missldecember's Reading List
5 stories
R U B I E N A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 5,254,774
  • WpVote
    Votes 119,926
  • WpPart
    Parts 43
[DITERBITKAN] Rubiena Haiyan Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi? Aku terluka dengan luka kehidupan Terluka sehingga matahari turut menangis bersama Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku Terlihat sayap lebar bersama butiran udara Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta Iringilah aku walau hanya sebentar... Zach Stanislav Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau Tidakkah kau mahu kembali? Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta Bawa dia pulang kepadaku semula... RubiZach Ada apa dengan kita? Ada apa dengan kita? Oh sayang, ada apa dengan kita? Kita dulu tinggal bersama Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita? Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua? Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari? Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang? Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut. "Do you know who the little girl who lives down the lane?" "Rubiena Haiyan." 🍁🍁🍁
MENANTI KAMU by aleksssander
aleksssander
  • WpView
    Reads 18,679
  • WpVote
    Votes 883
  • WpPart
    Parts 51
Pertembungan empat mata antara mereka di bakeri buatkan RAIHAN MAHFUZ jatuh cinta pandang pertama terhadap si gadis. Raut wajah yang menenangkan, suaranya yang lemah lembut dan senyumannya yang manis. Sungguh buatkan dirinya jatuh. Dalam kepala, sudah berkira-kira menyusun pelan untuk memikat si dia. Saat dia tahu gadis pujaannya merupakan anak kepada kenalan keluarga, dan umi pula dengan senang hati menghulurkan bantuannya, dia nekad untuk mencuba. "When I said that you light up their world, I really mean it. Everything about you, your presence, brightens up my world, Sirin Wafia." - RAIHAN MAHFUZ Bagi SIRIN WAFIA, dia tak nafikan ciri-ciri lelaki baik sememangnya ada pada seseorang bernama Raihan Mahfuz. Tetapi jiwa dan hati tak mungkin dengan mudah diserahkan pada lelaki itu. Janjinya, dirinya hanya untuk ABRI, nama insan yang terpahat kemas dalam dada. "Janji dengan aku? Aku untuk kau, dan kau untuk aku. We will build our life. Together." - SIRIN WAFIA "Janji." - ABRI Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku dalam hidup Sirin. Hanya satu cara yang boleh dia lakukan untuk menebus segalanya. Iaitu dengan melamar Raihan Mahfuz menjadi suaminya. Disatukan dengan gadis yang dia cinta? Raihan terima. Sirin? Semestinya tidak. Tapi demi keluarga, dia rela berkorban. Saat terlafaznya akad, janji untuk membahagiakan isteri dipateri oleh Raihan. Dia sedaya upaya mencuba, tetapi benteng yang dibina terlalu susah untuk dia robohkan. Hakikat bahawa nama lain yang terisi dalam hati Sirin, dia berbelah bahagi. Perlukah Raihan mengundur diri demi bahagia sang isteri? Berapa lamakah dia perlu menanti supaya sekelumit rasa cinta dan kasihnya terisi dalam dada si dia? Adakah pengakhiran yang bahagia bakal berpihak pada mereka? 𝐓𝐖 : ‼️‼️ mention of : suic*de, anxiety, panic attack START : 19/7/2022 END : 1/9/2024
KESEMPATAN BAGIMU by aleksssander
aleksssander
  • WpView
    Reads 279,343
  • WpVote
    Votes 13,856
  • WpPart
    Parts 80
Bagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. Hana menyerahkan segalanya untuk lelaki itu. Baginya, seorang Hana Humaira hanya untuk Baihaqi. Mereka hidup bahagia bersama. Tetapi setelah tiga bulan membina mahligai bersama, tiba-tiba lelaki itu pergi meninggalkannya. Baihaqi meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Wanita itu jatuh. Dirinya hilang bagai dibawa bersama lelaki itu. Dia keliru. Dia tidak kuat menghadapi ujian itu sendiri. Di saat dia sukar untuk menerima kenyataan, khabar yang tidak disangka singgah di telinganya. Dengan itu, dia kuatkan diri demi amanat yang diberi. Lima tahun kemudian, Baihaqi muncul kembali dalam hidupnya. Saat itu dia marah, dia kecewa. Lelaki itu datang menuntut kemaafannya. "Maafkan abang, Hana." - BAIHAQI "Do we deserve a happy ending?" - HANA HUMAIRA Hana ingin mementingkan dirinya sendiri. Tetapi dia tahu perkara seperti itu tidak mungkin akan berlaku. Perlukah dia memberi peluang kedua kepada lelaki itu? Bolehkah Haq membahagiakannya seperti dulu? Adakah cinta di dalam hati masih untuk lelaki yang sama? START : 12/8/2021 END : 29/3/2022
KARINA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,462,949
  • WpVote
    Votes 51,221
  • WpPart
    Parts 52
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!
My Deepest Secret by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 951,812
  • WpVote
    Votes 43,281
  • WpPart
    Parts 49
Tengku Hazrul Uwais - Selain dari personalitinya yang all smiley and fun, tiada sesiapa yang menyangka dia menyimpan satu rahsia yang tidak pernah dibongkarnya kepada orang lain. Kerana seorang wanita, Hazrul tidak pernah terfikir untuk membuka hatinya menerima wanita lain dalam hidupnya. Dan Qayra Qysara muncul. Atas pilihan keluarga untuk kepentingan kedua-dua pihak, Hazrul tiada pilihan lain selain bersetuju untuk mengahwini wanita itu. Qayra Qysara pada pandangan pertama is nothing else but a good lady tetapi bila wanita itu sendiri mengaku yang sebaliknya, Hazrul can't help but to think who is this girl exactly? He expect nothing from this arrangement but little did he know, Qayra Qysara is the key to his unforgettable secret.