Melayu
6 stories
Kala Hati Terusik (Sold Out) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 294,420
  • WpVote
    Votes 1,649
  • WpPart
    Parts 30
Hakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnya kedua-dua hanya satu sahaja persamaan pernah ditinggalkan oleh insan yg dicintai saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah... pilihan keluarga diterima tanpa rasa curiga Sarah yang mahu melupakan kenangan silamnya, tekad memulakan kehidupan bersama si dia. Ijab dan Kabul mengikat dua insan dalam ikatan halal. bagi Sarah, cintanya diberikan sepenuhnya kepada suaminya. namun, Hakim masih teringatkan kisah cintanya yang lalu disaat hati Hakim terusik dengan cinta isterinya, hadir cinta pertamanya menagih kasih. hakim keliru.. dapatkan Sarah menandingi cinta pertama suaminya? atau terus hidup dalam bayangan cinta pertama suaminya. Dikala Hati Terusik, cinta ini miliknya... Start: 6 hb Mei 2019 Ending: 26 hb Jun 2019
Perfectly Halal [ TERBIT : JULY 2022 - PENERBITAN KAKI NOVEL  ] by SuriRyana
SuriRyana
  • WpView
    Reads 346,963
  • WpVote
    Votes 10,949
  • WpPart
    Parts 14
FATIHAH NABILA | AIDID AQASHAH《Tentang kita yang terikat dengan percaturan takdir》 Assalamualaikum all! Akhirnya, terbit juga novel ni ❤ Pembelian boleh dilakukan di Shopee - kakinovel_official ❤️ ada diskaun 8% yayy!! Novel ini juga akan dijual di POPULAR BOOKSTORES seluruh negara. . Stok novel akan sampai ke warehouse POPULAR esok dan akan diedarkan ke seluruh cawangan POPULAR LEMBAH KLANG & KUALA LUMPUR. Dalam minggu ni rasanya dah available ❤️ Stok juga akan diedarkan ke seluruh negara secara berperingkat. Untuk Sabah / Sarawak, insya-Allah mungkin akan available second week of August nanti rasanya..boleh jd juga lebih awal ❤️ will keep on updating about this soon, insyaa Allah ❤️ Terima kasih semuaaaa ❤
Mr. Rider Pencinta Yang Setia by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 396
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 4
Mr Rider, Pencinta Yang Setia Apa yang berlaku sekarang menyebabkan Ilman Nazhan termenung lama. Dia bukan datang dari golongan yang kaya-raya, jadi dia terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari sumber pendapatan memandangkan dia ketua keluarga yang perlu menyara ibu, Puan Aisyah dan adiknya yang masih belajar, Nas Iman. Status pekerjaannya sekarang juga masih menjadi misteri. Haura Mikayla, wanita yang datangnya dari keluarga berada yang bermasalah. Tapi, ada sisi Mikayla yang baik, yang hanya orang tertentu saja nampak. Saat bertemu Nazhan di tepi jalan buat hati Mikayla terus terpaut. Aneh, tanpa perlu bertentang mata, tanpa perlu berbalas kata. Cukup sekadar dia melihat apa yang Nazhan buat ketika itu. Jadi Mikayla sendiri dengan beraninya memulakan langkah pertama. "Mana ada orang upah delivery sampai banyak macam ni. Kalau sekali hantar dapat upah banyak ni, rider semua kaya." - Ilman Nazhan "Kalau upah sebab sejukkan, lembutkan dan tenangkan hati saya, agak-agak boleh tak macam tu?" - Haura Mikayla Saat melihat sifat Mikayla yang satu itu, sungguh... itu buat Nazhan kagum. Mikayla memang berbeza. "Kelebihan yang kita ada, kita kongsi dengan orang yang tak ada. Betul tak?" - Haura Mikayla Benar, ini cuma kisah biasa yang mungkin menjadi luar biasa.
Kekasih Hati Mr Bodyguard  by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 54,903
  • WpVote
    Votes 1,019
  • WpPart
    Parts 13
Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak. "Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?" - Hana Aralyn Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia! "Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni." - Hadif Akashah Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard! Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan... telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka.... Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya? *** pbakl 2019 ***
Tolong Jagakan Dia by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 34,278
  • WpVote
    Votes 1,520
  • WpPart
    Parts 29
Nyawa seseorang hampir melayang tatkala cuba membantunya. Nur Delisha menjadi semakin takut dan bimbang. Lelaki itu... bagaimana harus aku mencari dan membalas budinya? Zulfan Zayyan... kehadirannya pada malam itu telah menyelamatkan hidup seorang gadis walaupun nyawanya menjadi taruhan. Dia akan mencari dan cuba membantu gadis itu lagi. Khalish Adam... dia akan melindungi gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebaik mungkin. Dan buat sang pemilik hati, cinta kita pasti akan menemui kebahagiaan. Kesilapan yang lalu membuatkan Almira Zahra benar-benar menyesal. Sudah terlambat untuk menebus segala-galanya. Muncul seseorang, menyebabkan hatinya terdetik dengan rasa itu lagi. Kisah silam menyebabkan Black menjadi begitu kejam dan dia akan pastikan bahawa dia akan musnahkan sesiapa sahaja agar matlamatnya tercapai. "Delisha, awak yang buat saya jadi macam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya." - Zulfan Zayyan. "Budi awak memang tak terbalas. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh." - Nur Delisha. "Dan saya akan sentiasa lindungi orang yang saya sayang dan cinta... orang tu, awak... sebab saya dah sedar yang sebenarnya saya cintakan awak." - Khalish Adam. "Hanya orang yang betul-betul ambik berat pasal awak boleh rasa ada yang tak kena dengan awak, bila awak diam..." - Almira Zahra. **Sudah Diterbitkan**
Promise by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 59,263
  • WpVote
    Votes 2,996
  • WpPart
    Parts 36
Ketika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah mereka memang saling tak tumpah tapi... perangai bagaikan langit dan bumi. Sorang indah, sorang lagi bikin menyampah! Wafiy Sadiq, si abang. Pemilik senyuman yang menjadi memori. Lemah lembut bicara dan sering membahagiakan Hanina... dengan kata-kata dan tindakannya. "Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okey? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih bahagia." - Wafiy Sadiq. Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina. "Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan? Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke... kau nak aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?" - Siddiq Wildan. Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu! Ada janji tercipta. Janji yang dikota, bahagia... dan janji yang tidak ditunaikan, sengsara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua. **Sudah dicetak. JUN 2017**