𝑀𝒜𝐿𝒜𝒴
36 stories
Mrs. King: The Queen From Marhaen by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,868,013
  • WpVote
    Votes 578,669
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Dia satu-satunya cinta. Sejak pertama kali aku menjejak ke sini, hanya dia menjadi sebab aku memilih untuk tinggal di 'neraka' itu. Menjadi isterinya adalah angan-angan terbesar. Mengapa bukan cita-cita? Angan dan cita berbeza. Cita untuk sesuatu yang boleh digapai. Angan? Dia Si Putera Raja. Pewaris tunggal King of Werland. Tingkahnya dingin, wajahnya kaku. Auranya mencengkam,matanya tajam. Dalam erti kata lain, dia adalah igauan. But, he hates me. Sejak pertama kali bertemu empat mata dengannya-18 Mei sehinggalah sekarang, hinaan tak pernah lepas dari bibirnya. Sehingga satu sebab, dia memilih aku sebagai isterinya.
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,325,322
  • WpVote
    Votes 328,634
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,515
  • WpVote
    Votes 35,110
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
Setia Bersamaku (Completed) by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 570,711
  • WpVote
    Votes 10,675
  • WpPart
    Parts 46
Tengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika, orangnya tidak cantik dipandang. Kurus pun tidak. Seksi pun tidak. Yang dipandang Tengku Afran adalah seorang perempuan gemuk yang terhegeh-hegeh mahu kahwin dengannya. Zulaika mempunyai hati dan niat yang baik. Hati murninya seringkali digores tapi satu sahaja dia mahu tolonglah setia bersamanya.
Mr Tutor (ON HIATUS) by aristockstill
aristockstill
  • WpView
    Reads 452,899
  • WpVote
    Votes 27,257
  • WpPart
    Parts 57
Kalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak menerima subjek yang satu itu. Risau dengan keadaan anaknya yang bakal menduduki SPM pada tahun itu, Puan Maryam membuat keputusan untuk mencari seorang tutor yang mampu membawa Yulia ke jalan yang lurus. Namun semuanya berubah apabila Yulia mendapati tutor yang diupah ibunya itu merupakan orang yang tidak pernah disangka untuk muncul semula dalam hidupnya. Highest rank - #1 in teen fiction P/s : tak tau bila nak update jadi saya sarankan jangan baca. Tapi kalau nak baca jugak, hmm siap sedia untuk kecewa.
Prince on White Horse (Terbit) by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 2,238,718
  • WpVote
    Votes 51,985
  • WpPart
    Parts 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira berhutang nyawa dengan Haiqal sebanyak empat kali. Tapi bagaimana cara Aira membalas jasa kapten lanun yang menyelamatkan nyawanya? Macam mana pula dengan prince on white horse idaman hatinya? Jumpa atau tidak? P/S: A very cliche story. Jangan baca kalau tak suka keclichean. Sekian Berminat boleh beli di Shopee Kaki Novel https://my.shp.ee/Sc8Xo28
Untuk Sekali lagi ©️ by ashafarmin
ashafarmin
  • WpView
    Reads 1,571,711
  • WpVote
    Votes 58,539
  • WpPart
    Parts 51
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu terlampau beku. Seribu kali dia cuba meraih..seribu kali cara lelaki itu menolaknya. " It was a lied when you told me that you love me." - Sufi Irdina Puas dia menolak. Tapi wanita itu masih terus cuba untuk meraih cintanya. Akhirnya dia akur. Dalam hatinya sudah terselit nama itu sejak dahulu lagi cuma dia ego! Terusan berdalih sehingga melukakan hati orang yang dia cintai. " Jangan pernah berhenti berharap. Please, comeback! I want you back!" - Thakif Zulkarnain
Kekasih Encik Dingin  by CrystalAnabella
CrystalAnabella
  • WpView
    Reads 11,880
  • WpVote
    Votes 248
  • WpPart
    Parts 10
Bila pemuda dingin bersemuka dengan gadis suka menyakat, apa yang bakal berlaku? Puteri Aurora @ Ice, seorang gadis kampung yang lincah dan ceria. Raizil Nasri pula pemuda dingin dan kurang emosi. Aurora buat perangai gila dengan menyakat pemuda itu saban hari. "Sir tak perasan ke, sir tertinggal apa? Cuai betul sir ni?" - Aurora "I tertinggal apa Aurora?" - Raizil "Sir tertinggal hati saya! Tak nak ambil dan simpan ke?" - Aurora Kadang-kadang Raizil dingin melayan kerenah Aurora. Kadang-kadang pemuda itu bikin Aurora keliru. "Lain kali, kalau you teringin sangat nak keluar malam dan pergi tempat merbahaya, you can call me. I temankan you." - Raizil "Kenapa pulak sir nak temankan saya?" - Aurora "So, I can protect you." Raizil Raizil tayang muka benci, tapi senyum dalam hati. Aurora umpama mentari kecil yang menyinari hidupnya sejak dulu lagi. Bila Niki Arman memunculkan diri, Raizil fikir dia hampir mati! "Enough! Sir fikirlah apa pun yang sir nak fikir. Cakaplah apa pun yang sir nak cakap. I'm giving up! I'm done with you!" - Aurora Bila Aurora bertekad menjauhi cinta pertamanya, Raizil mati kutu. Dia tak bisa hidup gembira tanpa gadis itu. Adakah Aurora masih sudi menerima luahan hatinya yang tersimpan lama? Antara dua orang jejaka, yang mana satu layak menjadi lelaki istimewa dalam kisah cinta Aurora? Siapa pula yang bakal disakiti bila Aurora membuat keputusan? Benarkah mereka tulus ikhlas mencintainya? Aurora sukar membuat pilihan!
Dejavu Semusim Cinta by theannemoha
theannemoha
  • WpView
    Reads 12,470
  • WpVote
    Votes 661
  • WpPart
    Parts 21
Emir yang dipaksa berkahwin dengan gadis yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya menjadikan dia dilema. Namun kerana taatnya kepada kedua ibu bapa, Emir menuruti permintaan kedua orang tuanya. ELina yang lemah lembut, sopan dan naif tidak kisah dalam menunaikan permintaan ibu bapanya meskipun dia seolah-oleh memperjudikan masa depannya dengan mengahwini Emir.
Hanya Untukku (Slow update)  by aynazmi
aynazmi
  • WpView
    Reads 6,160
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 25
Benarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inilah kisah antara Kamilia Ulfa dan Qashid Daris Hubungan mereka sebagai sahabat sangat rapat seperti adik beradik sehingga menimbulkan perasaan sayang dan cinta di dalam hati salah seorang di antara mereka Kebahagiaan palsu ditayangkan demi menjaga hubungan persahabatan yang sudah terjalin lama. Pedih hatinya apabila melihat sahabatnya benar-benar tulus mencintai orang lain. Dia mahukan cinta dari sahabatnya kerana itulah yang dia dambakan sejak dulu lagi. Adakah cinta antara sahabat antara mereka akan berputik dan membuahkan hasil? Nantikan kesudahan Much love ❤ @aynazmi