Malay Reading List
3 stories
SETELAH TERLAFAZNYA AKAD by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 282,137
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 11
WHATSAPP 013 2588069 WWW.DEARNOVELS.MY Tajuk: SAAT TERLAFAZNYA AKAD Penulis: Anna Milia ISBN: 978-967-2116-14-1 Harga: RM24.00 / RM27.00 Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing. "Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni." - Hanan "Beres!" - Nawal Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.
MELIRIH KASIH by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 29,482
  • WpVote
    Votes 537
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Melirih Kasih Penulis: Marissa (Sarah Marissa) Penerbit: Karyaseni Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Terbitan: November 2017 Muka surat: 480 ******* Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL. Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi NURUL mampu membuatkan hidup FAIZAL menjadi ceria. FAIZAL terpaksa gigit jari bila NURUL beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan NURUL dari jauh. Namun seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila NURUL beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri. "Saya mengandung tiga bulan." "Awak mengandung?" "Teman lelaki awak tahu?" "Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya." "Jantan tak guna. Dah habis madu..." "Habis tu macam mana sekarang ni?" "Saya tak tahu..." "Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nak awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang awak berdosa besar, tapi awak kena sedar, sebesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Allah, semua dosa awak akan terampun." Demi cinta, FAIZAL sanggup terima Nurul dan bayinya. Demi cinta, FAIZAL pejam mata. Manusia mana yang tak pernah buat salah? NURUL juga perlu diberi peluang. Bayi itu lahir dan diberi nama AWLIYA. Kenapa raut wajah anak NURUL tak ubah seperti wajah seseorang yang amat dikasihi dan dirinduinya? Saling tak tumpah hingga membuatkan FAIZAL benar-benar sayangkan AWLIYA tanpa berbelah bahagi? Siapakah AWLIYA yang sebenarnya?
Dhia Adrianna  by turtllenesh
turtllenesh
  • WpView
    Reads 169,671
  • WpVote
    Votes 7,210
  • WpPart
    Parts 28
Seorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah bahagi kasih sayangnya sekarang hanya Antasha diberi sepenuh perhatian. Dhia dianggap hanya penambahan kekosongan di dalam rumah Hidup Dhia yang dulu bahagia kini bertukar derita selepas kematian adik lelakinya Aqeem Farhan.
+11 more