marainah0606's Reading List
12 stories
DIMENSI KITA [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 30,331
  • WpVote
    Votes 1,684
  • WpPart
    Parts 72
Portal dua dimensi hanya terbuka seketika, tetapi cukup lama untuk mencuri satu jiwa dan menggantikannya dengan jiwa yang tidak sepatutnya. Helena memandang suaminya, Radin Eshan, lelaki yang pernah menakutkannya dan melihat seseorang yang bukan dia. Lelaki itu lembut, tenang, dan menyentuh hatinya dengan cara yang Radin tak pernah mampu lakukan. Dia tidak tahu, dalam tubuh suaminya itu hidup Nidar, jiwa asing dari dunia lain, yang datang hanya untuk pergi semula. Dan di dimensi lain, Radin berlari mencari jalan kembali, sedang Helena jatuh cinta pada lelaki yang bukan milik dunianya. Cinta ini sementara. Cinta ini salah. Dan cinta ini... ditakdirkan untuk hancur. Lalu siapa yang harus dia lepaskan terlebih dahulu? lelaki yang kembali, atau lelaki yang hilang?
Rafik 2 Sulur Bidar by Zuriakhyar
Zuriakhyar
  • WpView
    Reads 2,695
  • WpVote
    Votes 147
  • WpPart
    Parts 23
'Dia lantas menyapu darah itu dengan selendang nipis yang ada di tangannya. Nafasnya mengah turun naik. Bertentangan dengannya tiga lembaga dengan kayu di tangan. Pakaian seragam hitam mereka melambangkan status soldadu atau panglima perang. Berbulu nipis warna kelabu di tepian muka serta berbauk. Saling tak tumpah seekor beruk. Sedari tadi dia bertanya sebab mereka menyerang, namun hanya dibalas dengan sengihan dan ketawa. Dasar beruk.' Baca juga buku Rafik1 "Sang Gala Raja." (cerita sendiri. Hakcipta terpelihara ) 🙂
Sedetik Lebih by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 329,256
  • WpVote
    Votes 33,073
  • WpPart
    Parts 80
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
RAFI PELARIAN DIRAJA by amnaaiwah
amnaaiwah
  • WpView
    Reads 101
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 19
Sinopsis: Rafi, seorang lelaki muda yang berasal dari keturunan diraja, dipaksa untuk melarikan diri selepas kerajaan tempatnya dilahirkan digulingkan oleh musuh-musuh yang penuh dengan pengkhianatan. Kehidupan yang dahulu penuh dengan kemewahan dan penghormatan kini hanya tinggal kenangan. Dengan kejatuhan keluarganya, Rafi ditempatkan dalam penjara yang gelap, tetapi berjaya melarikan diri, menyusuri kehidupan sebagai seorang pelarian. Sementara dalam pelariannya, Rafi bertemu dengan sebuah makhluk misteri yang muncul secara tiba-tiba. Makhluk ini bukan manusia biasa, melainkan entiti yang menyembunyikan rahsia yang lebih besar mengenai warisan keluarganya. Makhluk tersebut memberi petunjuk yang membawanya ke dalam perjalanan untuk mencari jawapan, namun bukan hanya mengenai takhta yang hilang, tetapi lebih daripada itu - kuasa yang tertanam dalam dirinya, kuasa elemen yang mengalir dalam darah dirajanya. Dengan pedang yang selalu dibawa, Rafi melatih dirinya untuk menguasai kekuatan yang baru ditemuinya. Namun, di setiap langkahnya, dia terus diburu oleh musuh, yang ingin memastikan dia tidak hidup untuk mengambil kembali takhta keluarganya. Dalam usaha untuk menguasai kuasa dan mencari jawapan, Rafi bertemu dengan seorang guru tua yang tidak akan memberi jalan mudah, mengajarnya pelbagai cara untuk menguasai kuasa elemen yang ada dalam dirinya - tetapi dengan cara yang penuh cabaran dan keperitan. Perjalanan Rafi bukan sahaja tentang mencari kuasa untuk membalas dendam, tetapi juga tentang mengenal jati diri dan menerima warisan yang sebenar. Hutan, pengembaraan, rahsia keluarga, dan makhluk misteri menjadi bahagian penting dalam pencariannya, sementara dalam hatinya, Rafi terus berjuang untuk memahami apakah takdir yang sebenarnya menantinya.
