nashadesa's Reading List
195 stories
Megat Qayyum - spin off Dian Kirana by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 176
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 3
Megat Qayyum Blurb "Kalau you nak I maafkan you, cari Dian Kirana. I nak dia mengandungkan anak you... anak I." - Tengku Suriana. "I memang nak maaf you Suri. Tapi bukan dengan cara sakitkan perempuan lain. Ini bukan cara untuk minta maaf. Tapi ni nak melayan ego you!" - Megat Qayyum Megat Qayyum hidup di antara dua nama: Tengku Suriana, isteri yang tersakiti dan kejam. Dian Kirana, isteri kedua yang menjadi mangsa cinta dan pengorbanan. "I nak anak dari rahim Dian Kirana. Atau... esok pagi akan keluar kat Berita, Perempuan kena rogol beramai-ramai mati kena bunuh." - Tengku Suriana. Antara ketakutan dan cinta, Qayyum memilih untuk terus menyakiti Dian Kirana. Kerana hanya itu caranya untuk dia melindungi perempuan yang dia cintai. Dia mencintai Dian sepenuh hati, tapi terpaksa menolak cinta itu demi menyelamatkan nyawa. Dia benci Suriana, namun tidak mampu meninggal wanita itu kerana rasa bersalah dan juga ugutan. "Apa pun pilihan yang aku pilih, dua-dua berdosa. Jadi aku pilih untuk tak menganiaya orang yang aku sayang. Aku pilih untuk tanggung dosa tu." - Megat Qayyum. Tapi sampai bila kekuatan itu mampu bertahan, apabila cinta dan dosa terus bertembung dalam jiwa yang sama? Mampukah Megat Qayyum menebus dosanya... atau dia akan terus hidup dalam cinta yang tak pernah dimiliki? "Kira, Abang Yum minta maaf. Abang Yum terpaksa kejam untuk keselamatan Kira." - Megat Qayyum
Mungkin Takdir Kita by amyDorry
amyDorry
  • WpView
    Reads 230
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 3
Kisah tentang cinta dan pengorbanan
Forever, I'm Yours | E-BOOK by AliahSyuhada
AliahSyuhada
  • WpView
    Reads 3,291
  • WpVote
    Votes 118
  • WpPart
    Parts 11
Tiga tahun Alanna Dahlia membawa diri sejak Arjuna Al-Haq menyatakan hasrat ingin menikahi wanita lain. Bukan sahaja dia menyepi daripada lelaki itu, bahkan daripada semua ahli keluarganya. "I tetap dengan keputusan I. Kita berpisah dan you pergilah kahwin dengan dia." - Alanna Dahlia - "Kalau you tak rela poligami, I'll let you go. As you wish. - Arjuna Al-Haq - Dan saat dia kembali semula, tiada apa yang berubah. Statusnya masih lagi sama. Arjuna Al-Haq kekal sebagai suaminya. Dia kekal menjadi isteri kepada lelaki itu. Perpisahan yang dipinta sebelum dia meninggalkan sang suami seakan tiada bermakna. Kedinginan Alanna Dahlia membawa resah dalam jiwa lelaki Arjuna Al-Haq. Dia tahu wanita itu terseksa hidup dengannya namun pada masa yang sama dia sedar cintanya sudah lama tersemai buat insan bergelar isteri. Lebih-lebih lagi saat dia mengetahui hadir seseorang yang merupakan zuriatnya daripada wanita itu. "Kita mulakan balik semuanya. Bagi I peluang, sayang. I akan bahagiakan you dan anak kita." - Arjuna Al-Haq - "Macam mana dengan Kak Leen, isteri you yang sebelah sana? You nak I terima poligami sedangkan sejak awal I beritahu you, I menolak poligami? Hati I tak sekuat Kak Leen yang boleh menerima poligami dengan merampas bahagia wanita lain." - Alanna Dahlia - Kini, dia harus berhadapan dengan takdir yang telah tertulis. Dua wanita yang terikat dengannya. Seorang yang dicintai dan masih dicintai, namun meminta perpisahan dan kebebasan. Seorang lagi yang pernah dicintai dan tidak lagi dicintai, namun menuntut harapan dan pembelaan. Sungguh, bukan sahaja Alanna Dahlia yang parah terluka, namun Arjuna Al-Haq juga turut tersakiti dengan semua yang berlaku sehingga terpaksa menyakiti dan melepaskan wanita yang dicintai sesungguhnya... "Cukup you terseksa hidup dengan I. I dah tak sanggup tengok wanita yang I cinta menderita di sisi I. Demi kebahagiaan you, Alanna Dahlia... I akan lepaskan you daripada ikatan pernikahan kita."
