SYAZAM_ME's Reading List
6 stories
Mrs. Aathif Naufal (EBOOK) by qkeiyaaaaa
qkeiyaaaaa
  • WpView
    Reads 1,138,539
  • WpVote
    Votes 4,547
  • WpPart
    Parts 9
"𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑯𝒂𝒗𝒆 𝑬𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒔" Tuan Aathif Naufal vs Aura Medina TUAN AATHIF NAUFAL - Seorang lelaki berkerjaya. CEO di sebuah syarikat milik keluarganya. Dingin, sombong. Mamat kerek. Itu panggilan yang diberikan oleh seorang wanita kepada lelaki itu. Kacak? Ya, sehinggakan ada wanita yang sibuk terkejarkan dirinya. Kesetiaan hanya diberikan pada wanita yang disayanginya sahaja. Tiada yang kedua. "Jangan mengaku anak yang kau kandungkan tu anak aku" AURA MEDINA - Seorang anak tunggal. Kaya dan juga berkerjaya. Cantik dan seterusnya menjadi tumpuan oleh tiga orang lelaki. Sombong? Ya itu diri wanita itu. Sombong jika orang lain belum mengenali dirinya. Kuat? Dia wanita yang sangat kuat. Segala dugaan dan cabaran yang dia tempuhi dia akan hadapi dengan baik. "I think she's the perfect one for you cause I'm not--" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 26 April 2021 End: 6 August 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaa
TSK: Nuansa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 36,955
  • WpVote
    Votes 3,203
  • WpPart
    Parts 11
Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur? Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam? Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa. "Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin "Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang-orang yang berusaha.
Garis Masa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 121,978
  • WpVote
    Votes 8,949
  • WpPart
    Parts 35
SINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja ; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya. Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya Umi sahaja perempun dalam hidupnya. Sehingga dia, si rambut ungu Dr. Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan. "Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik pada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul islam tu indah bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau?" - Violet Lim Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara, Segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang perlu dikorbankan. Ah, sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan? Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran. - Azril Aqil
Embun Anggerik by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 362,878
  • WpVote
    Votes 35,680
  • WpPart
    Parts 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok. "Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feel to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs gasping for air." - Alam Uzayr " Shut up." - Embun Anggerik Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,431
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited] by imshalel
imshalel
  • WpView
    Reads 39,565
  • WpVote
    Votes 1,989
  • WpPart
    Parts 20
[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya, ia nyata. Dia hidup secara normal namun sering dicemuh oleh segelintir masyarakat yang tidak bertamadun. Menyalahkan Melissa sepenuhnya atas kematian hartawan di kota mereka. Melissa hanyalah anak pungut. Jadi tidak hairanlah gadis malang itu sering dicemuh oleh mulut-mulut celupar di kota itu. Malang! Itu perkataan yang sering didengarinya. Namun, gadis malang itu langsung tidak mengetahui bahawa dia hanya sekadar anak angkat keluarga itu. Hinggalah suatu hari, dia menjumpai seorang lelaki yang mengakui bahawa dia adalah abang kepada Melissa. Pada mulanya dia ingkar, namun setelah dibawa ke satu kawasan ganjil, hatinya mulai tergerak ingin mengetahui kebenaran yang sebenar. Kisah Melissa ini di dunia imaginasi, realiti ataupun sekadar mimpi ? #1 in ahlisihir Start:12 Oktober 2018 Re-edit: 21 September 2019 End:8 Oktober 2019