Romance [CreativeAward]
8 stories
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 156,898
  • WpVote
    Votes 12,866
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 224,154
  • WpVote
    Votes 12,644
  • WpPart
    Parts 40
Dingin. Beku. Garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi misteri itu. Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia 'anak kedua misteri' yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru. Bagi orang ramai, dia lelaki yang tak berperasaan. Hanim pun tak gemarkan sikap lelaki itu. Tapi, siapa sangka dia sebenarnya bergelar bapa? Dari seorang bos dan pekerja, kepada anak makcik sebelah rumah, kepada Hanim bergelar kak 'beuaty' Tiara, si cilik milik Izammil. Sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya. "Kahwin dengan saya. Demi Tiara." Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah dijanji untuk dikahwini? Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segalanya berubah apabila rahsia terbongkar satu-persatu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah. "For some people, when they cried, they have people that will cry for their pain. When they were hurt, they have people to tell them they're sorry. But I don't have all that, Hanim. Tiara is all I have." - Izammil Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul untuk meragut Tiara pergi dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban. "Saya berahsia demi maruah ramai orang." - Izammil "Saya ada satu peluang untuk betulkan segalanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambil peluang itu untuk kembalikan awak yang dulu." - Hanim Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim. "I'll be the first to cry when you're hurt, and the last to smile until you smile first." - Hanim *Cliché but do give it a chance
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED] by TheAyraa
TheAyraa
  • WpView
    Reads 110,436
  • WpVote
    Votes 13,235
  • WpPart
    Parts 7
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperibadiannya kerana dia hanyalah wanita akhir zaman yang rapuh, yang selalu lupakan Ilahi dan mengikut kehendak duniawi. "I love your beautiful eyes. And I love you too." - Rayyan Hadirnya seorang jejaka bernama Fahrin memberikan 1001 sinar bahagia buat Fasha. Dikejar dan diraih cinta lelaki itu sehingga diabaikan cinta yang lebih besar. Cinta sang pencipta hati. "Awak memang tak pernah bukakan hati awak untuk saya kan? Kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik untuk awak?" - Fasharina Haura "Maaf, tapi aku tak boleh beritahu." - Fahrin Sesungguhnya hijrah itu tidak mudah. Saat dia mula berubah, Allah berikan ujian yang bertimpa-timpa sehingga membuatkan dia diambang kejatuhan dalam gaung kejahilan semula. "Sekarang, apa perasaan kau? Kau dah ditinggalkan semua orang dan hidup seorang diri. Tak ada siapa lagi yang percaya kau walaupun kau kata kau dah berubah sekalipun!" - Sarah Namun, kehadiran Mr. Tengku yang sentiasa ada di sisi membuatkan dia teguh berdiri. Saat itu, dia mulai keliru dengan aturan Tuhan yang tidak diduga ini. "Kaulah bidadari saat pertama kali kita berjumpa." - Mr. Tengku "Siapa awak, Mr. Tengku?" - Fasharina Haura "Seorang lelaki yang bakal pimpin tangan kau ke Syurga." - Mr. Tengku "Aku melangkah bukan kerana dia tetapi kerana Dia." - Fasharina Haura Siapakah lelaki di sebalik gelaran Mr. Tengku? Berjayakah Fasha memikat hati Fahrin? Dan siapakah pilihan hati Fasha? Mr. Tengku, Rayyan atau Fahrin? #1 tarbiah ⚠️ MY OWN IDEA!
Headprefect Itu Milikku  by _adawiyahhhhh
_adawiyahhhhh
  • WpView
    Reads 62,111
  • WpVote
    Votes 5,979
  • WpPart
    Parts 51
nice cover by : sakuraa Tengku Aireen Najihah telahpun berkawan rapat dengan Tengku Amierul Hafeez ketika mereka berumur 10 tahun . Namun kerana masalah keluarga , Tengku Aireen Najihah telahpun berpisah dengan Tengku Amierul Hafeez dan berpindah ke Amerika . Tengku Aireen Najihah merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik . Dia mempunyai dua orang abang iaitu Tengku Aryan Nafiz dan Tengku Ryan Nazif . Dia berasa sangat gembira kerana tinggal di Amerika bersama sama dengan dua orang abangnya . Namun pada suatu hari , mereka telah pun pulang ke Malaysia Tengku Amierul Hafeez merupakan seorang anak lelaki yang disayangi oleh ahli keluarganya kerana dia ialah anak bongsu . Dia mempunyai seorang abang yang sangat memahaminya iaitu Tengku Amierul Hazeeq . Tengku Amierul Hafeez merupakan seorang ketua pengawas disebuah sekolah yang sangat berprestasi tinggi . 7 tahun kemudian mereka telahpun bertemu kembali... apakah yang akan terjadi kepada Tengku Aireen Najihah ? dapatkah Tengku Amierul Hafeez mendapatkan cintanya kembali apabila hadirnya orang ketiga didalam hubungan mereka ? silaa bacaa !! no copy !! cerita ni hanyala imaginasi sy .
Skinship❤️❗️❌ by lekonlyra
lekonlyra
  • WpView
    Reads 291,890
  • WpVote
    Votes 7,590
  • WpPart
    Parts 51
[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021
Hannah Nadhirah by _Aisywa
_Aisywa
  • WpView
    Reads 158,770
  • WpVote
    Votes 8,736
  • WpPart
    Parts 68
3RD ROMANCE BY _AISYWA THE WATTY AWARDS 2019 WINNER ROMANCE ⚠️ Penulisan dalam karya ini adalah versi belum sunting (edit). Raw/draft version (pls expect grammar error, typo & etc) ⚠️ Bukan heroin. Bukan cinderella yang menanti putera idamannya. Bukan si Juliet kekasih hati si Romeo. Tapi seorang gadis yang tagih kasih sayang dari seorang lelaki. Membina perasaan cinta terhadap seorang lelaki bertahun lamanya. Tapi saat mahu meluahkan rasa, lelaki tersebut sudah memiliki gadis idamannya. "Aku cuma nak cakap yang aku sayang kau." -HANNAH NADHIRAH Apa nasibnya apabila lelaki pujaannya merangkap sahabat baiknya sendiri sudah mempunyai buah hati? HANNAH NADHIRAH bukan heroin tetapi antagonis. Jahatkah dia? Suatu hari HANNAH NADHIRAH mendapat kad jemputan kahwin yang akan diadakan di hotel terkemuka. Betapa remuknya hati kecil HANNAH NADHIRAH saat membaca nama si pengantin. "Bagi aku peluang untuk bagitahu sesuatu! Aku..." - HANNAH NADHIRAH Dendamnya disimpan. HANNAH NADHIRAH membawa diri jauh ke Australia pada hari perkahwinan lelaki pujaannya. Dia akan kembali menagih cinta. Beberapa tahun sudah berlalu, kehadirannya membuatkan satu rumahtangga kucar kacir. "Kau akan jatuh dalam perangkap aku." - HANNAH NADHIRAH Senyuman sinis mula terbit apabila segala rancangannya mula berjaya. Dia bukan heroin, dia bukan si lemah, dia ialah antagonis yang berjaya. Graphic Design by qeylalala Vote | Comment Start : 19 May 2019 End :- √ Cerita yang unik dan kurang klise √ Plagiat tidak dibenarkan, otak ada kan? √ Jalan cerita seperti naik rollercoaster © 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐖𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌™
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 357,118
  • WpVote
    Votes 21,946
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,574,116
  • WpVote
    Votes 341,690
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