Reading List
4 stories
Takdir Terindahku √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 366,159
  • WpVote
    Votes 19,066
  • WpPart
    Parts 56
"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa sengaja. Saya taknak jadi hamba yang berdosa kepada Maha Pencipta. Sudikah awak menjadi suri hati hidup saya?" Tanpa dasar cinta, aku menerima Sa'id Hafiz Murtaza kerana tidak mahu jejaka itu terus terikat dengan dosa. "Akak bertuah kerana menjadi isteri abang Hafiz. Dia tersangat istimewa" Aku hanya tersenyum manis. Aku mengaku bahawa suamiku tersangatlah istimewa. Tahap kecintaannya kepada Maha Pencipta tersangat luar biasa. Susah untuk mencari seorang lelaki yang terlalu jauh dari fitnah dunia kerana terlalu dalam mencintai agama. "Ada orang nakkan Aisya. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuklah membunuh" Apa yang masuk ke dalam telinga aku bagaikan petir yang memanah tepat pada tubuh. "Kita kena korbankan Aisya" Aku hanya setuju. Akan tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit ketakutan dan bahaya? Mampukah aku untuk terus mempertahankan perkahwinan ini? Jika aku tewas, apa akan terjadi kepada aku? Kepada Hafiz? Ini bukan kisah cinta semata-mata, ini kisah pengorbanan dan kepercayaan. Ini... kisah aku. Dia seperti ais. Dingin dan keras seperti batu, tetapi sejuk dan menyamankan.
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,448,822
  • WpVote
    Votes 90,889
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Aku Benci Kau Ketua Pengawas!✔[EDIT] by dunnolicious
dunnolicious
  • WpView
    Reads 306,297
  • WpVote
    Votes 15,129
  • WpPart
    Parts 62
Aku tak suka! "Woi jantan!" Aku kata aku tak suka!! "Woi betina!" Aku tak suka lah!! [Highest Rangking #1 in girls] [#1 in Hot] Kau pernah rasa disakiti oleh realiti kehidupan? Saat bahagia itu sudah ada didepan mata. Berkelipan bagai memberi aku tanda bahawa ia tiada penghujung. Namun,saat jemari mula dihulur untuk merasau kebahagiaan. Cahaya bahagia semakin malap dan malap akhirnya hilang membawa jiwa yang sentiasa ketagih untuk merasai bahagia. Kegelapan pula tidak hanya melihat. Ia datang bersama sembilu untuk menikam jiwa yang sepi. Namun,realiti tetap realiti. Akhirnya..satu benda yang aku pelajari,daripada dia. Dia yang datang kepadaku untuk mengubat luka dijiwa dan juga membawa sinar bahagia. "Kebahagiaan itu bukan untuk dicari. Tapi untuk dicipta." Start: now End: - Already completed😚❤ @dunnolicious
Aku Suami Kau Isteri ✅ by anissyaaa
anissyaaa
  • WpView
    Reads 3,954,385
  • WpVote
    Votes 12,138
  • WpPart
    Parts 17
"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau nak aku senyum macam orang gila kat tepi jalan baru ada perasaan?" ujar Danish. "Tak payah! Sebab awak tu memang dah tak betul!" Qira membalas geram disertai jelingan tajam. Hari demi hari Qira dan Danish bertikam lidah. Danish dengan sikapnya yang dingin dan sukar mengalah sentiasa menjengkelkan Qira. Namun begitu, ada sesuatu mengenai diri Danish yang membuatkan gadis bernama Qira ini menjadi istimewa dalam hidupnya. Danish tak pernah mengenal erti cinta sebenar jadi sebagai isteri ianya menjadi tanggungjawab Qira untuk menjagar suaminya erti cinta. "Wei mak nenek, kau kena ingat aku ni suami kau tu isteri," "Tahulah!" Semakin hari, Qira semakin mengenali Danish. Walaupun Danish sentiasa dingin namun lelaki itu sentiasa berada di samping Qira di saat gadis itu memerlukan seseorang. Sikap Danish berbeza apabila dia bersama Qira. Tanpa Danish sedari hatinya sudah mula menyayangi sang isteri. "Aku takkan lepaskan Qira walau apapun yang berlaku. Dia isteri aku, aku akan jaga dia sehingga nafas terakhir aku," " Danish?" "I said call me abang," pinta Danish tegas. Qira sekadar tersengih. ***** P/s : This is the ideas that has been written only for draft . So, there will be many grammatical error, and typo. Give my story a chance and don't forget to vote my story and leave comment. Enjoy reading...