Abdul1311's Reading List
31 stories
Tercurang Tanpa Niat 2 | Wifey Edition by gnote2minix7-v1
gnote2minix7-v1
  • WpView
    Reads 200,356
  • WpVote
    Votes 313
  • WpPart
    Parts 6
Tercurang Tanpa Niat Vol 2, wifey edition, kali ini memaparkan sisi gelap kecurangan dalam perkahwinan yang baru dibina, dari kaca mata isteri kepada Syukri. Nurul Aini, seorang wanita yang lemah lembut dan sangat menyayangi suaminya, mulai menerima bisikan nakal dari bayang-bayang lelaki di tempat kerja barunya.. godaan datang dari pelbagai arah. Segalanya berubah apabila supervisor nya sendiri mulai memberinya ugutan halus. Seorang isteri yang dulunya taat, perlahan-lahan tunduk, dibelai dengan sentuhan dan belaian yang tak pernah lagi dilakukan oleh suaminya sendiri. Hari demi hari, batas mula kabur. Bila kesetiaan diuji dengan godaan penuh seni, adakah cukup iman untuk menolak? Atau batang tubuh sendiri yang mula mencari alasan untuk menyerah diri sepenuhnya? Sebuah kisah gelap tentang cinta yang tak terucap, nafsu yang tak tertahan, dan seorang isteri yang mulai tercurang tanpa niat!
Di Antara Doa dan Dosa by steel7001
steel7001
  • WpView
    Reads 67,954
  • WpVote
    Votes 472
  • WpPart
    Parts 11
Seorang ustazah muda sering menjadi tempat rujukan seorang lelaki dewasa yang bergelut dengan masalah rumah tangga. Sesi kaunseling yang pada awalnya profesional mula berubah menjadi pergantungan emosi dua hala.
Adakah Aku Rela by key-tou
key-tou
  • WpView
    Reads 127,794
  • WpVote
    Votes 771
  • WpPart
    Parts 9
Ahmad, suami yang suka sangat ajak kawan-kawan lepak rumah hampir setiap hari, tak pernah sedar isteri dia, Siti - seorang wanita bertudung yang sangat menjaga aurat - sering terdedah dalam situasi tak selesa bila kawan-kawan tu datang tanpa amaran. Satu hari, kawan terdekat Ahmad buat permintaan yang tak pernah terlintas di fikiran sesiapa pun. Ahmad terdiam, tak bagi jawapan jelas. Siti yang mendengar permintaan itu rasa terluka dalam-dalam, dan dari situ lahir satu keputusan yang penuh dendam... tapi juga penuh rahsia yang tak disangka. Apa yang berlaku seterusnya mengubah segalanya - antara marah, cemburu, dan sesuatu yang lebih gelap dan membara di hati masing-masing. Adakah Ahmad benar-benar tak rela?
SIASAT: Kod 302 - Operasi MASQUERADE by cthajar_darksider
cthajar_darksider
  • WpView
    Reads 67,874
  • WpVote
    Votes 1,558
  • WpPart
    Parts 28
Kejayaan tidak pernah datang secara percuma. Inspektor Zarith Sofya memahami hakikat itu lebih baik daripada sesiapa. Setiap kenaikan pangkat, setiap pujian dan setiap peluang mempunyai harganya. Bagi orang lain, integriti ialah garis yang tidak boleh dilangkaui. Bagi Zarith, garis itu telah lama dipadamkan. Dia telah memilih jalannya sendiri, dan dia tidak pernah menoleh ke belakang. Tidak lama selepas dilantik sebagai inspektor, dia menerima tugasan pertamanya sebagai pegawai penyiasat. Kes berprofil tinggi itu segera menjadi tajuk utama media, meletakkan Zarith di bawah tekanan sejak hari pertama bergelar inspektor.
Usrah Isfadiah by cthajar_darksider
cthajar_darksider
  • WpView
    Reads 28,674
  • WpVote
    Votes 386
  • WpPart
    Parts 6
Perbincangan dalam usrah yang dipimpin oleh Prof. Dr. Ustazah Isfadiah tidak pernah menjadi sekadar sesi kuliah biasa; ia sering berubah menjadi pertemuan intelektual yang menemukan pelbagai sudut pandang, pengalaman hidup dan renungan yang mendalam. Kadang-kadang, satu soalan yang jujur boleh membuka pintu ilmu yang tidak pernah kita sangka wujud.
