kookieeminnie
Park Jimin adalah seorang idol terkenal dalam kumpulan idola lelaki bernama Group Alpha, sebuah kumpulan yang dikenali kerana kekuatan karisma dan dominasi alphaness setiap ahlinya. Namun, di sebalik semua sorakan dan cahaya pentas, Jimin menyimpan rahsia paling besar-dia sebenarnya seorang Omega yang menyamar sebagai Alpha sejak debut.
Dengan bantuan suppressant berkuasa tinggi, Jimin berjaya menyembunyikan aroma tubuhnya selama bertahun-tahun. Tiada sesiapa pun, termasuk tiga ahli kumpulan lain-Taehyung si leader yang tenang, Jungkook si alpha muda yang panas baran, dan Mingyu si bongsu yang polos-menyedari identiti sebenarnya.
Namun, pada suatu malam persembahan, Jimin tiba-tiba rebah di atas pentas. Tubuhnya tidak lagi dapat menahan tekanan hormon yang selama ini dipendam. Doktor mengesahkan bahawa suppressant tidak lagi berkesan-dan untuk menyelamatkan dirinya, Jimin perlu menjalani ikatan atau hubungan seksual dengan mana-mana Alpha yang serasi, secepat mungkin.
Dalam kekalutan rahsia terbongkar dan emosi yang berputar, siapakah antara tiga Alpha itu yang akan melangkah ke hadapan? Dan bila cinta mula bercambah, adakah ini hanya soal naluri... atau perasaan yang sebenar?