Amethyst 🖤
4 stories
Hanya Rindu ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 68,698
  • WpVote
    Votes 6,289
  • WpPart
    Parts 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di sisi, dibiarkan bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi. Hanya kenangan yang menjadi titik melepaskan rindu pada dia yang tidak punya hati. "Aku minta maaf, ada sebab aku pergi tinggalkan kau, Amna." Atas sebab apa dia perlakukannya begini? Setelah bertahun-tahun ditinggalkan, lelaki itu kembali hadir dengan pohonan tersebut? Minta maaf? Bukan semudah ABC untuk Amna memaafkan. "Menutup aurat ni wajib, Amna. Saat Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita." Akhirnya hubungan persahabatan kembali pulih seperti sedia kala. Orang yang tidak mengenali mereka pasti sudah memandang Amna dan Qaayed ibarat pasangan kekasih. Rapat lain macam! Qaayed, dia telah banyak memberi ilmu dan nasihat serta teguran yang mendatangkan faedah kepada Amna. Nasihat-nasihat yang Amna akan ingat sampai bila-bila. "Happy birthday in advance, Amna!" Dan kau tipu, Qaayed. Kau tipu... Kau tipu untuk kesekian kalinya. --------- beautiful cover by @azleyanaaa
The Strong Heart by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 46,715
  • WpVote
    Votes 4,412
  • WpPart
    Parts 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rata-ratanya daripada orang kampung. Mereka tak lalui apa yang keluarganya lalui sebelum ini. "Kenapa kau biarkan pak cik tu hina kau!" Hadirnya dia ibarat cahaya baru yang bakal menyinari hidup Hannah. Ketampanannya, sikapnya yang tak ubah seperti lelaki prihatin dan bertanggungjawab membuatkan jantung Hannah sentiasa berdegup kencang. Namun disebabkan Hannah lebih mementingkan adiknya, Muhammad Aryan, dia terpaksa mengabaikan perasaan yang telah berputik itu. Fokusnya cuma kepada Aryan sahaja. Dia ingin menjauhkan adiknya daripada Airin Nasuha iaitu adik kepada Luth Naufal. Bukan niatnya ingin menyekat kebebasan Aryan tetapi dia tak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Aryan berhak bahagia. "I'm sorry, kakak. Iyan terpaksa buat semua ni. Kakak terlalu mengongkong Iyan. Kakak buat Iyan tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Sorry but I'm done. Totally done." "Hannah, ini semua salah adik kau!" "Tak apa, Ana. Aku redha dengan ketentuan ni. Mungkin aku tak layak untuk dia." Hannah buntu. Satu demi satu masalah menjadi bebanan di bahu. Tangisannya seolah tiada penghujung. Dia terlalu kusut menerima kata hinaan dan kutukan yang bertubi-tubi. "Tolonglah balik... Mama rindu kau..." "Hannah, aku nak minta maaf." Keadaan Hannah seakan mayat hidup. Walaupun masih mengalir rasa benci terhadap perbuatan Hannah, Naufal masih punya rasa simpati. Ego perlu direndahkan untuk mencapai matlamatnya. Naufal tak boleh menafikan bahawa... Hatinya sakit melihat keadaan Hannah sebegitu. "Kita kahwin. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku." ••• cover & banner by @stargazell @nazblqs @azleyanaaa @nurflwr
A m e t h y s t by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 9,389
  • WpVote
    Votes 1,400
  • WpPart
    Parts 12
"Act like an AGENT to shine like AMETHYST." Terkini, Malaysia digemparkan dengan sebuah kes bunuh diri yang berlaku ke atas seorang pelajar perempuan SMK Batu Muda Seksyen 1. Kira-kira jam lapan pagi, tenaga pelajar yang merupakan guru pendidikan jasmani telah menemui suspek menggantungkan diri di dalam bilik stor sukan. Hal ini demikian, kes tersebut masih berada di bawah pemantauan dan siasatan pihak polis. "Get ready. Kau orang akan dipindahkan ke SMK Batu Muda Seksyen 1." Sebagai permulaan untuk menyiasat kes tersebut, Tuan Zackry selaku pemilik kepada Agensi Fluorite telah mengarahkan enam ejen untuk berpindah ke sekolah tersebut agar penyiasatan mereka menjadi lebih mudah dan terancang. ACADEMY FLUORITE DE MAGNÍFICO Mereka dikutip, dibesarkan dan dilatih sebagai seorang ejen rahsia. Walaupun di usia muda, mereka berenam telah berjaya memiliki kepakaran dan keistimewaan tersendiri. Ejen Aish Ejen Qis Ejen Warda Ejen Belle Ejen Syapi Ejen Ayara Bermula dari pergaduhan sesama mereka, akhirnya masing-masing mula berfikiran matang dan bekerjasama untuk menyelesaikan kes yang kekal misteri. Maka dari situlah terhasilnya kumpulan Amethyst. Dengan itu, misi mereka pun bermula untuk mencari, Kebenaran, Bahan bukti, Suspek, Menggunakan kepakaran masing-masing. Namun, kes yang disangka hanyalah bunuh diri semata-mata rupanya terselit sebuah lagi rahsia yang tiada siapa tahu selain Amethyst dan Agensi Fluorite. Tapi mampukah enam ejen muda ini menyelesaikan kes tersebut dengan bijak? Dan mampukah mereka menggunakan kepakaran serta kebijaksaan yang dimiliki tanpa membongkarkan identiti satu sama lain? Semuanya berada di dalam AMETHYST. ••• A Collaboration Book.
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 946,868
  • WpVote
    Votes 33,842
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism