nalynleen's Reading List
12 stories
Suratan Takdir Untukku by liaatishaa
liaatishaa
  • WpView
    Reads 5,148,694
  • WpVote
    Votes 115,289
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
My Dear Mr.Annoying💖 by tmaihusna01
tmaihusna01
  • WpView
    Reads 7,814
  • WpVote
    Votes 1,674
  • WpPart
    Parts 24
Pergi mu tanpa kabar berita membuatku tertanya-tanya dimanakah kau berada. "Aisy boleh bagi tahu I yang you cintakan I? I perlu kepastian daripada you." ??? Aku hanya tersenyum dengan tenang aku berkata. "aku hanya lafazkan kalimat tu hanya pada yang halal buat aku." Apa yang berlaku? Siapa yang aisy cinta? Sapa yang annoying? kalau nak tahu boleh baca sampai habis
Seindah Takdir Umairah by lyafarhanx
lyafarhanx
  • WpView
    Reads 307,312
  • WpVote
    Votes 16,440
  • WpPart
    Parts 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah
CINTAI AKU SEADANYA || telah terbit 2024 - DearNovels ❤ by Eyra_Shazleyra
Eyra_Shazleyra
  • WpView
    Reads 75,343
  • WpVote
    Votes 562
  • WpPart
    Parts 13
3rd ❤ LoveStory ❤ by EYRA_SHAZLEYRA LANGIT MASIH BEGITU. CINTAI AKU SEADANYA. Kerana HATIKU hanyalah MILIKMU. Aira Safiya - kesukaran hidup mengajar erti kedewasaan. Ujian yang bertimpa menjadikan diri semakin matang. Bahkan pemangkin untuk dia cekal menghadapi segala. Dalam hidupnya hanya ada ayah dan Afiq. Segalanya Safiya sanggup lakukan demi kebahagiaan keduanya walaupun terpaksa mengorbankan hasrat hati. Raef Afham - anak bongsu kesayangan keluarga. Terlahir dalam keluarga yang memiliki segala. Hidup tak pernah menghadapi kesukaran. Namun saat berdepan kejatuhan, diri seakan tersungkur. Namun perlu bangkit demi membuktikan pada semua yang dia mampu teruskan hidup seperti orang lain. Perhubungan di antara keduanya sudah lama dijanjikan. Namun tak seorang mahu akur dan menurut. Hanya setelah merasakan egonya tercalar oleh gadis yang bukan sesuiapa, Raef tekad untuk memerangkap Safiya demi dendam di dada. Namun akhirnya yang benci menjadi cinta. Keduanya saling mendambakan kehadiran setelah saling kehilangan sesuatu yang berharga. Raef Afham diharapkan Aira Safiya setelah diri menghadapi kesuakran. Dan Raef berjanji takkan pernah meninggalkan. Perhubungan yang terjalin atas dasar cinta diharapkan kekal sehingga ke akhirnya. Namun tak siapa mampu menduga duka akan mencelah meregut kasih. Aira Safiya yang diharapkan Raef Afham untuk menunaikan segala impian telah mengkhianati cintanya dalam diam. Lalu sukar untuk diri menerima segala. Lantas meretakkan perhubungan. Perpisahan. Itu jalan terakhir yang akan menyelamatkan keadaan. Saat hubungan semakin retak, barulah Raef tersedar cinta untuk Safiya adalah segalanya dalam hidup. Namun sudikah Aira Safiya kembali berpaling memandang? Masihkah sanggup membiarkan hatinya terluka kerana sebuah pertuduhan yang bukan sebarangan? Atau Safiya memilih Nazrin yang sudi menerima setiap kekurangan? # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara. # 03 Januari 2020.
MR.RAYYID ( On-going ) by myhappypillss
myhappypillss
  • WpView
    Reads 9,639
  • WpVote
    Votes 432
  • WpPart
    Parts 23
p/s ; dont copypaste my first karya! And dont forget to vote and comment anything okey. ********* Aira Humaira , seorang gadis yang naif dan takut akan kegelapan. Tidak mempunyai siapa-siapa selain emak dan sahabat baiknya. Dia sanggup berhenti mengejar cita-cita demi menyara keluarga. Namun , hidupnya berubah setelah berjumpa seorang lelaki yang tidak dikenali. Rayyid Amsyar , hidupnya hanya memikirkan keluarga serta kerjayanya. Kematian ayahnya tanpa sebab menjadikan dia seorang yang dingin dan bengis. Sehinggalah pertemuannya dengan seorang gadis yang mampu mengawal amarahnya. Thankyou for read this. Follow me and I will follow you back !
Isteri Yang Dibenci by ShafinasBakri
ShafinasBakri
  • WpView
    Reads 242,154
  • WpVote
    Votes 5,409
  • WpPart
    Parts 24
"Kalau suatu hari nanti kau jatuh cinta dekat aku, kau jangan harap aku akan balas cinta kau. Aku sayangkan Dania. Aku akan halalkan hubungan aku dengan dia. Dan tak mungkin aku akan teruskan perkahwinan kita untuk selamanya" - Naim Lufias Demi untuk menunaikan permintaan ibunya, Nura Afiqa terpaksa memperjudikan masa depannya untuk berkahwin dengan lelaki yang begitu membencinya. Nura Afiqa redha, dirinya dijadikan musuh meskipun Naim Lufias telah sah menjadi suaminya. "Sebesar mana pun cinta dan pengorbanan yang saya beri pada awak, awak tak akan boleh nampak. Sebab saya tak pernah wujud dalam hidup awak, walaupun awak segalanya untuk saya" - Nura Afiqa Mungkinkah Nura Afiqa berjaya membuka hati Naim Lufias dan meruntuhkan tembok benci Naim Lufias terhadap dirinya? Akan terhapuskah cinta mati Naim Lufias untuk kekasihnya Dania Adawiyah? "Awak. Saya ni akan tetap jadi isteri yang dibenci sampai ke akhir nafas saya ke?"
Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016 by _llumie
_llumie
  • WpView
    Reads 3,768,221
  • WpVote
    Votes 92,576
  • WpPart
    Parts 53
Mengisahkan kehidupan seorang isteri ( Aryssa ) yang didera, dicaci maki dan dianggap sekadar isteri di atas kertas oleh suaminya sendiri ( Farish ). Ikatan perkahwinannya bersama Farish tidaklah sebahagia seperti pasangan suami isteri yang diluar sana. Mereka disatukan bukan atas dasar cinta tetapi disatukan atas dasar permintaan Tengku Maria iaitu mummy kepada Farish yang inginkan Aryssa menjadi menantunya dan disebabkan terhutang budi dengan jasa baik Tengku Maria lah Aryssa bersetuju untuk berkahwin dengan Farish. " Kau ni hanya isteri di atas kertas je bagi aku !!! " " aku akan pastikan bila tiba masanya aku akan ceraikan kau !!! " Adakah Aryssa akan diceraikan bila sudah tiba masanya nanti ? Tidakkah Farish cuba membuka pintu hatinya untuk menerima Aryssa di dalam hidupnya ? Kalau nak tahu selanjutnya kenalah baca....
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,382,866
  • WpVote
    Votes 78,397
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.
De Beauty Graphic  by _aneesahlan
_aneesahlan
  • WpView
    Reads 9,330
  • WpVote
    Votes 1,704
  • WpPart
    Parts 83
N O W: O P E N ( ) C L O S E (✔️) Start: 30 JUNE 2020 Design Artist: ANEESAHLAN (Cik Nis) Nak tahu cantik ke tak De Beauty Graphic ni boleh tekan "read" 😋. Para requesters diminta bersabar dan ucapkanlah "terima kasih" selepas Cik Nis menyiapkan poster anda kerana adab diutamakan 😉. "Belajar menghormati terlebih dahulu jika mahu dihormati" Semoga awak semua rambang mata dan tertarik untuk cuba graphic Cik Nis😆.
Mr Navy, My Husband (ON GOING) by leonmao
leonmao
  • WpView
    Reads 9,600
  • WpVote
    Votes 1,235
  • WpPart
    Parts 44
Bagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak menghabiskan masanya berada dia bawah laut. Disebabkan dia amat meminati scuba diving dia telah pergi ke sebuah tempat iaitu The Woodlands Scuba Club untuk mencapai impiannya menjadi seorang penyelam yang terhandal. "Sebelum nak masuk dalam laut make sure semua kena buat pemanasan badan ni sebab bila kamu di bawah air nanti kamu tidak mengalami masalah seperti kekejangan otot". - Adler reid bruce "What?! kena buat juga keh aduh malas lah buang masa jeh" - Natalie skylar hansen "Kalau tak nak buat tak perlulah perempuan macam kau ni memang tak layak nak masuk tempat ni.Merungut je mengalahkan budak" "Kemain sedap mulut dia cakap aku macam tu nampak muka pun tak sesuai nak jadi instructor aku" Setiap kali Natalie bersama instructor itu dia pasti berperang mulut tetapi apa yang lebih menghairankan lagi dia tidak menyangka instructornya itu seorang navy yang terkenal.Banyak peristiwa yang mereka akan lalui nanti setelah mereka ditakdirkan bersama. Cover by: @peppermintmix