✧.* المفضل ✧.*
4 stories
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,016,609
  • WpVote
    Votes 44,305
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
القمر [bulan]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 979,159
  • WpVote
    Votes 99,032
  • WpPart
    Parts 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,268,707
  • WpVote
    Votes 170,369
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,556,367
  • WpVote
    Votes 340,736
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