honeybee🐝
5 stories
Derita Dalam Bahagia (OFFICIAL EBOOK)✔️ by paejahhhhhhhh
paejahhhhhhhh
  • WpView
    Reads 1,864,994
  • WpVote
    Votes 5,751
  • WpPart
    Parts 7
EBOOK VERSION ‼️ LEBIH DARI 200 NASKAH TERJUAL 🌷 Siapa sangka, pertemuan aku kembali bersama si Dia membawa aku ke pernikahan kali kedua. Dia mahukan aku kembali hanya kerana dendam yang masih tersemat di sudut hati seorang lelaki. Adam. Megat Adam. Ya, dia bekas suamiku. Yang membuang dan menghina benihnya yang disemai di dalam rahimku sendiri. Hanya kerana terlalu beremosi dan hasutan ibu mertuaku bercampur aduk, tanpa dia peduli rasa cinta dan sayang buat diriku, langsung dia melafazkan talak kepada aku. 5 tahun membawa diri, membesarkan anak seorang diri, tidak pernah ku duga nasib ku masih tetap tererat bersama si Dia. Memerangkap aku dengan cara yang tidak elok. "Awak kahwin dengan saya dan rancang semua ini untuk apa?" - Hana Filzah "Masih tanya lagi? Alang alang dah ada peluang yang selama ini aku tunggu. Tak akan aku nak lepaskan? Hana, im waiting for this a long time. Bodoh kalau aku lepaskan." - Megat Adam Dalam membadai yang melanda diriku, aku dikejutkan dengan niat Adam memperisterikan kekasihnya yang sudah lama menjalinkan hubungan sebelum dia kembali bersamaku, membuatkan diriku semakin rasa sesak dengan pelbagai rasa. "Raisha tak akan kahwin dengan suami orang. Atau lebih tepat dengan bapak orang! Kalau Hana pun dia mampu buat apatah lagi Raisha bila dah kahwin dengan dia nanti?" - Raisha Natalia. Tidak pernah sekali pun berhentinya doa dari hatiku untuk Allah sentiasa mengaturkan yang baik-baik buat diriku dan Adam. Ya aku masih sayangkan dia. "Saya nak lamar awak dulu sebelum saya suruh mama saya hantar rombongan meminang. Saya harap jawapan dia adalah ya. Saya masih belum buka hati saya pada mana-mana perempuan kecuali pada awak." - Yusuf Mishari. Aku tidak berharap jalan hidupku adalah sebuah kisah yang bahagia, namun aku juga tidak mengharap untuk terus derita dalam bahagia.
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,234,111
  • WpVote
    Votes 119,478
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
MR POPPA MAFIA (TAJUK ASAL: MR DADDY MAFIA | TERBIT 2021 | ARS •7• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 3,739,337
  • WpVote
    Votes 74,992
  • WpPart
    Parts 32
[ 7th BOOK = ARS ] ___________________ | C O M P L E T E D | Emeer Isyraf seorang yang beku tentang cinta . Perempuan sebelah mata pun dia tidak pandang apatah lagi mahu memberikan hati dia . Muka beku 24 jam dan digelar ' Mr Heartless ' kerana tidak mempunyai perasaan . Dia seorang yang gila kerja . Digelar ' workholic ' kerana menghabiskan masanya di pejabat sahaja . Juga menghabiskan masa dengan kerja ' kedua ' dia itu . Nur Dania , gadis malang yang baru sahaja diceraikan oleh suaminya hanya kerana fitnah yang dilontarkan oleh ibu kandung dia sendiri . Ketika sedang sarat mengandung , dirinya ditendang bagai kucing kurap . Tiada rasa belas kasihan sekali pun . Tapi kerana anak yang dikandungnya , dia tidak patah semangat . Dia harus menegakkan keadilan untuk dirinya dan juga anaknya . ~~~ " Kau okay tak ni ? Asal kau duduk atas tangga ni ? Tak de tempat lain ke nak lepak ? " - Emeer Isyraf . " Maaf encik . Saya bukan nak lepak atau apa .. tapi saya nak bersalin ! " - Nur Dania . Mereka bertemu kerana lakaran takdir . Siapa sangka bayi sekecil itu menemukan mereka berdua . Malah Emeer merasakan ada kelainan dalam dunia dia selama ini . Rumah yang dulunya sunyi sepi kini dihiasi tangisan seorang bayi . " Aku nak namakan dia Kashaf .. sebab aku suka nama tu " - Emeer Isyraf . " Tapi saya suka nama Adam .. " - Nur Dania . " Adam Kashaf. Tak payah nak gaduh-gaduh lagi . Dia anak aku juga ! " - Emeer Isyraf . ~~~ " Adam Kashaf , I'm your daddy ! " - Emeer Isyraf . Kini hidupnya mula berwarna-warni . Kehadiran si bunga dan juga si permata itu cukup membuatkan hidupnya ditemani dengan senyuman . Emeer Isyraf kini bertukar karakter . Dari seorang yang pembengis kepada seorang bapa yang penyayang . _____________ Mr Daddy Mafia is my own ideas . Not copy paste any stories . Enjoy !
L E Y L A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 213,449
  • WpVote
    Votes 12,592
  • WpPart
    Parts 22
[ONGOING] Leyla Amani Sendirian, seperti bunga elderberry Sendirian, melintasi hutan tanpa teman di sisi Sendirian, menyalakan tanglung dan menunggu seseorang untuk menyelamatkan diri Sendirian, menyalakan bunga mawar malam di atas buku menggarap kisah berantakan diri alami Sendirian, tetap kekal seperti awan lama yang tidak berarak Jejaka Bermata Helang Setiap penglihatan tentang keindahan akan lenyap Setiap perkataan yang manis akan memudar Namun, janganlah kau berputus asa Karena mereka semua datang dari sumber yang sama-dari Keabadian. Masukilah Keabadian itu, maka kau akan melihat segala sesuatu tumbuh dan berkembang Memberi hidup baru dan kegembiraan baru bagimu Mereka banyak menggunakan bahasa metaforik dan ungkapan yang tidak keluar dari bahasa pengetahuan sehingga membuatkan diri terbuai sesaat memasuki wilayah pengalaman dan mencium semerbak wewangian dunia lain. Leyla merenung lama terfikirkan sesuatu - Ada ratusan pesan dari Tuhan di setiap momen yang kita alami. Mungkin si jejaka bermata helang adalah si dia yang ditunggu selama ini untuk mencerahkan kerohanian diri 🍁🍁🍁
Mrs. Riyaz: The Royal Diva by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 3,844,165
  • WpVote
    Votes 201,951
  • WpPart
    Parts 45
(ON GOING) Apa akan jadi bila si diva dan inspektor beku mula tinggal serumah? "Abang jangan lupa basuh pinggan!" "That's your job sayang!" Siapa kata mereka pasangan serasi? "Sayang nak pergi Itali" "Nope! Kita ke Thailand." Dari titik mula pertemuan mereka di Istana Werland,Tengku Juliana dan Inspektor Riyaz mula membuka lembaran baru bagi kisah mereka. "Aku,Mrs. Riyaz..dan disini aku akhirkan helaian cerita kami.Kalau hendak dinukilkan semua cerita,nescaya tak akan ditemui penghabisan kerana aku akan mencintainya sampai syurga.." ---Tengku Juliana