Aleya252
Jo Seung Hee gadis kampung yang kini menetap di rumah abangnya Jo Seung Min di Seoul sedang menuntut ilmu di Ewha's Women's University dalam bidang HR Management and Marketing yang juga merupakan pekerja sambilan di salah sebuah kafe di universiti tersebut.
Kesilapan kecil yang disebabkan oleh rakan sekerjanya yang tidak sengaja menjatuhkan stok puding karamel yang terakhir itu, menyebabkan Seung Hee terpaksa bertanggungjawab keatas kesalahan rakannya itu dengan membuat puding karamel yang baharu untuk disajikan kepada pelanggan VIP itu.
Puding yang dibuat khas daripada Seung Hee mengikat seorang ahli perniagaan muda yang cukup terkenal di universiti itu sendiri dengan status, visual dan tingkah laku yang disenangi ramai, Kim Taehyung untuk terus berkunjung ke kafe itu setiap hari untuk memesan puding karamel buatan Seung Hee sendiri.
[Mini Novel]