nurdamiaz7's Reading List
3 stories
Seindah Tujuh Warna Pelangi by EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    Reads 120,414
  • WpVote
    Votes 1,774
  • WpPart
    Parts 19
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan mengubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa! " Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?" - Andika " Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat" - Aira Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira "Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri." - Andika "Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan - Aira Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.
JADIKAN AKU YANG TERAKHIR by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 55,491
  • WpVote
    Votes 875
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Jadikan Aku Yang Terakhir Penulis: E-Man Sufi Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-51-9 Muka Surat : 464 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 65,650
  • WpVote
    Votes 2,020
  • WpPart
    Parts 17
Kata emak , dia ni tak pandai melawa sebab tu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung...baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman la. Lagi satu dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu sarung hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun , fesyen dia itu itulah juga... Baju kurung kasut kanvas , tiada masalah langsung untuk dia. Dia boleh buat apa sahaja, berkejar-kejar tangkap miaw, jadi pelayan kafe , malah boleh main bola keranjang dengan adik lelakinya. Jangan salah tafsir pula... Dia juga sangat pandai mengaji tau. Dia lagi boleh ngajar orang baca al-Quran. Masalahnya cuma dengan Cik Pah yang suka mendesak . Entah kenapalah emak risau sangat bila anak daranya yang masih muda beliau ni tak laku-laku. Macam desperate sangat hendak bermenantu. Atau emak teringin sangat nak buat kenduri besar-besar macam emak-emak yang lain . Kalau begitu , emak buat sajalah kenduri untuk ayah. Kahwin dengan madu emak. Boleh? Tak perlulah susah-susah dia memikir fasal calon menantu emak. Namun Tuhan punya kuasa.... Di suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang Pakcik Sado yang tinggi kualitinya. Maklumlah zaman sekarang sangat susah untuk jumpa mamat-mamat yang boleh dibuat tempat bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya ...Hendak ke Pakcik Berkualiti tu pada dia?