AinaaNaa4's Reading List
9 stories
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 476,683
  • WpVote
    Votes 18,045
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
𝐂 | 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞, 𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 by Wheresshaa
Wheresshaa
  • WpView
    Reads 226,203
  • WpVote
    Votes 9,024
  • WpPart
    Parts 66
[ under RE series #1 ── .✦ ] 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 jejaka tinggi lampai yang berumur 29 tahun. Seorang anggota tentera dari unit GRUP GERAK KHAS dan memegang jawatan sebagai seorang Leftenan. Seorang yang dingin tetapi terselit juga aura manjanya. Irsyad seorang yang tidak mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Bahkan dia tidak mengenali apa itu cinta, kerana dia tidak percaya pada cinta pandang pertama. "Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan benarkan sesiapa sakitkan hati kau. I will be there for you, until my last breath." - IRSYAD MIKAEL 𝐇𝐔𝐒𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 seorang gadis yang berlemah lembut tetapi terselit juga perangai baran dan keras kepalanya. Namanya saja sudah cantik apatah lagi orangnya, mulutnya tidak lengkang dari senyuman. Seorang yang sukar untuk percaya cinta, oleh kerana cintanya telah disia-siakan dengan masalalu. "Andainya takdir itu milik kita, saya percaya kita akan dipertemukan kembali. Jodoh itu rahsia tuhan dan saya yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk saya." - HUSNA RAIHANA
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 53,807
  • WpVote
    Votes 2,402
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
Anchor of Hope ⚓️ [OG] by _natasyasofian_
_natasyasofian_
  • WpView
    Reads 3,310
  • WpVote
    Votes 208
  • WpPart
    Parts 26
"Living in your parents' house is free, but you pay with your mental health." Itu bukan sekadar ayat yang Aaira Sabrina baca di media sosial. Itu adalah realiti hidupnya sendiri. Sebagai anak sulung dan pelajar Master dalam bidang Chemical Engineering, Aaira perlu sentiasa menjadi "contoh terbaik" dalam keluarganya. Dia berjaya, dia patuh, dia diam. Tapi di sebalik semua itu, dia sedang perlahan-lahan hilang dalam tekanan yang tak pernah berhenti dengan dibandingkan, ditegur, dan tidak pernah cukup di mata ayahnya sendiri. Setiap kata-kata yang dilemparkan menjadi beban yang dia simpan seorang diri. Setiap harapan keluarga menjadi rantai yang mengikat dia daripada menjadi dirinya sendiri. Dan setiap hari, dia belajar untuk tersenyum walaupun jiwanya semakin retak. Pertengkaran dengan ayahnya menjadi titik paling rendah dalam hidup Aaira. Kata-kata yang keluar bukan lagi nasihat, tetapi perbandingan dan luka yang tidak terlihat. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, Aaira membawa diri tanpa arah. Dia memandu jauh tanpa sedar, hanya mahu menjauh daripada rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Perjalanannya berhenti di Lumut. Aaira berdiri di ambang kehancuran. Di tempat dimana tiada siapa mengenalinya. Namun takdir tidak membiarkan dia mengakhiri hidupnya. "Cik, jangan. Benda boleh bincang jangan buat kerja bodoh macam ni." Suara itu memecahkan kesunyian malam di pantai Lumut. Aaira tersentak. Di saat dunia dalam dirinya hampir runtuh, muncul seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Lefteman Syed Erzhan Talhah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, yang berdiri di antaranya dan keputusan yang tidak boleh diputar semula. Erzhan tidak datang untuk menjadi penyelamatnya tetapi untuk menjadi bukti bahawa kadang-kadang, cinta yang paling tulen bukanlah yang menyelamatkan seseorang tetapi yang menemani mereka ketika mereka belajar untuk menyelamatkan diri sendiri.
