👀 C U T E
5 stories
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,455,121
  • WpVote
    Votes 392,038
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
TIH 3 : Misery Night by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 33,105
  • WpVote
    Votes 2,642
  • WpPart
    Parts 37
[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada setengah orang kata, dia seorang penjenayah yang sedang polis kumpul bukti untuk meletakkan lelaki itu di dalam penjara seumur hidup. Tetapi ada juga sesetengah yang percaya lelaki misteri itu seorang yang baik kerana selalu membantu orang. Nik Amar Fahimi, lelaki yang menyimpan kenangan pahit sejak kecil. Pendiam tetapi tidak kepada orang tertentu. Seorang pekerja separuh masa di sebuah kedai jam tangan. Walaupun hanya seorang pekerja biasa tetapi dia juga seorang yang menyimpan rahsia. Menghilang hampir setiap malam, tetapi muncul tepat pada waktu setiap pagi. Tapi apa kaitan mereka berdua ni? Suatu tugas diterima oleh Night dan rakan setugasnya menyebabkan dia terpaksa menyamar menjadi seorang bodyguard kepada seorang anak orang kaya, Najwa. Masalahnya, bukan wanita itu yang patut dilindungi tetapi dua orang budak yang dijaga oleh Najwa selama dua minggu! "We meet again, little girl." -Night Masalah kedua muncul apabila Datuk Mukhriz, ayah Najwa mewajibkan mereka untuk menjadi imam dalam solat fardu. Parah! Sudah berapa lama tubuh mereka tidak bersujud kepada Tuhan? Hanya Allah saja yang tahu. "Awak perlu tahu semua benda ni, Amar. You are the only one left." Rahsia lama kembali tersingkap, kehadiran seorang lelaki yang mengakui diri sebagai kenalan abang Amar menimbulkan pelbagai rasa dalam hati. Dia berusaha mencari jawapan kepada kebenaran peristiwa yang menyebabkan dia menjadi siapa dirinya pada hari ini. Dan hanya dia seorang yang dapat membela kematian abang dan adiknya. "Aryan, Amar akan cari pembunuh tu sampai dapat."-Amar ⚠️ Mature content di sini merujuk kepada aksi ganas dan membahayakan.
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi by fiqahamani
fiqahamani
  • WpView
    Reads 487,381
  • WpVote
    Votes 41,281
  • WpPart
    Parts 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbeza. Farish. Walaupun bermulut laser dan berbisa, tidak suka bergaul, dan berpersonaliti sadis namun dia tetap lelaki terulung. Bukan hanya menjadi idaman seluruh kolej, malah idaman seluruh mala- Tidak. Mungkin juga idaman seruluh dunia. Kerana dialah, satu-satunya... Prince Charming Terencat Emosi. Cerita ke-2 siri ' Once Upon A Time '
Kucing, Kau Kenapa? by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 45,991
  • WpVote
    Votes 1,753
  • WpPart
    Parts 17
CURRENTLY EDITING AND WILL SLOWLY UPDATING Update: Every Monday OR Thursday Published: 11/08/2018 Republished: 15/07/2019 Bayangkan bila kau seorang guru yang masih dalam misi mencari calon suami terjumpa seekor kucing di dalam rumah yang berkunci dan kau tak boleh ke mana-mana tanpa kucing itu? Ya, inilah yang aku hadapi. Kucing, kau kenapa? Why are you ruining my life? Tak cukup di rumah, di sekolah dan di mana-mana saja wanita 25 tahun ini berada, kucing itu sentiasa muncul. Seakan-akan stalker versi comel. Dhiya Adriana tidak tahu apa yang menyebabkan kucing itu sentiasa mengikutnya ke mana-mana dia pergi. Mungkinkah ada orang yang ingin membalas dendam terhadapnya? Maka dihantar seekor kucing untuk memusnahkan hidupnya? Namun, ada suatu perkara pelik yang jadi pada Dhiya Adriana. Sejak dia memulakan hidup baru dengan kehadiran kucing misteri itu, nama pelukis terkenal, A Aryan seringkali menjadi buah mulut rakan-rakannya. Entah apa yang menarik pada dia sehingga ramai wanita yang jatuh hati padanya dan entah mengapa dia tidak pernah dengar pun nama itu sebelum ini. Itu belum tambah lagi jirannya yang hilang tanpa khabar. Timbul pelbagai persoalan di benak Dhiya Adriana yang tidak pernah bertemu dengan jirannya itu. Mungkinkah lelaki itu diculik? Mungkinkah dia telah pun meninggal dunia tanpa semua orang tahu? Atau mungkin kucing yang muncul tiba-tiba ini tahu ke mana lelaki itu menghilang? Apa yang berlaku sebenarnya? Dhiya Adriana memilih untuk memerhati dan membiarkan waktu yang menentukan masa untuk jawapan kepada persoalannya diterima.
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,119,328
  • WpVote
    Votes 309,241
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]