raemytie's Reading List
4 stories
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 985,385
  • WpVote
    Votes 45,149
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
REVIRA : The Seductive Villain by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,332,660
  • WpVote
    Votes 34,264
  • WpPart
    Parts 68
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
[C] | TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU [TERBIT SIBF 2025] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 561,071
  • WpVote
    Votes 4,941
  • WpPart
    Parts 20
𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 - OLD TITLE: TAKDIR QASEH [UNEDITED VERSION] - [REVAMP VERSION DI SIBF 2025] PREORDER [24/11-25/11] "Tepat pada hari lahir kau yang ke 18... Aku nak kau mengandungkan zuriat aku. Dan lepas tu kau bebas." Qaseh Aulia - pelajar cemerlang, anak yatim yang dibesarkan dalam penderitaan. Dia dijual oleh ayah kandungnya sendiri kepada seorang lelaki gelap berjiwa kelam. Hidupnya yang dahulu penuh harapan berubah menjadi neraka dalam sekelip mata. Jason Richard Rousse, pewaris empayar fesyen antarabangsa, menyembunyikan sisi kehidupan yang penuh luka dan jenayah. Di siang hari, dia adalah ikon kejayaan. Tapi malamnya - dipenuhi darah, dosa dan kehancuran. Hatinya mati, jiwanya musnah. Baginya, Tuhan tidak wujud. "Tuhan tak wujudlah, bodoh! Kalau Tuhan wujud, kenapa dia perlu seksa aku dengan kehidupan ni?! Kenapa aku tak pernah buat apa-apa salah dihukum macam ni?!" - Jason Richard Rousse. Dipenjara dalam rumah agam mewah, dirantai dan dipaksa tunduk, Qaseh tetap tidak menyerah. Dia melawan dengan doa, melindungi dirinya dengan iman. Sedikit demi sedikit, kelembutan Qaseh mengusik hati lelaki dingin yang selama ini menolak kasih sayang dan Tuhan. Di tengah dunia yang hilang arah, hadir seorang lelaki bernama Izz Haider - sahabat Jason yang melihat segalanya dari sisi yang berbeza. Seorang doktor, tenang dan rasional, namun menyimpan rahsia sendiri. Dialah satu-satunya yang berani menegur, dan mungkin satu-satunya yang mampu menamatkan kitaran kebinasaan yang melingkari hidup Jason dan Qaseh. "When I said Jason is a dangerous person, I meant was his obsession. To things that he loves and keeps." - Izz Haider Namun, mampukah kasih menyelamatkan mereka berdua dari bayang silam? Atau akan berakhir dengan lebih banyak luka dan kehilangan? Sebuah kisah cinta gelap, luka yang terpendam, dan iman yang diuji. Cinta ini bukan dongeng. Ini perjuangan. Ini nyawa. Start: 28 Julai 2023 End: 27 November 2023
THE DUDLEY'S BRIDE by LEMONMAPLE
LEMONMAPLE
  • WpView
    Reads 1,247,532
  • WpVote
    Votes 497
  • WpPart
    Parts 3
Iris Callista gadis pendiam dan dilabel budak 'nerd' di sekolah. Dia hanya bercakap hal penting sahaja. Aidan Dudley lelaki nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Baginya, tiada orang yang boleh mengatur hidupnya. Kerana taruhan, dia memperdaya Iris Callista sehingga gadis itu membencinya. Menginjak dewasa, Iris tumbuh sebagai wanita yang ceria,matang dan tidak lagi pendiam. Dia tidak mahu orang memijaknya lagi. Pertemuan tak dijangka antara Iris Callista dan Aidan Dudley dianggap sebagai satu kebetulan namun sebenarnya semuanya telah dirancang oleh lelaki itu. Dia obses pada gadis itu. #possessivehusband #redflaghero Saya tak pandai buat blurb 😭 korang baca jelaaaaa hehehe Start : 16/10/2023 End: 18/01/2025 Happy Reading ❤️