Action 😎⚔️
5 stories
The Killer (2) by arsdnil
arsdnil
  • WpView
    Reads 182,016
  • WpVote
    Votes 10,246
  • WpPart
    Parts 49
Pembunuh asal telah kembali. Telah dibebaskan dari dunia gelap ke dunia luar. Keadaan sekeliling memaksa dirinya menjadi seperti dulu. Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Hanya disebabkan dendam yang lama,orang di sekeliling menjadi mangsa. Pembunuhan yang berlaku seperti telah dirancang. Dia licik....Dia bijak.....Dia muncul di mana mana sahaja....Dia bagaikan angin....Dia akan melaksanakan tugasannya hingga habis.... Dan persoalannya,siapakah dia sebenarnya? ~Cerita ini sambungan daripada boyfriend aku psycho.
Gadis Kepunyaan Mr.Mafia by teeeekah
teeeekah
  • WpView
    Reads 501,184
  • WpVote
    Votes 22,220
  • WpPart
    Parts 48
Watak ; 🔱 Nur Aishah Binti Dato' Ahmad 🔱 Ayden D'Fabrio Bin Alex Azeus Apa jadi bila kita tanpa sengaja ternampak sesuatu yang tak dijangka di depan mata? Apa perasaan kita? Dan paling menakutkan, bila orang tersebut perasan akan kelibat dia yang sibuk mengintip mereka. "D---dia tikam orang tu?" Nak pengsan Aishah bila dia tanpa sengaja ternampak kejadian membunuh di hadapan matanya. Niatnya hanya untuk membeli aiskrim, tapi lain pula jadi. "I'll find you, little girl." Sejak itu, Aishah mula terasa dirinya diekori. Setiap kali dia berjalan kaki untuk pulang ke rumah, mesti perasaan takut menyebulungi hatinya. Sehinggalah tanpa dia sangka, dia terserempak dengan orang yang membunuh itu. "Don't try to run from me, little girl. No matter wherever you are, I always can find you." Bermacam-macam rancangan dirangka oleh Ayden supaya Aishah tetap berada di sisinya. Dia yakin dia mula suka akan gadis itu sejak pertama kali dia bertentang mata dengan mata si gadis. Dan dia bersumpah akan menjaga Aishah. Dan bagaimana pula apabila abang Aishah menjadi halangan? "I like your sister." "Tak boleh Ayden!" Bagaimana kesudahan cinta sejati Ayden? Adakah Aishah juga mempunyai perasaan yang sama? Bagaimana pula dengan halangan dari abang Aishah?
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,292
  • WpVote
    Votes 13,056
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,553,325
  • WpVote
    Votes 340,518
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