Kegemaran
5 stories
Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta) by cikshazee
cikshazee
  • WpView
    Reads 90,114
  • WpVote
    Votes 1,811
  • WpPart
    Parts 16
PRIMA FACIE SHERA ZULGHAFAR Sem. Malaysia RM26.00 Sabah/Sarawak RM29.00 Sinopsis: Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. "Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?" - NUR NADHRAH "Well, that depends on how we are treated." - AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terlampau benci. Nanti akan jatuh sayang! Bagaikan magnet yang berbeza kutub, mereka akan kembali bercantum. Di mana ada Nadhrah, di situ juga ada Raffi. Kehadiran Sarah, bekas kekasih Raffi, kembali mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Aiman Suffi yang dalam diam sudah lama menaruh hati dan perasaan pada Nadhrah. Mereka berdua punya matlamat yang sama: masing-masing mahu cinta mereka diterima Nadhrah dan Raffi. "Kalau susah sangat, kau kahwin aje dengan aku, Nad! Habis cerita!" - AIMAN SUFFI "Penting sangat ke Nadhrah dalam hidup you ni, Raffi?" - SARAH AYESHA Namun, ada satu rahsia besar yang disembunyikan Raffi daripada pengetahuan Nadhrah. Tanpa diduga, malang yang menimpa Nadhrah membuatkan dia terpaksa bergantung harap pada lelaki yang pernah dibencinya. Tanpa sedar, timbul satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam hatinya yang selama ini membenci seseorang yang bernama lelaki. Mampukah Nadhrah merendahkan egonya dan berterus-terang pada Raffi akan perasaannya yang sebenar? Atau, patutkah dia tepis rasa rindu dan sayang yang kian mekar di dalam jiwa? Dalam mencari kebenaran, siapakah Nadhrah di dalam hidup Raffi? Apa rahsia yang selama ini Raffi sembunyikan daripada pengetahuan gadis itu? Tidak dicintai memang menyedihkan, tetapi jauh lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama ketika hati sudah saling mencintai. Jika harus memilih antara nafas dan cinta, maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan aku cinta padamu.
Nilai RM20 by khaisaupi
khaisaupi
  • WpView
    Reads 497,967
  • WpVote
    Votes 38,060
  • WpPart
    Parts 64
Status : COMPLETE CINTA itu buta. Tapi tidak bagi seorang gadis bernama Saila. Bukan calang orang yang dia angkat sebagai teman lelaki. 1. Harta 2. Rupa Lulus kedua-dua syarat ini, hati lelaki itu bakal ditawan. Namun prinsipnya runtuh apabila ada yang datang kembali dalam cerita hidupnya dengan membawa syarat yang ke-3. Syarat yang bisa menggoyah jatuhkan permainan seorang Saila. AGAMA. 'Apalah sangat 20 ringgit tu sedekah untuk masjid. Pahala jadi tukaran' -Lukhman Faiz- Kerana not RM20 tercetusnya satu perkenalan yang membawa kepada masa silam. 'Hanya seorang sahaja yang saya kenal akan masukkan RM20 ke dalam tabung surau. Dan saya yakin, awak orang yang saya kenal' -Lukhman Faiz- 'Semua orang boleh jadi seseorang itu. Maaf, tapi awak salah orang' -Saila Humaira- Dan sekali lagi, kerana RM20 mereka dipertemukan kembali. Mungkinkah pertemuan kali ini akan membawa kepada masa depan atau sebaliknya? p/s : story line collaboration @harsazzreen #karyakelima
PARAGON by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 18,948
  • WpVote
    Votes 3,221
  • WpPart
    Parts 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu masih ada. Situasi tersebut memberikan kesan buruk kepada semua pihak, terutamanya para rakyat. Nell, seorang remaja lelaki dengan kuasa aneh telah bertekad untuk keluar dari kurungan negaranya. Dia perlu ke utara demi mencari seseorang. Namun sepanjang perjalanannya, malapetaka sentiasa berlaku. Dia sendiri tidak pasti adakah semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Takdir telah menemukannya dengan Kaio dan Sonny, dua orang pelarian yang cuba hidup seperti biasa selepas peperangan; Azaka, seorang perempuan yang mempunyai suatu misi yang tidak diketahui; dan Auvo, lelaki penyendiri yang terpaksa keluar dari 'persaraannya'. Dalam kekalutan dan huru-hara, mereka perlu mencari solusi untuk menamatkan segala sengketa yang telah berlanjutan buat selamanya. Cover: Su Jian (Artstation)
SELINDUNG✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 206,432
  • WpVote
    Votes 20,713
  • WpPart
    Parts 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pada hati manusia yang penuh dengan titik hitam. Hingga akhirnya membawa dia menelusuri sejarah hitam buat dirinya, dan juga si dia. // yes the cover from cerita IT, but this book takde kena mengena lansung pun dengan movie tu okies xoxo//
Abang ✓ by lyakhalid
lyakhalid
  • WpView
    Reads 14,223
  • WpVote
    Votes 716
  • WpPart
    Parts 8
[REWRITTEN] Mengisahkan mengenai Syafa dan abang kembarnya. Setiap orang pasti ada ahli keluarga sendiri. Begitu juga Syafa. Namun, Syafa benci akan abang kandungnya. Sehinggalah masa silam terbongkar. #Abang penulis cerita ni telah dijemput Illahi 21 haribulan 5 2017. Diharap semua yang membaca dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abang saya. Muhammad Syakir Aiman. Warning: cerita ni adalah cerita lama saya. Penulisan pun agak berubah sebab cerita ni saya tulis masa 14 tahun. Harap korang tak kisah cerita budak 14 tahun ni.