Ayy
8 stories
The Story Begins by Dyra_Indira
Dyra_Indira
  • WpView
    Reads 444
  • WpVote
    Votes 94
  • WpPart
    Parts 14
Cosette, cik muda Castello, cucu perempuan kepada Duke Castello, dia terkenal akan kecantikannya dan kebijaksanaannya. Dia adalah seorang wanita yang dibesarkan dengan kemewahan dan kesenangan bagaikan seorang puteri. Namun itu selepas umurnya mencecah usia lapan tahun. Apa yang berlaku kepadanya sebelum umurnya sembilan tahun...? Itu ialah satu rahsia. Malah dirinya sendiri pun tidak seberapa mengingatinya. Walaupun begitu, pada waktu dia menjejakkan kaki di kuil dan berdoa, segalanya berubah. Masa lalu yang kian dilupakan, datang menerjah dirinya seolah-olah dia begitu diperlukan. Perpisahan yang berlangsung selama sebelas tahun, akankah dipertemukan kembali dengan aman? Adakah nasib empayar mereka dan negara lain akan kekal selamat dengan adanya para pengkhianat dan pemberontak? Namun yang lebih penting, siapakah musuh mereka yang sebenarnya? Oleh itu, Cosette perlu lakukan sesuatu sebelum perkara menjadi lebih teruk. Bermula dengan mencari tahu kisah lampaunya.
I Like You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 732,601
  • WpVote
    Votes 32,228
  • WpPart
    Parts 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali bertemu dengan Nuh Ziyad ketika hari pertama dia mengajar di sebuah kolej swasta. Sejak itu, Nuh sering mengusiknya sehingga timbul rasa sayang pada Nuh. Namun, isi hati yang terluah ditolak mentah mentah oleh Nuh. Kecewa dengan penerimaan Nuh, Hana menerima lamaran Fakhrul, pilihan ayahnya. Tunang yang dipercayai boleh membuatkan Hana melupakan Nuh mula berubah kerana cemburu. Fakhrul tanpa rasa bersalah menghina dan memukul Hana. Kala itu, Nuh juga yang menyelamatkan Hana. Kali ini dia mengaku, cintanya hanya pada Hana. Namun, masa silam yang menghantui menghalang niatnya untuk menjadikan hubungan mereka lebih serius. Hana kecewa lagi. Saat dia tidak lagi mengharapkan Nuh, lamaran tiba tiba dari lelaki itu membuatkan dia ragu. © 2018
Pandora (Ongoing) by Deannn4
Deannn4
  • WpView
    Reads 2,792
  • WpVote
    Votes 842
  • WpPart
    Parts 23
-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]
Ariadne: The Witch of Order Magic by Dyra_Indira
Dyra_Indira
  • WpView
    Reads 1,800
  • WpVote
    Votes 272
  • WpPart
    Parts 32
Ketakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya ahli sihir yang masih selamat dan dapat melarikan diri. Pada saat itu, apa yang dia tahu hanyalah mencari Sorcerer Supreme untuk berlindung. Dan dia berjaya mencarinya, namun makhluk itu juga berjaya menjejakinya. Persoalan demi persoalan mula timbul dan satu persatu persoalan mula terjawab. Apa yang berlaku pada Sorcerer Suprime selepas Ariadne dapat memasuki portal ke alam lain? Siapa sebenarnya makhluk itu dan apa motif dia melakukan semua ini? Adakah peluang untuk Ariadne melawan makhluk tersebut dan memenangi perlawanan itu? Jawapannya; sudah tentulah tidak. - "Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir ke sini pada hari ini..." -Hubert - "Seperti yang tuanku boleh lihat, ianya mustahil untuk mengalihkan pandangan daripada merenungnya untuk seketika." -Jeremy - "Aku bersumpah demi tuhan dengan sepenuh hatiku...aku akan sentiasa mencintai kamu, wahai kekasihku." -Ares ~~~Di alam semesta yang begitu berbeza dari alam semesta asalnya, Ariadne, tercampak ke situ.~~~
The Royal Siblings by Dyra_Indira
Dyra_Indira
  • WpView
    Reads 30,892
  • WpVote
    Votes 3,489
  • WpPart
    Parts 106
Apabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah dia juga disebabkan tidak tengok jalan raya elok-elok dan kini dia dilahirkan kembali ke dalam salah satu watak yang tidak wujud didalam novel tersebut. Walaupun begitu, mengapa dia lelaki?!
Aurelia: Daughter Of The Elemental King by Dyra_Indira
Dyra_Indira
  • WpView
    Reads 10,510
  • WpVote
    Votes 1,180
  • WpPart
    Parts 52
Pada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datang kepadanya, dia terus bersetuju untuk mengikuti raja itu. Dia tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan penjaganya yang dikasihi, dia tahu dia akan pergi meninggalkan tempat dimana dia membesar selama ini malah dia juga tahu bahawa dia akan meninggalkan hidupnya sebagai seorang gadis bangsawan.. Tapi! Aurelia tetap akan pergi mengikuti ayahnya. Namun pilihannya ini membawa dia ke jalan yang lain pula. Berjumpa dengan orang baru, mengembara bersama, belajar magik... Perkara yang dia tidak jangkakan berlaku dalam hidupnya akan dialami olehnya. Oleh itu, inilah masanya untuk Aurelia mengembara!
CIK LIYANA : CANCER ( SHORT STORY) COMPLETED!!  by NurArsyannatun
NurArsyannatun
  • WpView
    Reads 574
  • WpVote
    Votes 64
  • WpPart
    Parts 7
Kehidupan menjadi seorang anak yatim piatu sememangnya menyentuh perasaan setiap figura yang terlibat. Ayah meninggal semasa usiaku masih mentah , ibu pula sangat sadis pemergiannya Ibu nak kamu sentiasa berbuat baik pada orang orang lain walau apa sahaja pun- Ibu Liyana Kata kata terakhir ibu sangat fresh dalam mindaku..Tetapi, masih ada persoalan, "berbuat baik" Maksudnya? Tak cukup kah dengan bersedekah . Sampai sekarang hatiku berdebar perkara apa yang akan berlaku setiap kali aku memikirkan perkataan " berbuat baik" Beberapa tahun sejak pemergian ibu, aku sedar yang aku ditemukan dengan sebuah keluarga yang lebih memerlukan pertolongan nyawa Auntie nak tahu tak? Miya rasa ..paling menakutkan bakal Miya hadapi bila mama Miya dah tak berbual dengan Miya-Adamiya Apa yang kamu mengarut ni? - Cik Liyana Mama Miya tengah sakit tenat.... doktor kata K-kk-kkanser jantung tahap 4..- Adamiya Apa yang aku rasa sekarang ni... Adakah " berbuat baik" tu adalah dengan menderma jantungku pada orang lain-menolog hatiku Miya rasa Auntie Liyana sama macam mama kuat membebel sana sini.. Auntie suka papa kan?? Dah cerita ni pun fasal kanser mesti ada yang meninggal kan....Persoalannya, Adakah Liyana akan menderma jantungnya? atau menjadi pengganti mama Miya dan isteri kepada Tuan Kamal merangkap papa Miya