AinaHasmin's Reading List
6 stories
ARABELLA by herehera
herehera
  • WpView
    Reads 130,879
  • WpVote
    Votes 10,147
  • WpPart
    Parts 36
Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupnya seindah namanya. Dia dibenci oleh orang di sekeliling tanpa dia sendiri tahu punca sebenar. Mungkin kerana dia bersuara. Mungkin kerana dia pembawa sial. Mungkin kerana dia yang sepatutnya mati. "Pakai rambut palsu ni. Letak kanta sentuh, tutup mata buruk kau tu. Hari ini, kau bukan Love Arabella, kau Lucia Aralyn. Ingat!" Arabella mengangguk faham. Rambut palsu di tangannya digenggam erat dan pantulan dirinya di dalam cermin ditatap lama. Senyuman cuba diukir walaupun pahit. Atau mungkin kerana dia Love Arabella. Alasan itu sahaja sudah cukup untuk dia mengerti mengapa dia dibenci. Kerana dia, Love Arabella. Titik. "Is it okay if I fall for you?" Tanya Arabella polos. Mata biru itu mendongak menatap sepasang mata tajam yang sedang merenungnya. "I'm afraid, I can't return those feelings." Balasnya dingin membuatkan Arabella tersenyum kecil. "You don't have to." *** Hayden Ahyoka Raphael, dia itu bom jangka. Sejarah lama membuatkan dia mencipta satu prinsip hidup. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan mahu menjadi seperti ayahnya. Tetapi kehadiran Love Arabella semakin membuatkan hidupnya terpesong daripada prinsip itu. Jadi, benteng ego dibina tinggi tanpa dia sedar bahawa hatinya sendiri sedang terluka. "Bella, please! Bila awak nak sedar?! It was a mistake! I would never marry you!" Apabila dia akhirnya sedar tentang kesilapannya, dia mulai belajar tentang hidup seorang Love Arabella. Tapi saat itu, semuanya sudah pun terlambat. "Cakaplah! Saya tanya ni, kan?! Cakap, Bella!" "Tengok mata ni. Ini mata seseorang yang nak teruskan hidup ke, Hayden?" Dia terkedu. Perlahan-lahan cengkamannya pada bahu Arabella dileraikan. Wajah pucat di hadapannya direnung lama. Tatapan itu... ...terlalu kosong. ⚠️ language ⚠️ violence ⚠️ suicide ⚠️ self h4rm ⚠️ emotional disturbance
Bibik Milenium - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,587
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK : BIBIK MILENIUM PENULIS : AEIN DHIYAUDDIN ISBN N0: 978-967-0907-54-3 BLURB: "Aku, bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vogue walaupun setakat cuci tandas. Faham?" - Suhaila Hadirnya SUHAILA AILEEN membuatkan hidup TENGKU KHALIS AIMAN huru-hara. Dipaksa bernikah dengan seorang bibik, dia terpaksa akur kerana harta papanya. Bagi Suhaila pula, berkahwin dengan seorang lelaki asing saat hatinya terluka bukan suratan yang dipinta. Apatah lagi menjadi isteri kepada lelaki yang paling dibenci olehnya. Namun, siapalah kita untuk menafikan kuasa Ilahi. Dalam marah ada sayang. Dalam benci muncul pula cinta. Makin ditepis makin terasa. Nakal Suhaila jadi igauan Khalis. Senyuman Khalis buat Suhaila tergoda. Bibir sekata melantun benci, dalam hati melagu kata rindu. "Kau dah jatuh cinta kat aku ke belum?" - Khalis "Aku tak nak jatuh hati kat kau. Kau tu kejam!" - Suhaila Namun sejarah hitam memburu Suhaila. Aib yang disimpan mula menjadi racun dalam hubungannya dengan Khalis. Angkara khianat, sekali lagi dia gagal dalam cinta. "Kau anak pelacur, kan? Kau perangkap aku sebab konon nak sucikan nama busuk kau tu."- Khalis Sekali lagi Suhaila terpaksa berdepan dengan ujian. Kerana asal keturunannya dia putus tunang. Dengan alasan yang sama juga Khalis menghalaunya. Suhaila membawa diri. Saat dia mampu berdiri kembali, muncul Khalis menagih cintanya. Sedangkan sudah ada jejaka lain yang menanti. "Aku rindu bibik milenium aku. Tolonglah jangan tinggalkan aku." -Khalis "Suhaila Aileen... will you marry me?"- Haris Siapakah pilihan Suhaila? Menolak Khalis hatinya sakit. Menerima cinta Khalis, hatinya juga sakit. Mampukah kisah cinta mereka kekal hingga ke syurga jannah?
Cinta Zara - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,753
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK: CINTA ZARA PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-0907-71-0 HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS) BLURB: Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga. "Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!"- Zara Aulia Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri. Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki. Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara. "Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya." - Daniel Hadee Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma. Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya. Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?
Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 9,279
  • WpVote
    Votes 209
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK: TUKANG MASAK CIK MAFIA PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2185-07-9 HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS) BLURB: "Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!" - Orked Adelia Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan. Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu. Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah. "Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami." - Orked Adelia "Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?"- Syed Haidar Rumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya. Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya? "Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia." - Syed Haidar
Jodoh Salah kaut - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 3,863
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK: JODOH SALAH KAUT PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2225-07-2 BLURB "Ini bakal suami saya." - Rania Indah Rania... Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang. "Ya, kami akan bernikah." - Kai Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak. "Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi." - Rania "Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! " - Kai Rania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair! "Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita." - Kai "Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?" - Rania Walaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai? "Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?" - Rania Setiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta. "Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?" - Ikram Keadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?
Bayang Mateen by dkHajar
dkHajar
  • WpView
    Reads 31,135
  • WpVote
    Votes 1,258
  • WpPart
    Parts 11
"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tenggara. Digelar Iron Lady oleh rakan sejawat, wanita berusia 29 tahun ini bukanlah disenangi oleh orang lain. Tegas, optimis, tidak akan berkompromi dan hanya mahu bekerja solo, itulah sifat dirinya. Kapten (Udara) ABDUL MATEEN menyahut cabaran paduka ayahanda untuk meninggalkan kerjaya impian dan membuktikan kemampuannya dalam Tentera Laut Diraja Brunei. Dia sanggup disenaraikan dalam Ops Asean demi memperoleh kepercayaan ayahandanya selepas satu insiden yang membuat baginda murka. Bukan satu kepala. Hanya dua individu tanpa persefahaman. 300 hari untuk berjuang demi negara. Pertelingkahan dan pergaduhan berlaku setiap hari antara dua wira ini. Namun setelah ratusan hari dihabiskan bersama, wujud satu rasa asing. Mampukah mereka bersandiwara dengan topeng profesionalisme yang tinggi demi menghiraukan cinta yang mula berputik?