RAFIK - Sang Gala Raja (Buku 1-Tamat) by Zuriakhyar
Zuriakhyar
  • WpView
    Reads 2,646
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 11
Pertembungan dunia nyata dan ghaib telah ada sejak terciptanya Adam yang dicemburui oleh Sang Terlaknat. Sebagaimana ada kebaikan dan kejahatan di dunia manusia, wujud juga kebaikan yang tersisa di dunia jin mencabar hegemoni kuasa Sang Terlaknat dan para pembantunya yang terdiri dari jin-jin, para pendeta dan ahli sihir. Buku ini akan berlegar dengan kisah alam ghaib dan sihir orang Melayu yang lebih hebat dari Hogwarts. Asal turunnya sihir yang dilarang manusia kufur kerananya. Rafik adalah dengan cerita pemuda pemilik deria keenam yang sedari kecil sudah terlibat dalam kancah percaturan alam ghaib. Segala yang kelihatan kebetulan sebenarnya adalah perancangan jangka panjang yang berselirat tersirat di celahan yang tersurat. Hanya segelintir sahaja yang mengetahui dunia ini bukan sekadarnya semata-mata tetapi saling berkait antara alam fizik dan metafizik. Cerita ini bukan kisah seram biasa, bisa naik ke tingkat yang luar dari kebiasaan. Jangan kecewa pula jika tiada keseraman dalam kisah ini kerana itu bukan matlamatnya. Baca atas risiko sendiri. Definisi Rafik: Ar kawan, sahabat, taulan (yg karib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Eka Asmara ✔️ by Fiyafee
Fiyafee
  • WpView
    Reads 10,619
  • WpVote
    Votes 913
  • WpPart
    Parts 58
Bermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna seorang lelaki yang sukar ditafsir tetapi cukup membuatkan Mustika tertarik padanya. Namun adakah perasaan itu akan membahagiakan dia atau menjadi masalah terbesar baginya. Penuh dengan penipuan dan syakwasangka sepanjang Mustika di alam itu. Tapi adakah semuanya tipu? Atau ada terselit keikhlasan mereka dalam membantu dia? - - - - "Laut, air.... air dan api tak boleh bersatu, kan?" - Adi Rajuna "Erm, tak boleh bersatu," - Mustika Delima - - "Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [64:18]
SUMPAHAN BELIMBING HITAM by luvvvcaa
luvvvcaa
  • WpView
    Reads 195
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 16
(Sebuah kisah penuh misteri, kejahatan yang terpendam, dan kesedihan yang menghantui.) SINOPSIS Di hujung kampung, berdiri sebuah rumah pusaka yang sudah lama ditinggalkan. Orang kampung percaya rumah itu berhantu, diselubungi misteri yang tidak pernah terungkai. Namun bagi Dina, ia hanya sekadar cerita lama-sehinggalah pada suatu malam, dia melihat bayangan seorang wanita berpakaian putih berdiri di jendela rumah tersebut. Wanita itu bukan sekadar hantu biasa. Dia membawa pesan, amaran, dan rahsia gelap yang sudah lama terkubur. Sejak malam itu, hidup Dina tidak lagi tenang. Dia dihantui suara-suara aneh, bayangan hitam, dan bisikan halus yang memanggil namanya setiap malam. Apakah yang sebenarnya berlaku di rumah pusaka itu? Mengapa wanita itu muncul dan meminta Dina pergi sebelum semuanya terlambat? Dan apa kaitannya dengan sumpahan belimbing hitam yang disebut oleh orang-orang tua dahulu? Masa semakin suntuk. Dina perlu merungkai misteri ini sebelum sumpahan itu memakan dirinya...
Ritual by AkuPenulisItu
AkuPenulisItu
  • WpView
    Reads 4,508
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 32
Akid melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di hadapannya. Dia meneliti setiap satu mayat tersebut dan menekup mukanya. Dia menyesal atas perbuatannya. Kini ahli keluarganya menjadi taruhan. Dia terduduk lemah dan meraung sepuas-puasnya. Peristiwa 5 tahun dahulu kembali bermain di minda. Andai dia boleh putarkan balik masa, dia akan putarkan supaya kesilapannya boleh diperbetulkan. Apa yang terjadi 5 tahun lepas? Kalau nak tahu bacalah cerita ni. Ni first sequel. Second and third sequel akan menyusul selepas buku ini siap. !!WARNING!! Cerita ni tak sesuai untuk individu yang kuat berimaginasi atau berkhayal, takut takut terbayang-bayang di realiti dan terbawak-bawak. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Start on: 20th Jan 2020 Finish on: 1st September 2020 #FirstSequel
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 484,400
  • WpVote
    Votes 16,915
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
AYU ZALIKHA (COMPLETED) by edennforyou
edennforyou
  • WpView
    Reads 118,696
  • WpVote
    Votes 4,837
  • WpPart
    Parts 51
(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini adalah seorang 'budaya darat'. "Putera, aku minta maaf ya." Ucap Syukri secara tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Putera yang mengelamun lama memandang ke luar tingkap terus mengalihkan pandangannya memandang ke arah Syukri secara mengejut. "Err, apa?" Tanya Putera kerana tak fokus. "Aku minta maaf." Balas Syukri sambil mengeluh panjang. "Err, for what?" Tanya Putera lagi sekali. "Sebab aku macam selalu halang kau dekat-dekat dengan adik aku. Maaf, tapi aku tak suka." Cakap Syukri dengan terus terang. Tiada langsung bahasa kiasan yang keluar dari mulutnya. Senang. Putera hanya mampu tersenyum sinis sambil matanya merenung ke arah jalan raya di hadapan. "Maaf ya." Syukri bersuara lagi setelah Putera terdiam lama. Wajah Putera ditenung olehnya seketika, lalu memandang ke arah jalan raya di hadapan kembali. "Apa salah aku sampai kau tak nak sangat aku dekat-dekat dengan adik kau tu?" Tanya Putera dengan bibirnya terlekat senyuman... GENRE : COMEDY, ROMANCE