NurFarzana355
Hujan...
Salah satu rahmat Allah kepada makhluknya. Menyuburkan tanah juga tumbuhan. Membekalkan sumber air kepada yang bernyawa. Memberi ketenangan kepada hati yang resah.
Siapa sangka,
Hujan mempertemukan mereka berdua. Dia memberi ketenangan saat hatinya resah. Tanpa sedar, satu perasaan berputik di hati, namun tidak mampu diluahkan kerana bimbang persahabatan yang terjalin musnah akibat perasaan itu.
Persahabatan mereka diuji saat ragu meracuni hati. Kebenaran yang dicari terasa sukar digapai tatkala penipuan menghiasi hari.
Pilihan harus dibuat,
Persahabatan atau cinta?