Jerat Kasih Ariana (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 22,438
  • WpVote
    Votes 1,444
  • WpPart
    Parts 65
Dia seorang yang pendendam. Rancangannya mudah... kahwin dengan Zayn Ibrahim, hancurkan bisnes dan hidup Thalia Rihana. Saat pintu penthouse diceroboh oleh Thalia dan seluruh ahli keluarganya sendiri, mereka melihat sepasang manusia berada di atas katil tanpa seurat benang pun. Berita Ariana tidur dengan Zayn habis tersebar dalam keluarga besar Tuan Haji Farouk. "Tok Ayah tak kira! Ari mesti kahwin juga dengan Zayn. Kamu kena bertanggungjawab atas perbuatan kamu." - TUAN HAJI FAROUK. "Baik, saya setuju untuk kahwin dengan cucu kesayangan Tuan Haji tapi dengan syarat... Tuan Haji mesti jual 15% saham Tuan Haji pada saya. Kalau tak, reputasi bersih Keluarga Tuan Haji Farouk akan jadi busuk." - ZAYN IBRAHIM. "Sampai hati kau khianat aku, Ari? Zayn ni bakal suami akulah!" - THALIA RIHANA. Masing-masing ada jerat dan permainan sendiri. Ariana dengan dendamnya. Zayn dengan muslihatnya. Mereka bina perkahwinan mereka dengan penipuan dan pengkhianatan. "Dah sampai masa untuk kau pulangkan Ariana pada aku. Tempoh pinjaman pun dah habis... and now I just want my girl back." - JAMIE DAWSON. "Unfortunately, Jamie is better in the bed than you." - ARIANA DARISSA. JERAT KASIH ARIANA
Tengku Alang Iskandar Story by PuteriMayangSari1500
PuteriMayangSari1500
  • WpView
    Reads 31,263
  • WpVote
    Votes 1,141
  • WpPart
    Parts 80
Menyoroti kisah pengembaraan seorang pahlawan dari Kuala Kedah bernama Bujang. Beliau adalah anak kepada Sultan Abdullah dan Puteri Chut Narasari seorang Puteri dari Acheh. Pelbagai kejadian misteri berlaku sepanjang kehidupan Bujang. Suka duka dan kemanisan hidupnya. #Hasil penceritaan asal berdasarkan dari diari Tengku Alang Iskandar yang disusun oleh seorang penulis bernama Ismail...
DON'T MAKE ME FALL FOR YOU [OG] by nurameoww
nurameoww
  • WpView
    Reads 301
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 11
Nura Elraayna tak pernah fikir hidup dia akan jadi tajuk perbualan satu universiti. Tapi satu video TikTok yang disalah tafsir telah mengubah segalanya. Dalam masa satu malam, wajahnya viral, akaun dia dihujani komen, dan dia mula dituduh mempunyai hubungan dengan pelajar lelaki paling popular dan paling susah dijangka dalam kampus, Izz Kaleef. Untuk elak reputasi dia musnah, Nura buat keputusan paling gila dalam hidupnya. Berpura-pura. Dia dan Izz mula berpakat untuk berlakon sebagai pasangan kekasih. Tujuannya? Untuk selamatkan nama masing-masing. Tapi ada syarat. Izz, yang merupakan pelajar jurusan lakonan, minta Nura bantu dia menyiapkan skrip cinta paling realistik untuk pentas akhir dia. Apa yang bermula sebagai lakonan perlahan-lahan bertukar menjadi kebiasaan. Daripada pura-pura mesej bertukar menjadi perbualan sebenar. Daripada senyuman palsu menjadi rindu yang tak diminta. Daripada skrip... menjadi rasa. Tapi masalahnya, cinta bukan sesuatu yang mudah difahami. Bila satu hati mula benar-benar jatuh, dan yang satu lagi masih takut untuk percaya, semuanya jadi celaru. Dia kata, "jangan buat aku jatuh sungguh." Tapi entah kenapa, Nura rasa... dia dah jatuh pun.
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 260,097
  • WpVote
    Votes 9,665
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim