru sekarang rasa ada tanggungjawab pada isteri?" - Raysha Imani Dia sudah penat dihina, dicaci, diberi kata-kata kasar oleh insan yang bergelar suami selama ini. Maka dengan itu, dia nekad untuk pergi dari hidup lelaki itu. Dan saat dia sudah tidak mahu berpatah balik ke masa silam. Ada sesuatu terjadi. Dapatkah mereka melayari kehidupan yang bahagia selepas ini? Apakah yang bakal terjadi kepada mereka? (nota kaki: ML redflag sikit huhu)