rarRa_21's Reading List
4 stories
PUDAR by tesoromya
tesoromya
  • WpView
    Reads 2,261
  • WpVote
    Votes 408
  • WpPart
    Parts 34
CONSIDER COMPLETED. Si manis cantik jelita bertudung labuh berubah 180 darjah. Kemunculan predator yang tak pernah kenal erti menyerah. Lalu, datanglah si Hero sebagai penyelamat keadaan. Aku si gadis biasa, hidup pun kadang-kadang sendu. Ditinggalkan jauh dari umi dan abah menambah lagi garam pada luka yang sedia ada. Ah, gadis kota yang terpaksa hidup didalam suasana kampung yang penuh dengan tradisi dan adat. Paling penting, keteguhan pada agama. Itu sebab mengapa diri ini berada disini. "Afaaf Syafiyyah, kalau bukan diri kita yang berubah. Takde siapa yang boleh ubah diri kita." - Xx "Awak... Ehem. Bro, jom kita kahwin nak?" - Afaaf Syafiyyah Si dia tercekik air.
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,412
  • WpVote
    Votes 12,831
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
Saat Harus Memilih [ SUDAH TERBIT ] by arenayidin
arenayidin
  • WpView
    Reads 65,810
  • WpVote
    Votes 782
  • WpPart
    Parts 66
"Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH. Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang. Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu. Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa. "Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?" Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan. Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi. "Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!" Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia kembali memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri? Dua-dua dia sayang. Dua-dua cahaya hidupnya. Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.
Amru Rebellion by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 1,877
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 5
Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. CInta juga berputih di dalam jiwannya dengan santri rupawan, Zaharah. Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah, yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribu mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk. Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung, dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya. Tanpa Amru ketahui, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya.