suhadasalimin6's Reading List
4 stories
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,353,776
  • WpVote
    Votes 34,372
  • WpPart
    Parts 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,368,539
  • WpVote
    Votes 329,610
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
AKU MEMILIH DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,238,839
  • WpVote
    Votes 39,778
  • WpPart
    Parts 50
Qaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' kurang di senangi, pada pendapat bapa Aisha Nafisa seorang pemburu tidak akan mampu memberi anak mereka kesenangan. Qaf Yusuff redha, dia membawa diri ke sebuah bandar besar. Pertemuan Qaf Yusuff dengan seorang jutawan Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah segalanya apabila lelaki itu melamar dia untuk anak gadisnya. Qaf Yusuff menolak kerana dia berasa tidak layak menjadi menantu seorang jutawan.Bagi Tan Sri Abdul Fattah, dia tidak kisah tentang pekerjaan Qaf Yusuff kerana dia lebih melihat pada keperibadian berbanding harta benda. Pertemuan kali pertama dengan anak tunggal Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah keputusan Qaf Yusuff. Sekeras mana pun Ayfa Zuelaikha menolak untuk di satukan dengan pemburu sesat itu, jika sudah tertulis itu jodohnya pasti akan bersatu jua. Saat tahu nama sebenar Qaf, Ayfa Zuelaikha jatuh cinta kerana baginya nama itu telah mencuri hatinya. Namun, saat bahagia mula menjelma kebahagiaan mereka di uji dengan dasyat. Satu peristiwa buruk telah menimpa Ayfa Zuelaikha sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Adakah Qaf Yusuff akan setia saat mengetahui isterinya kini seorang pesakit mental? Adakah perkahwinan mereka akan terus bertahan sehingga akhirnya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo