milaaaMiloooo's Reading List
6 stories
Dear My Karmila 2 [C] by aaamiiraaaa
aaamiiraaaa
  • WpView
    Reads 99,819
  • WpVote
    Votes 9,682
  • WpPart
    Parts 42
Buku Kedua Dear My Karmila. Sila baca DMK sebelum anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ini :) • • Sebaik saja Khairul pergi, Karmila diganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Yang penting lelaki itu persis seperti arwah suaminya. "K-Khairul?" "Aku Khairil, kembar Khairul." Siapa tidak terkejut bukan? "Mayat seorang ahli perniagaan, Rizman ditemui di dalam rumah kosong, didapati dibunuh sebelum organ badannya seperti jantung dan hati dibawa lari oleh pembunuh." "Siapa pembunuh dia, Zara?" "Aku rasa, Mr B adalah idola dia, Karmila. Sebab cara pembunuhan hampir sama kesemuanya." Adakah Khairil juga adalah seorang pembunuh? "Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila." Siapa Khairil yang sebenarnya? Apa tujuan lelaki itu muncul dalam hidupnya? "Kenapa baru sekarang awak munculkan diri? Agak pelik untuk saya percaya orang asing macam awak." "Kerana sekarang adalah waktu yang tepat, Karmila." Apa maksud Khairil? Segalanya terjawab, dalam Dear My Karmila 2. • • Mula : 10 Jan 2019 Tamat : 27 Ogos 2019 Mistery | Thriller | Romance
Dear My Karmila [C] by aaamiiraaaa
aaamiiraaaa
  • WpView
    Reads 87,368
  • WpVote
    Votes 8,064
  • WpPart
    Parts 18
[[ Pemenang Anugerah Wattys 2018 Kategori Perempuh Cabaran ]] Siapa tidak seram, bila diri sendiri selalu menjadi perhatian seseorang. Karmila sentiasa merasakan yang dirinya diperhatikan, tetapi apabila menoleh, mencari. Tiada pula bayang yang dicari. Lagi gila, apabila menerima seutas rantai berlian yang harganya beribu-ribu ringgit dari orang yang tidak di kenali. Hasil lukisannya juga selalu laku, kerana dibeli oleh orang yang sama. Juga, nama pembeli tersebut tidak dapat diketahui, apalagi mahu didedahkan. Hanya Mr B saja yang dia tahu. Siapa Mr B? Saat buntu memikirkan nama itu, negara telah dikejutkan dengan satu pembunuhan penuh misteri, dan ia memberikan sedikit tekanan kepada rakan baiknya, Ezra selaku detektif bagi setiap kes yang melibatkan nyawa orang ramai. Sehingga ia akhirnya melibatkan kehidupan Karmila sendiri. Mula : 3 Jun 2018 Tamat : 29 Jun 2018
Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 1,442,205
  • WpVote
    Votes 55,398
  • WpPart
    Parts 58
(KARYA KEDUA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif NO COPY! ⚠️ [Siri L&D] B2 Perginya seorang teman serta seorang bapa menjentik rasa sedih di hati ketua kumpulan mafia EVIL ROSE yang telah dikatakan lenyap . Kerana hal tersebut dia bertekad mahu mencari siapakah dalang di sebalik pembunuh tersebut. Berbekalkan dengan sekeping wasiat terakhir daripada temanya, membuatkan TENGAH AFIQA AYUMI terpaksa memikul tanggungjawab yang besar selain mencari pembunuh papanya. Akhirnya AYUMI memilih untuk berpindah masuk ke SAINS HIGH SCHOOL, sekolah milik papanya. Lain pula halnya dengan seorang jejaka yang dikelilingi dengan aura membunuh yang tersangat pekat. Hanya kerana kesilapannya yang terlepas pandang, nyawa kekasih hati menjadi taruhan. Menjadi seorang pendendam bukan kemahuan SYED IRWAN FARIS. Namun FARIS terpaksa berbuat begitu agar tiada siapa berani mengusik kawasannya. Malah dia juga pewaris seterusnya kumpulan BLACK PHOENIX yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan terkonco melarikan diri kerana ketakutan. Di kerana suatu trajedi yang tidak terjangka , mereka dipertemukan. Tetapi tiada siapa yang tahu akan ada bahaya yang bakal menanti di penghujung pertemuan tersebut.
Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 1,587,780
  • WpVote
    Votes 65,519
  • WpPart
    Parts 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubillah. Agak lama aku dan kembar aku dekat Jepun ni. Dalam masa yang sama, sudah 9 tahun khabar angin mengenai kebangkitan Rose mula tersebar luas , kini kitaorang pulang semula ke Tanah air. Misinya hanya satu. Sebenarnya Mama dah rancang perkahwinan aku dengan lelaki 'TU'. Tapi tu lah, masa aku tahu aku dah bertunang terkejut jugak lah tapi sekejap je Gembira Katakan! SYED IRWAN FARIS Ingat aku lagi tak ? Budak dingin dekat sekolah dulu. 9 tahun DIA pergi, sunyi je hidup aku ni jadinya. Malah dalam masa yang sama, aku menyambung pelajaran ke US. Masa aku dekat sana Ibu aku ada call yang aku dah bertunang dengan seorang perempuan ni, terkejut gilalah aku masa tu. Tapi yang penting aku gembira . Akhirnya aku dapat juga melindungi DIA macam yang di janjikan. "Dan disinilah bermulanya kisah kami dimana ada suka mahupun duka saat berumah tangga. Dan juga jangan lupa saksikan perjalanan hidup kitaorang melindungi antara satu sama lain." Ujar Faris dan Ayumi serentak. Kisah perjalanan Faris dan Ayumi tidaklah terhenti di bangku sekolah saja. Mereka dipertemukan dengan tali pertunangan yang di ikat kemas oleh pihak keluarga ketika masih di dalam rahim lagi. Namun, musuh lama serta orang ketiga telah berjaya masuk ke dalam tali pernikahan mereka. Adakah masjid yang baru di bina akan berkekalan? Dengan pelbagai cabaran dan dugaan, TAPI! Rose memerhati. Hanya tinggal hendak menyerang saja lagi.
Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 872,758
  • WpVote
    Votes 44,774
  • WpPart
    Parts 74
(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga yang berada malah dilimpahi pelbagai jenis kemewahan, siapa sahaja yang tidak bahagia bukan? Namun bukan itu yang aku banggakan. Walaupun hidup bersama keluarga yang bahagia dan juga berada, tiada siapa yang menyangka bahawa kehidupan ku dipenuhi dengan pelbagai ancaman malah ada yang sanggup merancang untuk meragut nyawa ku. 'Mereka' sanggup berbuat apa sahaja asalkan harta yang telah sekian lama ku jaga rapi menjadi milik 'mereka' . Malah bukan hanya nyawa ku sahaja yang menjadi taruhan, mereka yang berada di sekeliling ku juga menjadi target seterusnya . Ada yang sanggup merancang untuk membunuh mereka dalam diam. Penuh perancangan yang tertib. Hal itu, mujur sahaja aku sedari awal. Jika tidak, pasti akan ada pertumpahan darah yang berlaku ketika ini. Hal ini berlarutan sehinggalah aku berpindah ke tanah air tercinta. Bertemu dengan seorang lelaki yang telah sekian lama tidak kelihatan. Lalu bertemu pula dengan 'musuh' yang lagi tangguh daripada biasa. Merancang dengan lebih banyak lagi muslihat yang sukar untuk dirungkai sendirian. Sehinggalah membuatkan aku terpaksa 'berehat' dalam 'tempoh masa yang panjang' "Aku terpaksa pergi , aku nak sangat kau jaga anak kita baik baik. Biarkan dia membesar sihat." Tika itu lah langit kelam menghiasi dunia 'si dia'. Hanya kata kata 'maaf' mampu ku ungkapkan beribu kali dalam setiap do'a. Aku tidak mahu 'si dia' terluka lagi dan kerana itu aku merahsiakan tujuan utama ku. Ketika ombak menghempas kuat batuan di gigi air, sang mentari datang menerangi langit yang dulunya kelam. AKU JANJI! Aku pergi dan akan kembali untuk MEMBALAS DENDAM. "DIA TELAH BANGKIT DARI NERAKA."
Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT)  by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,594,752
  • WpVote
    Votes 46,935
  • WpPart
    Parts 27
Ranking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong adalah terbaik bagi setiap wanita. Kisah pahit yang pernah menjadi mimpi ngerinya suatu ketika dahulu telah mengubah sisi wanita itu kepada 360 darjah. Hadirnya DANI ISKANDAR, si nakal yang ditugaskan untuk menjaga satu-satunya anak perempuan Dato' Shah. Dia licik dan mahir dalam segala benda namun sedikit pun tidak menarik minat si gadis diva Cik Aisya. Hello? Bukan senang nak pikat perempuan 'perasan' cantik itu, tapi dia pasti kenakalannya yang suka mengusik Aisya mempu membuatkan gadis itu terpikat tanpa disedari. Kenapa? Tak percaya? "Pernah ke saya sentuh Cik Aisya sebelum ni? Tidakkan?" "Siapa kata? You pernah sentuh I masa dekat depan syarikat tu apa dia? Siap peluk bahu I lagi. Itu bukan dinamakan ambil kesempatan ke huh?" "Hei, itu bukan ambil kesempatan okay?" "Then? Apa dia?" "Rezeki saya." Bertikam lidah. Memang itu yang akan jadi setiap kali mereka bertemu. Dalam diam, perasaan cinta mula mengetuk pintu hati mereka berdua. Namun, disaat hati mereka dilanda kebahagian datang pula masalah yang menyusul secara tiba-tiba. Rahsia yang digenggam erat daripada terlepas ke mulut jahat akhirnya terbongkar. Hancur retak seribu hati Aisya mengetahui identiti di sebalik bodyguard yang menjaganya setiap hari. "Aku takkan lepaskan kau, Aisya. Takkan sebab benda ni kau nak jauhkan diri daripada aku?"- DANI "Memang! I tak nak dekat dengan orang yang pernah rosakkan hidup keluarga I! lepaslah!"- AISYA Siapakah DANI ISKANDAR yang sebenarnya? Adakah dia yang berada dalam mimpi ngeri gadis itu suatu ketika dahulu? Benarkah dia seorang pengawal biasa dan bagaimana pula dengan hati Aisya yang telah dikunci oleh perasaan cinta dan sayang? Dilupakan atau diteruskan?