btrsyaa3
- Reads 20,873
- Votes 843
- Parts 47
Pertemuan pertama mereka tidak pernah seindah yang disangka.
"Nasib air ni tak kena baju aku!"
"Maaf, maaf... saya tak sengaja."
Pergaduhan, salah faham dan sikap masing-masing yang tidak matang membuatkan mereka sering bertelagah. Namun, di sebalik segala perselisihan itu, tanpa mereka sedari, hati mula berubah.
Perlahan-lahan, takdir mula menemukan mereka berdua...
"Kau buat apa kat sini?" - Afif
"Saya tengah tangkap ikan kat sini." - Affeya
"Kau rasa ikan yang mana satu paling hensem?" - Afif
Afif dan Affeya sudah mengenali satu sama lain sejak zaman persekolahan lagi. Namun, hubungan mereka tidak pernah berjalan dengan mudah. Setiap kali berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka menyampah.
Bagi Affeya, Afif hanyalah lelaki yang suka mengusik dan menyakitkan hati. Bagi Afif pula, Affeya ialah gadis degil yang tidak pernah mahu mengalah.
Tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, hati mula menunjukkan perasaan yang sebenar.
"Kau suka aku ke, Affeya... jujur?" - Afif
"Awak nak tahu sangat, kan? Ya, saya memang suka awak dari dulu lagi." - Affeya
Namun, kehidupan mereka tidak selamanya dipenuhi bahagia.
Tugas, jarak dan sebuah kesakitan yang hadir tanpa diduga mula menguji hubungan yang mereka bina bersama.
Saat salah seorang daripada mereka terpaksa berdepan dengan ujian yang mengubah kehidupan, cinta mereka sekali lagi diuji. Kali ini bukan dengan pergaduhan atau salah faham, tetapi dengan ketakutan untuk kehilangan insan yang paling disayangi.
"Kalau abang rindu kenangan kita, tengoklah pokok-pokok bunga ni." - Affeya
"Sebab apa?" - Afif
"Sebab kita tanam sama-sama." - Affeya
Mampukah Afif dan Affeya mempertahankan cinta yang pernah bermula dengan sebuah pertengkaran?
Atau adakah ujian itu akan menjadi titik terakhir dalam kisah cinta mereka?