Masterpiece ❗❤️🌹
2 stories
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,360
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
TORTURE by seonminaa
seonminaa
  • WpView
    Reads 2,839
  • WpVote
    Votes 1,281
  • WpPart
    Parts 13
[COMPLETE + IN EDITTING] Gengerous cover by IRIS'Z AWARD 2020 TORTURE [PENYEKSAAN] - Dalam gelap, siapa sebenarnya yang kau percaya? - Pertemuan pertama selepas lima tahun hanya kenal di alam maya, sepatutnya jadi memori terindah buat tujuh sahabat. Sebuah percutian jauh dari hiruk-pikuk kota, penuh gelak ketawa, janji untuk saling menjaga. Namun siapa sangka, tempat yang kononnya syurga bertukar menjadi neraka. Seorang demi seorang... hilang. Seorang demi seorang... diseksa. Seorang demi seorang... dibunuh. Apa yang bermula dengan ketawa, berakhir dengan jeritan yang tiada siapa dengar. "Perangai dia memang pelik..." - KIM NAMJOON "Kau tu orang luar! Tak payah nak berlagak baik sangatlah!" - KIM SEOKJIN "Yang aku tahu, kalau polis tak datang... aku sendiri akan bunuh kau." - MIN YOONGI "Aku tak tahu apa-apa lah, bodoh! Aku tak bunuh abang kau!" - JUNG HOSEOK "A... aku rasa t... tak lama lagi a... aku akan m... mati." - PARK JIMIN "Aku tak tahu! Aku memang tak tahu! Aku tak tahu dekat mana dia orang semua! Aku ni cuma mangsa keadaan!" - KIM TAEHYUNG "Kita semua akan selamat... kan?" - JEON JUNGKOOK Dan dalam diam, ada satu suara yang menanti... "I will find you. And I will kill you." Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Kaki dan tangan boleh dicari, Tetapi nyawa... selamanya hilang. Adakah dia manusia biasa? Atau syaitan yang bertopengkan manusia? Satu demi satu rahsia terbongkar. Satu demi satu kepercayaan musnah. Apa yang kau sangka di awal cerita... akan terbalik di akhirnya. Writer: @seonminaa Genre: Horror + Dark Thriller + Fanfiction