Perangkap Noda Mistik by bluduel
bluduel
  • WpView
    Reads 5,120
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 1
"Perangkap Noda Mistik" boleh dirumuskan sebagai satu konsep yang berasal daripada gabungan unsur ghaib, simbolik, dan naratif fiksyen, yang menggambarkan satu bentuk perangkap tidak kelihatan tetapi memberi kesan mendalam kepada mangsa. Dalam kebanyakan konteks, istilah ini tidak merujuk kepada sesuatu yang nyata atau saintifik, sebaliknya digunakan untuk menjelaskan fenomena dalam cerita fantasi, kepercayaan spiritual, atau sebagai metafora dalam kehidupan. Dari sudut fiksyen, ia biasanya digambarkan sebagai perangkap berasaskan tenaga mistik atau sihir yang bukan sahaja menghalang pergerakan atau kebebasan mangsa, tetapi juga meninggalkan "noda" berupa kesan gelap seperti sumpahan, kelemahan fizikal, atau gangguan emosi. Noda ini melambangkan bahawa kesan perangkap tersebut tidak hilang begitu sahaja, malah boleh berpanjangan dan mempengaruhi perjalanan hidup watak. Dari sudut kepercayaan mistik atau spiritual, konsep ini sering dikaitkan dengan idea tenaga negatif, gangguan halus, atau ikatan metafizik yang mengganggu keseimbangan diri seseorang. "Noda" dalam konteks ini melambangkan kekotoran atau beban rohani yang perlu dibersihkan melalui usaha tertentu seperti amalan spiritual atau pemulihan diri. Sementara itu, dalam makna simbolik, "Perangkap Noda Mistik" boleh difahami sebagai gambaran kepada situasi kehidupan yang kelihatan biasa tetapi sebenarnya memerangkap seseorang secara emosi atau mental. Contohnya, pengalaman trauma, rasa bersalah, atau hubungan toksik boleh dianggap sebagai "perangkap" yang meninggalkan kesan berpanjangan-seolah-olah satu noda yang sukar dihapuskan. Secara keseluruhannya, istilah ini mencerminkan idea bahawa terdapat "perangkap" yang bukan sahaja menahan seseorang, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam yang memerlukan masa, kesedaran, atau usaha untuk dipulihkan. Ia menekankan bahawa bahaya tidak semestinya bersifat fizikal-kadangkala ia tersembunyi, halus, dan berbekas dalam diri seseorang untuk jangka masa yang lama.
Cikgu Haliza by shamsiahzali
shamsiahzali
  • WpView
    Reads 161,812
  • WpVote
    Votes 197
  • WpPart
    Parts 1
Kisah kecurangan seorang guru.
Hati Mereka Yang Terluka by SeriDewiSuria
SeriDewiSuria
  • WpView
    Reads 21,788
  • WpVote
    Votes 203
  • WpPart
    Parts 23
Sering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah kita menyelami hati dan jiwa mereka yang dicurangi? Kali ini kita bukan meraikan ikatan hati pasangan yang bercinta, tapi kita akan mengupas isi hati pasangan mereka yang terluka. Kesedihan mereka apabila kepercayaan dikhianati, kelukaan mereka tatkala cinta mereka dicurangi, kepiluan mereka tatkala teman hidup membawa diri. Syafiq dan Delisa. Adam dan Jasmina. Dua pasangan suami-isteri muda yang sama cantik, sama padan, bagai pinang dibelah dua. Tetapi apabila sebelah pinang terjumpa dengan potongan yang lebih sepadan dari apa yang sudah berada disisi, maka terbit perasaan untuk memiliki. Dari perasaan itu terbit pula rasa sayang. Dari sayang terbitnya cinta. Indahnya perasaan bercinta. Indahnya perasaan disayangi. Indahnya seperti terbang di atas awan, meluncur bersama pelangi. Kecuali... kepada pasangan yang telah ditinggalkan. Kerana mahar cinta itu dibayar dengan linangan air mata. Sayang yang diganti dengan luka dan duka. Inilah kisah mereka. Hati mereka yang terluka.
Infideliti Cinta by SeriDewiSuria
SeriDewiSuria
  • WpView
    Reads 219,704
  • WpVote
    Votes 2,315
  • WpPart
    Parts 50
Cinta sepatutnya diraikan, disambut dengan berita gembira, dikhabarkan pada dunia. Tetapi apabila pasangan yang sedang dilamun cinta itu masing-masing sudah berpunya, maka yang sepatutnya diraikan itulah yang menjadi sebuah rahsia. Rahsia yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Kerana rahsia itu adalah sebuah infideliti cinta. https://www.kobo.com/my/en/ebook/infideliti-cinta