ToT
6 stories
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,680,267
  • WpVote
    Votes 28,927
  • WpPart
    Parts 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."
Hans & Nur (Completed) by norsamilasamsudin
norsamilasamsudin
  • WpView
    Reads 78,769
  • WpVote
    Votes 5,780
  • WpPart
    Parts 20
Hans dan Nur Cerita pendek buat mengisi ruang masa. Cerita yang bahasanya santai dan bersahaja. Berbeza. Kawan dengan perasaan yang tak ketahuan.
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti  by EmbunMawar
EmbunMawar
  • WpView
    Reads 324,764
  • WpVote
    Votes 8,487
  • WpPart
    Parts 24
TERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan clishe. Sesuatu yang berlaku pada zaman sekarang, cuma orang ramai tak nampak sedangkan banyak berlaku kes macam ni." . "Watak yang sangat menjadi, terasa seakan wujud watak-watak tu. Pernah terfikir kalau keluar tv story ni mesti best." . "Story yang tak clishe, jalan cerita yang banyak-banyak liku kehidupan sebenar. Real sangat." . "Bila tengok ending ingatkan sad ending, rupanya happy ending. Memang tak boleh jangka betul ending dia! . "Gaya penulisan yang cukup baik dan jalan cerita yang mampu memberikan impak dalam diri. TAK RETI NAK BERSASTERA TAPI CERITA NI SUMPAH BEST."
Satu Mimpi ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 1,257,515
  • WpVote
    Votes 62,180
  • WpPart
    Parts 54
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it still can stand on its own. Walau masa dan benua memisahkan mereka, kalau dah namanya jodoh, larilah sampai Zuhrah sekali pun tetap akan bertemu. Tetapi sekali bertemu, bukan bermakna selamanya. Kalau dah selit nama Azra, celah nama Syed Shukri, nama si Doktor Izham a.k.a. bestest friend completely platonic tu pun boleh jadi isu. Ditabur sedikit perisa iaitu HCC dan infertility, okey, lengkap satu hidangan! "Biy, you cintakan I?" "Let me go, Em!" "Jawab Nazreen, do you love me?!" "Tak pernah ada sehari pun I tak sayangkan you..." Jadi, kau dah faham beza cinta dengan sayang? 'Katanya anggap ini satu mimpi. Yang datang sekadar untuk menguji.' [AMARAN!!] : Typo overdose, mohon jangan mati. Si penulis ialah sejenis sloth. Dia lembab dan pemalas. [AMARAN 2.0!!] : Ada sikit-sikit unsur 'suami isteri' but no worries, takde bed scene (too bad ahahaha). [AMARAN 3.0!!] : Fakta sains atau perubatan yg hanya merujuk pada wikipedia, so jangan nak komplen la kalau tak logik. Kelulusan aku Biology SPM je, bukan MBBS lol.
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,674,594
  • WpVote
    Votes 259,636
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 912,666
  • WpVote
    Votes 63,839
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.