yanayerr's Reading List
3 stories
Suamiku Ketua Gangster (ON GOING) by Misscekodokpisang
Misscekodokpisang
  • WpView
    Reads 93,986
  • WpVote
    Votes 2,916
  • WpPart
    Parts 15
Aryan Emran Mikail sikapnya di dalam pejabat tegas dan bertanggungjawab manakala di luar sikap Aryan berubah 360°. Dikenali sebagai ketua gangster yang berleluasa di seluruh Malaysia. Aryan sentiasa bersikap dingin dengan PA nya iaitu Adelia Emy Miranda tetapi datang perasaan yang aneh menguasai dirinya. Aryan cuba untuk mengusir perasaan itu tetapi dia tidak mampu untuk mengusirnya. Begitu juga dengan Adelia mempunyai satu perasaan yang sama terhadap Aryan AKA bossnya tetapi terjadi suatu peristiwa yang telah menyebabkan mereka berdua terjerat dalam alam perkahwinan. Dalam pada Adelia ingin menerima Aryan di dalam hidup, muncul Aira sepupu Aryan yang menyimpan perasaan suka kepada Aryan. Manakala datangnya pula Adam, bekas tunang Adelia yang telah lama dilupakan oleh Adelia. Pelbagai konflik terjadi saat ingin mengecapi kebahagiaan. Bagaimana pula status 'ketua gengster' yang telah disembunyikan telah terbongkar. Adakah Adelia dan Aryan dapat bersatu? atau .....
🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷 by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 779,019
  • WpVote
    Votes 21,867
  • WpPart
    Parts 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta. Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta. Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri. Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri. Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda. Start : 7/8/2021 End : 24/9/2021
The Apartment by Jaehee287
Jaehee287
  • WpView
    Reads 27
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 2
Hana , a 28-year old office worker has just found her "dream apartment" with a help of her friend Lindsey. After moving in, some strange activities has happened there, such as missing items, knocks on the windows every night and whispers. At first, she thought she was just hallucinating things but the activity got worse-and-worse each day.