xilems's Reading List
3 stories
[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2 by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 1,737,963
  • WpVote
    Votes 76,998
  • WpPart
    Parts 129
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang perempuan. Bukan mahram." "Dialah manusia paling pelik dalam abad ni. Aku tengok dia tu macam tak ada perasaan langsung. Marah tidak, kecewa tidak, sedih pun tidak. Gembira,senyum? Langsung aku tak pernah nampak semua tu." Itulah yang sering didengari oleh Nurul Aqisyah, seorang gadis remaja yang sedang dilamun cinta. Betul la orang cakap. Cinta itu buta! Aqisyah telah jatuh hati pada seorang lelaki yang bernama Nazrul Hakimi sejak dia berada di tingkatan dua. Satu-satunya lelaki yang telah berjaya menambat hati Aqisyah di dalam kampungnya. Namun, Nazrul Hakimi melayan Aqisyah bagaikan Aqisyah orang luar sahaja. Apabila dengan kawan-kawan yang lain, Nazrul bermesra pula. Kalau bernasib baik, dapatlah bergurau sekali. Macam mana Aqisyah tak puas hati? Panas hati dia! Kali ni, dia sudah nekad. Biarlah orang mahu kata 'perigi cari timba' sekalipun. Asalkan lelaki itu menjadi raja di hatinya. Projeknya harus dilaksanakan! Projek memikat hati crush! • 6 Nov 2016
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 949,100
  • WpVote
    Votes 33,908
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
P S I K O [ 1 ] by shaieraa
shaieraa
  • WpView
    Reads 124,754
  • WpVote
    Votes 6,413
  • WpPart
    Parts 20
Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidup Melati kacau bilau apabila seseorang yang tidak dikenalinya mula mengikuti pergerakannya. Dimana-mana sahaja ada dia. Dia berasa tidak selamat walaupun berada di dalam rumahnya sendiri. Mula: 5 April 2020 Tamat: 18 April 2020 Cover by ; Shaieraa Dilarang menciplak. Sekian Terima Kasih.