ikaa's🤍
2 stories
 Inspektor Jambu (In editing) by ikaabaharom
ikaabaharom
  • WpView
    Reads 4,104
  • WpVote
    Votes 405
  • WpPart
    Parts 19
BEST ACTION WINNER🏆 BEST ROMANCE WINNER🏆 Ego membuatkan Inspektor Qayyum Eizdhan lupa bahawa setiap kata hati itu adalah benar. Baginya, kes pembunuhan bersiri yang berada di bawah pikulannya itu melibatkan subahat dari semua orang termasuklah orang yang dipercayai hatinya sendiri. Kerana kes itu juga, Qayyum sanggup menyamar sebagai lelaki jambu di hadapan seorang gadis bermata biru. Tidak disangka juga gadis kacukan orang putih itu melamarnya. Siapa gadis itu sebenarnya? Melamar lelaki seperti Qayyum? Terdesak sangatkah dia? "I will tell you soon but please, be my husband!" - Azwaleza Carlosa - Itulah dia, gadis yang manja digelar Wawa. Hidup penuh penderitaan setelah ibunya meninggal dunia. Harta warisan si ibu, turut dirampas paksa oleh bapa saudara sendiri. Tiba satu masa, dia diberi pilihan bersyarat. Tiada pilihan lagi selain hidup yang bebas. Hendak tidak hendak, Wawa terpaksa menebalkan mukanya melamar seorang lelaki jambu demi sinar kebebasan bersama bapanya kemudian hari. "Okay I will. Malam ini juga, I jumpa keluarga you. Satisfied?" - Qayyum Eizdhan - Perkahwinan yang mulanya dibina atas dasar pertolongan akhirnya ditandang keindahan mutiara jua. Namun, kerana prinsip yang dipegang Qayyum terbongkar, Wawa merasakan perkahwinannya adalah satu tipu daya. Tambahan lagi, ada yang masih menanti kemendungan rumah tangga mereka. "Honey please. Let me explain everything. I sayang you." "Jangan pernah ungkapkan sayang kalau ia tidak lahir dari hati." Seorang berlari ke barat, seorang setia di Asia. Dapatkah cinta bertaut kembali? "Kalau you Inspektor Jambu, I pula siapa?" "You are my angel blue eyes, honey." Benarkah ini pengakhirannya? Atau ada yang masih iri hati? "Listen here, Azwaleza Carlosa. Aku ceraikan kau dengan talak satu!" "You once told me that you don't like cliche marriege. But now, you did it!"
BETRAYED (EBOOK) by ikaabaharom
ikaabaharom
  • WpView
    Reads 783
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 11
SHORT STORY CHALLENGE BY @Angel_K20 ~ He's wild like a vampire ~ Di saat kepiluan mula mencengkam sanubari, empangan air mata akan mula meludahkan mutiaranya. Pada saat itu, hati akan terus merintih dan bersedih. Kehilangan tempat bergantung harap bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh Intan. Ya, dia kaya. Dipenuhi dengan harta yang melimpah ruah. Tetapi, jiwanya kosong. Kemalangan yang telah meragut nyawa ibu bapanya benar-benar meninggalkan kesan yang amat mendalam buat hatinya. Masa kian menghambat diri. Intan nekad untuk bangkit. Akan tetapi, di saat dia mahu melupakan semua itu, bayangan kecelakaan ibu bapanya kembali menghantui diri. Rupa-rupanya, kemalangan itu telah dirancang. Intan membulatkan tekad. Dia mahu mencari tahu dalang di sebalik kemalangan itu. Dan bermula daripada situ, dia telah mengupah seorang penyiasat untuk membantunya. "I give you 1 month to settle my case. I'll pay you double if you can complete it within the stipulated period." - Intan Aulia Namun malangnya buat Intan saat berjumpa dengan si penyiasat bergigi taring. Harapkan diri sahaja kacak tetapi nakalnya sukar dijangka. Sudahlah mempunyai gigi taring yang buas seperti tuannya. Semua benda mahu digigit. Tidak cukup dengan kertas, pen kesayangan Intan juga menjadi sasaran gigi taringnya. "I can finish it only two weeks. But with one condition. I want you to be my girlfriend. How, Cik Intan?" - Detektif Rian Gila! Lelaki ini gila! Intan menyesal tidak sudah. Kalau bukan sebab Rian detektif terhandal, memang tidaklah dia mahu mengupah lelaki itu. Tetapi, nakal tak nakal, buas tak buas, Rian jugalah lelaki yang mampu membongkar rahsia kemalangan orang tua Intan. Saat mengetahui dalang di sebalik semua itu, Intan tergamam. Air matanya gugur. Kepercayaan yang dia taruhkan hancur berkecai. Orang yang Intan sayang, yang Intan percaya rupanya dia yang merancang semua malapetaka ini. Siapakah dalang itu?