amsyar27's Reading List
5 stories
Pluto by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 11,170
  • WpVote
    Votes 960
  • WpPart
    Parts 25
(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kelas itu pergi atas dasar hendak mengumpul maklumat dan sampel dari Pluto. Perjalanan sukar mereka tempuhi, namun apabila sampai sahaja di Pluto, mereka sedar ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk terus hidup. Kerana ada yang yang mengancam nyawa mereka.
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,545
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
27. The Huntress by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 141,479
  • WpVote
    Votes 12,274
  • WpPart
    Parts 68
Look! Dia tak mintak jadi seseorang half-blood okay! Memangnya dia yang mintak ke mak bapak dia yang separuh magika separuh manusia berkahwin sesama mereka dan buat anak kemudian lahirkan dia begini! Menjengkelkan betul! Kalau jadi half-blood ni bawa tuah tak apa jugak! Ini tidak! Most of the time jadi mangsa The Hunter yang kebulurkan darah dia untuk di buat wain jeruk mereka! Ingat dia ni apa?!Suka hati je nak minum darah dia bagai! Kan tak pasal-pasal dia kena belajar magis dan seni pertahankan diri. Dengan tu dia kena duduk dalam 'penjara batu' yang dipenuhi dengan anak-anak magika Pure-Blood yang berlagak nak mampus mintak disejat jadi wap dan perasan diri tu bagus macam Harry Potter kalahkan Voldermort! Hello! Even dia half-blood dia still power tau tak! Jangan pandang sebelah mata je! Tak percaya!Meh la baca sendiri...Macam mana The Huntress survive dalam Akademi Magika Dark Tower dari budak-budak yang kononnya 'Pure-Blood' tu dan The Hunter yang mahukan darah dia untuk kekal kuat! -The Huntress- Mula 23/11/2020 Done 30/11/2020
A.N SERIES: Maths [TERBIT PBAKL25] by missblossom_
missblossom_
  • WpView
    Reads 375,263
  • WpVote
    Votes 7,334
  • WpPart
    Parts 10
『 COMPLETED 』 📱 WHATSAPP ADMIN: 0134822635 TO ORDER °⋆.࿔*:・ 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 ❦ °⋆.࿔*:・ "2x darab 2xy jawapannya 4x²y! Mana datang q ni?" - AIRIL NAJMI Pernah terfikir tak bila kau kena belajar Matematik dengan budak poyo lagikan sombong? Semuanya bermula apabila Ain Qaisara menerima keputusan yang teruk dalam subjek Matematik ketika peperiksaan pertengahan tahun. Tiba-tiba pula pelajar pintar + sombong, Airil Najmi diarahkan oleh cikgu untuk mengajarnya subjek tersebut. Haru! Macam mana Airil, si dingin dan angkuh akan mengajar Ain, gadis ceria dan bersikap childish? Dalam kelas pun lelaki itu buka mulut apabila perlu saja. Inikan pula perlu melayan Ain yang mulutnya tak reti diam dan kepoh mengalahkan wartawan Mstar! Apa pula reaksi teman lelaki Ain, Faizz Daniel, apabila mendapat tahu kekasihnya sering meluang masa bersama Airil untuk mengulang kaji pelajaran setiap kali selepas sesi persekolahan? "Sara, you're not cheating on me, right?" - FAIZZ DANIEL Dalam menghitung hari menuju peperiksaan SPM, pelbagai ragam dan dugaan hidup yang dilalui oleh Ain dan Airil. Ada yang bertaut dan ada pula yang makin menjauh. Begitulah... sehingga tali persahabatan yang lama terikat kukuh mulai menegang dan terputus. Cinta yang lama disemai akhirnya layu disiram rasa prasangka dan racun cemburu. Tetapi... Apa yang paling tak disangka, salah seorang antara mereka tanpa sedar mula menyimpan rasa. Yang dahulunya paling dia benci, kini ingin sentiasa berada dekat di sisi. Jadi, bagaimana kesudahan kisah mereka? Berjayakah Airil, Ain dan Faizz mencapai impian dan cita-cita mereka? ❦ °⋆.࿔*:・ Start: sept 2019 tapi I unpublish, then republish 15/3/20 End: 27/6/20 Re-edit for TheWattys 2020: 8/8/20 - 30/9/20 🏅 Highest Ranking: #1 in Arrogant #1 in Islam #1 in Wattpad #2 in Teenfiction 📌 STRICTLY NO COPYING MY WORKS!