Seram mey
2 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,440
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Kuzuri by utaR4iam
utaR4iam
  • WpView
    Reads 60,101
  • WpVote
    Votes 2,048
  • WpPart
    Parts 23
Iskandar Zulkarnain. Digelar budak ajaib kerana disangkakan mati saat kelahirannya, rupa-rupanya masih hidup. Namanya yang hebat amat dihormati oleh rakan-rakan seperjuangan. Tetapi, musuh diluar juga amat mencemburui kehebatannya. Cinta yang hadir sedikit sebanyak mula melemahkan diri lelaki hebat ini. Saat dia mula lemah, para musuh yang sabar menunggu mula mengambil peluang. Dapatkah dia mempertahankan cinta dan rakan-rakannya? p/s : karya terbaru dari OpenLegGirl. Ini bukan cerita cinta, dan ini bukan cerita superhero. Teruskan menyokong.