tak baca lagii
4 stories
BUNGA ABANG (TERBIT ) by MrsHusna92
MrsHusna92
  • WpView
    Reads 247,497
  • WpVote
    Votes 11,727
  • WpPart
    Parts 23
Tentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan kena pulangkan semula balang ni." Terkedu makcik penjual kerepek sebelum ketawa terbahak-bahak sampai berair air mata, kalau difikirkan dirinya masih muda mesti makcik dah gelak berguling-guling atas lantai kedainya. "Makcik gurau je, nak." Tentang Nadim yang kuat membuli Timah si Naif. Tak tahulah perempuan itu manusia yang boleh dikategorikan sebagai naif atau bodoh. Pakaiannya pun selalu tidak sempurna. Kalau tak buruk, mesti ada lubang-lubang kecil. Layak dijadikan kain buruk tapi masih ditampal dengan perca kain dan dipakai tanpa sedikit pun rasa malu. Tudungnya juga begitu, tudung bawal tapi warnanya kusam. Belum lagi hal-hal lain. "Kita kena kahwin." "Kenapa?." "Supaya ada orang boleh jaga kau, lindung kau daripada orang-orang tak bertanggungjawab. Aku ni macam savior kaulah." Timah kerut dahi. "Savior?." "White knight." Makin berkerut dahi Fatimah. "White khight?." Nadim mengeluh. "Super saiya tau?." Timah geleng. "Habis apa kau tau?." Nadim dah menyampah. Semua tak tau. Silakan baca Bunga Abang.
Seribu Rahsia Arasy | E-Book Version AVAILABLE by -rxcklessly
-rxcklessly
  • WpView
    Reads 203,004
  • WpVote
    Votes 992
  • WpPart
    Parts 9
Akibat terlalu membenci, Nora tidak sedar dirinya mula menyukai kedekatannya dengan the bad boys of Westwick High; Zack, Mikhael, Iqbal, Reza, Muqri dan Arasy. Setiap perjumpaan mereka, meninggalkan memori manis dan hilai tawa. Atas perjanjian yang telah dipersetujui, Nora harus melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengubah sikap The Fallen Boys dan berjanji untuk mengotakan satu hasrat keenam-enam remaja lelaki tersebut setelah mereka berjaya mengubah diri. Tapi disaat Nora meragui akan kebaikan dan keikhlasan mereka, satu-persatu rahsia mula diketahui. Kedekatan dirinya dengan Arasy telah membawa kepada satu permainan durjana yang menggadai maruahnya. Tempoh empat bulan tidak lama untuk semuanya berlaku dalam sekelip mata. Termasuk perasaan yang tidak boleh disangkal dan keterlanjuran yang terfatal. No. 1 in #Game No. 1 in #Mystery No. 1 in #Kawan No. 1 in #Jahat
KU PINTA BAHAGIA (COMPLETED) by chiaaatt_
chiaaatt_
  • WpView
    Reads 1,279,964
  • WpVote
    Votes 46,276
  • WpPart
    Parts 68
4 tahun Iman Bella menjadi isteri yang terbaik, cuba mencari redha Allah dengan menjadi isteri yang diredhai suami. Tapi dia sangkakan bahagianya akan kekal, ternyata dia dicurangi dan dikhianati oleh suami yang dia cintai. dia memilih untuk pergi.. cuba untuk bangkit.. dan ketika dia tekad untuk bangkit, dan mencari kebahagiaan sendiri, ramai jejaka datang menjanjikan bulan, bersumpah setia,mencurah kata cinta.. tidak lagi ku pinta cinta di dunia, ku hanya pinta bahagia -Iman Bella
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,484,181
  • WpVote
    Votes 65,315
  • WpPart
    Parts 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn