emma_zar4
- Reads 1,883
- Votes 31
- Parts 7
Merissa masih terikat dengan trauma dan rasa bersalah atas kematian ibunya. Lebih menyakitkan, bapanya, Tan Sri Azhar lebih memilih untuk berdiri di sisi Fareeda, wanita yang menjadi dalang di sebalik tragedi itu. Persengketaan itu membuatkan Merissa membawa diri jauh ke Perancis, meninggalkan segala luka yang terpendam di tanah air.
Namun, takdir membawanya pulang semula ke Malaysia. Demi melunaskan hutang, Merissa terpaksa menjadi seorang caregiver kepada seorang wanita buta, ibu kepada Zhafrin, lelaki sarkastik yang sering berperang mulut dengannya sejak pertemuan pertama mereka. Dalam kehidupan dan identiti yang baru itu, dia sering berhadapan dengan rancangan jahat Fareeda, namun setiap kali itu juga, Zhafrin pasti muncul untuk menyelamatkannya.
Perasaan yang tidak sepatutnya wujud mula berputik dalam hati Merissa. Namun dia sedar, lelaki itu sudah mempunyai teman wanita dan dirinya tidak pernah mempunyai tempat di hati lelaki itu.
Hari demi hari berlalu, tanggungjawab Merissa terhadap ibu Zhafrin juga sudah tiba di penghujungnya. Meski begitu, dia tetap berkeras merahsiakan identitinya daripada pengetahuan lelaki itu.
Di antara rahsia dan perasaan yang semakin berputik, Merissa sedar bahawa kebenaran itu tidak selamanya dapat disembunyikan olehnya. Suatu hari nanti, Zhafrin pasti akan mengetahui kebenaran itu jua.