TAKDIR KITA | SIBF25 by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 176,072
  • WpVote
    Votes 2,137
  • WpPart
    Parts 17
[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri) dan macam-macam lagi. Yang penting happy ending! Kalau baca tu, sedekah la vote untuk saya dan komen lah jugaa! Benda yang awak anggap kecil ni lah sebenarnya yang buat penulis lebih bersemangat. Tinggalkan review juga kalau boleh supaya saya tahu apa yang perlu diperbaiki. Ini cerita pertama saya di wattpad jadi jangan expect lebih. Tegur boleh, menghina jangan. Saya tak perlukan haters di sini. Kalau awak tak suka, jangan baca. Jangan judge story ni selagi tak baca sehingga garisan penamat. Itu je apa yang saya boleh pesan. Start writing this story: 15/2/2024 Finish publishing all chapter: 6/2/2025 SEBARANG PLAGIARISM TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI! ⚠️ JIKA BERLAKUNYA KARYA SAYA DI PLAGIAT, SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN.
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,561,416
  • WpVote
    Votes 30,359
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
TAUFIQ : RISKY LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 3,152,055
  • WpVote
    Votes 91,277
  • WpPart
    Parts 74
❤️‍🔥 1ST HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Pertemuan yang tidak diduga telah mengubah hidup seorang gadis apabila dia terjumpa seorang lelaki yang berpangkat tinggi. Fikirnya hanya kebetulan namun ia nya adalah takdir. Berlakunya satu kejadian sehingga dia terpaksa meminta sesuatu yang dia tidak ingini. "Kahwin dengan saya.. saya janji saya akan makbulkan apa yang awak nak.. asalkan awak tidak kotori saya tanpa ikatan.." - Fara Aulia "Baik. Kalau itu yang kau nak." - Taufiq Zuhair Namun perkahwinan mereka bukanlah berdasarkan cinta. Tapi ia hanya berlandas nafsu semata-mata. Sehingga ada satu kejadian yang tidak diduga berlaku yang telah meruntuhkan rumah tangga mereka. "Aku ceraikan kau dengan talak satu." - Taufiq Zuhair 4 tahun berlalu. Dan apa yang ditawarkan oleh keluarganya telah membuatkan dia tercari-cari akan bekas isterinya. Dia memerlukan bekas isterinya untuk mencapai apa yang dia ingini. "Kahwin semula dengan aku.. aku janji aku jaga kau seperti seorang isteri." - Taufiq Zuhair. "Saya adalah perempuan paling bodoh dalam dunia ni kalau saya terima awak kembali. Saya taknak jadi hamba lelaki seperti awak lagi!" - Fara Aulia Adakah cinta berputik tanpa dijangka? Adakah hubungan mereka boleh dibetulkan semula dengan usaha Taufiq? Sweet dan nakal. Have some conflict but not too heavy. Harsh words, romance and sexy storyline. Mature content🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
Mr. Hati Beku [C] by Wantwothree_
Wantwothree_
  • WpView
    Reads 248,287
  • WpVote
    Votes 11,001
  • WpPart
    Parts 30
[ #1 in Hati Beku - 2019 ] [ #5 in Remaja - 2019 ] [ #1 in Remaja - 2019 ] [ #37 in Random - 2019 ] [ #32 in Random - 2020 ] [ #41 in Romance - 2021 ] Firasy Adrian , muka kacukan Melayu-Belanda . Semestinya menjadi kegilaan ramai . Iris matanya yang berwarna hijau gelap , hidung mancung , serta bibir mugil yang berwarna pink . Tetapi , Firasy Adrian seorang yang dingin . Tidak pernah bercinta kerana di hatinya sudah tertulis nama seseorang keran itulah dia bersifat dingin dengan perempuan . Aura dinginnya menyebabkan ramai perempuan yang takut untuk mendekatinya apatah lagi mahu men'tackle'nya . Namun , bagi Haura Syazwina , hatinya sudah tertarik dengan Firasy Adrian dari sekolah rendah lagi . Hanya Firasy Adrian di hati . Tiada lelaki lain yang dapat bertakhta di hatinya kerana dari dulu hatinya sudah terkunci buat Firasy Adrian. **** "Dingin , Hati batu , tunggul tapi saya tetap sukakan awak" "Nerd , ulat buku , blur tapi aku tetap tertarik dengan kau" **** ⚠ No Plagyat ⚠ My idea 100% ⚠ Sinopsis memang nak gempak je START : 19 DECEMBER 2018 STATUS : COMPLETE END : 15 APRIL 2019