awatifmakhadzir's Reading List
3 stories
5 Tanda Jatuh Cinta by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 128,584
  • WpVote
    Votes 9,483
  • WpPart
    Parts 57
Nura Araviya ataupun Viya merupakan seorang wartawan tempatan. Sering menemu bual pasangan selebriti yang hangat bercinta ataupun sudah bernikah, tetapi masih gagal memahami sesuatu. Cinta. Makhluk apakah itu? Dari planet mana pula asalnya? Semuanya tidak Viya ketahui. Jangankan cinta pertama, perasaan cinta pun belum dia kenali. Sehingga suatu malam di mana dia asyik berkaraoke lagu Shake It Off nyanyian asal Taylor Swift. Siap memakai kaca mata berbentuk love dan memaparkan aksi yang mencuit hati di hadapan golongan ternama yang sedang menikmati makan malam mereka. Tidak terlupa juga itu merupakan blind date pertamanya. Tanpa dia ketahui, seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef selebriti mula berminat untuk mengenalinya. Lelaki itulah yang digelarnya Alien kerana sama seperti cinta, dia juga tidak mengenali siapakah lelaki itu. Tetapi, lelaki itu menjanjikan sesuatu kepadanya. Alien itu berjanji dia akan memperkenalkan apa itu cinta kepada Nura Araviya. Pemenang Anugerah Wattys 2018 Kategori "Pengkarya Kreatif"
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C] by nfsalala
nfsalala
  • WpView
    Reads 283,780
  • WpVote
    Votes 2,757
  • WpPart
    Parts 11
• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehilangan bukan keinginannya. Tetapi, keinginan Tuhan yang Esa. "Saya dah bangun macam yang awak mahukan. Sekarang, tolong. Berhenti menangis." - FARISH HAYKAL "Itu saja yang saya mampu buat." - SYAURAH IMANI Namun, dalam kesulitan menerima takdir, hati memujuk supaya reda. Kekentalan hati membawa ke dunia baharu. Aturan Tuhan hebat, dalam berjuta-juta manusia dari pelbagai pelosok, Dia menyatukan dua hati dalam tidak sedar, cinta kian berputik sejak masjid mereka dibina. "Sebab dah sayanglah! Kalau awak tinggal saya satu hari nanti, saya rasa saya boleh gila." - SYAURAH IMANI "Sekarang pun dah gila." - ARASH RAFREEN Ternyata, kemunculan seorang lelaki dalam hidup Syaurah Imani membawa sinar baru. Senyum tawanya terlakar dalam tidak sedar. Hidupnya berubah. Demi Tuhan, dia bahagia dengan lelaki ini. Walaupun cuma seketika. Setelah satu demi satu dugaan melanda.. Seutuh mana janji diikat, sekuat mana lafaz cinta, sehebat mana kuasa cinta, dia tewas. Lemas dalam lautan dendam, terjerat dalam sangkar ciptaan Si Busuk Hati. Utuh lagikah cinta mereka? Kuatkah mereka? Arash Rafreen buntu. Patutkah dia melepaskan gadis ini sedangkan dia terlalu cinta? Ya, kerana itulah takdir. Takdir yang perit untuk diterima namun apakan daya. "You left too soon. I wasn't done loving you yet. You're my last forever, my one and only."
Acah-acah Sweet by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 78,495
  • WpVote
    Votes 8,333
  • WpPart
    Parts 47
Nurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula mempercayai kata-kata orang lain. Keyakinan dirinya musnah begitu saja sehinggalah terdetik dalam hati, hanya Khai sahaja mampu membaiki hidupnya. Maka bermulalah misi untuk memenangi hati jejaka yang sebelum ini hanya mempergunakannya. Siapa sangka, lain dikejar, lain pula yang datang? Aiman Wong; definisi 'sempurna' dalam segala hal. Khabar angin tentang Aiman dan Iesha sedang dilamun cinta mula tersebar apabila Iesha memuatnaik gambar jejaka itu sebagai langkah pertama untuk membuat Khai cemburu. Anehnya, Aiman tidak menafikannya. "So? Nak acah-acah sweet?" Kisah cinta klise pun bermula. Pemenang Anugerah Wattys 2020 Kategori "New Adult"