F A V |
7 قصص
Dia... Syurga Yangku Cari  [EDIT]  بقلم CikSwan345
CikSwan345
  • WpView
    مقروء 93,002
  • WpVote
    صوت 4,041
  • WpPart
    فصول 24
Beautiful Cover by @azleyanaa_ Karya Pertama✔️ #ExanderAdward #ExanderAdward2019 Dia bagaikan kaca terhempas ke batu setelah apa yang berlaku pada malam itu. Malam yang mengajarkan dia erti syukur. Erti dijaga tanpa dia sedari. Malam itu jugalah yang mengajar dia erti mengenal Tuhan. Ummi Humaira Az-Zahra... Maksud yang sedap didengari tetapi pada akhlaknya, tidak. Humaira Az-Zahra, gadis yang tidak menitikberatkan agama. Baginya, dunia hanya keseronokan dan kenikmatan. Sehinggalah malam yang tak diduga Humaira berlaku. Setiap hari, mutiara-mutiara jernih menemani. Sendunya menghiasi setiap malam. Esakan Humaira menjadi lagu melodi yang abadi. Terdetik di hatinya akan perasaan benci. Benci dengan diri sendiri yang sering terleka. Yang sering lalai akan penipuan duniawi. Dan juga terdetik di hati akan perasaan menyesal. Dari situ, awal-awal lagi hatinya sudah menetapkan kata-kata sebuah janji. Janji yang akan mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Setahun... Sememangnya sudah cukup untuk Humaira Az-Zahra mempelajari segalanya. Takdir Allah menentukan Humaira Az-Zahra dengan seseorang yang telah lama dia cintai. Takdir yang sangat indah. Yang
+11 أكثر
Bukan Untuk Dimiliki بقلم appleflakes
appleflakes
  • WpView
    مقروء 4,617,440
  • WpVote
    صوت 258,472
  • WpPart
    فصول 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
[C] KVSA2 : Kerana Cinta بقلم Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    مقروء 1,391,949
  • WpVote
    صوت 48,398
  • WpPart
    فصول 23
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum selesai. Aulia Zulaikha, berdepan dengan konflik dalam hidupnya. Dia tersepit antara cinta dan paksaan keluarganya. Tapi hatinya lebih memilih untuk setia kerana cinta seperti kehidupan. Ia tidak mudah dan tidak selalu bawa kebahagiaan. Jika dia tidak berhenti bernafas, jadi kenapa dia mesti berhenti mencintai? Bagaimana pula dengan yang lain? Kerana cinta yang mereka pertahankan dan percaya.. adakah ada keajaiban akan berlaku? Atau.. cuma sia - sia? c o v e r : @Shieyruna C O M P L E T E : 28 JUN 2018 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A kau COPY kau BANGANG!
[C] Kau VS Aku بقلم Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    مقروء 2,833,157
  • WpVote
    صوت 91,127
  • WpPart
    فصول 38
📌 WATTYS WINNER 2017 📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBIT NASKHAH NOVEL | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah disebabkan perkara yang sangat remeh! Pergaduhan itu satu kebiasaan. Tapi kebiasaan itulah yang menjadikan mereka rapat tanpa sedar. Hati pula disentuh oleh satu perasaan aneh. Kata orang, jangan terlalu membenci. Kerana kau akan kalah dengan cinta. Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA... atau mungkin TIDAK. Kerana masih ada pendengki... dan penghancur cinta! ***CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR 'CRINGE', KARUTAN DAN KEKURANGAN. JADI KURANGKAN EKSPEKTASI YANG TINGGI C O M P L E T E : 18 DEC 2017 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY kau BANGANG Best Achievement : #10 in Teen Fiction #8 in Teen Fiction #7 in Teen Fiction #5 in Teen Fiction #4 in Teen Fiction #3 in Teen Fiction #2 in Teen Fiction #1 in Teen Fiction
Hanya Rindu ✔️ بقلم aishzy
aishzy
  • WpView
    مقروء 68,932
  • WpVote
    صوت 6,289
  • WpPart
    فصول 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di sisi, dibiarkan bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi. Hanya kenangan yang menjadi titik melepaskan rindu pada dia yang tidak punya hati. "Aku minta maaf, ada sebab aku pergi tinggalkan kau, Amna." Atas sebab apa dia perlakukannya begini? Setelah bertahun-tahun ditinggalkan, lelaki itu kembali hadir dengan pohonan tersebut? Minta maaf? Bukan semudah ABC untuk Amna memaafkan. "Menutup aurat ni wajib, Amna. Saat Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita." Akhirnya hubungan persahabatan kembali pulih seperti sedia kala. Orang yang tidak mengenali mereka pasti sudah memandang Amna dan Qaayed ibarat pasangan kekasih. Rapat lain macam! Qaayed, dia telah banyak memberi ilmu dan nasihat serta teguran yang mendatangkan faedah kepada Amna. Nasihat-nasihat yang Amna akan ingat sampai bila-bila. "Happy birthday in advance, Amna!" Dan kau tipu, Qaayed. Kau tipu... Kau tipu untuk kesekian kalinya. --------- beautiful cover by @azleyanaaa
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ [BAKAL TERBIT] بقلم nrna__
nrna__
  • WpView
    مقروء 2,861,547
  • WpVote
    صوت 24,586
  • WpPart
    فصول 14
Kalau disoal tentang cinta, jawapan 'tidak ada', 'tidak akan ada' dan 'tidak mungkin akan ada' yang akan diberikan oleh Nur Hana Imani. Mustahio dia mahu memburu cinta lagi setelah dilukai oleh 'dia' yang dipuja sekian lama. Tiada angin, tiada ribut, khabar pinangan datang entah dari mana mengejutkan empunya diri. Sudahlah tiada teman lelaki, tiba-tiba disunting untuk menjadi milik orang. Persis drama melayu gilanya! Andai ini aturan Tuhan, mampukah Nur Hana Imani memberi peluang lagi untuk hatinya berbahagia dengan cinta? • Nov 2016 - May 2017 • • In editing process - start : June 2025 • • 1st Novel • • Amylicious | nrna •
BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓ بقلم nrna__
nrna__
  • WpView
    مقروء 381,405
  • WpVote
    صوت 10,540
  • WpPart
    فصول 20
Takkan pernah ada perjalanan hidup yang lancar tanpa perlu menempuh derita dan luka. Rasa itu pasti akan menyelit di setiap kebahagiaan yang sedang kau rasakan. Jadi serupa jugalah kisah hidup mereka; Hana&Naufal. Aturan Allah, rumah tangga yang dibina takkan selamanya kekal diselebungi kesempurnaan dan kebahahiaan yang berterusan. Kau tak mampu nak halang, andai itu yang Allah tuliskan di Luth Mahfuz. Saat segalanya hampir di ambang kerapuhan, Hana redha menerima segalanya. Naufal? Takdir bermain dengan mereka, mampu lagi ke peluang diberikan buat kesekian kalinya? "Mungkin dia lupa segala rasa antara kita," • • • • • • • Dec 2017 - August 2020 • • 2nd Novel • • Amylicious •