atiqahzainalll
- Lecturas 2,743
- Votos 107
- Partes 22
AMISHA AMEENA percaya hidupnya sudah cukup sempurna.
Kerjaya yang dibanggakan, keluarga yang menjadi tempat pulang, dan kehidupan yang berjalan seperti yang dirancang. Tiada apa yang perlu dikejar, tiada apa yang perlu dipersoalkan, sehinggalah Kapten Danish Danial hadir tanpa diundang.
Lelaki yang hadir membawa ketegasan, rahsia dan sebuah dunia yang tidak pernah Amisha kenali.
Pertemuan mereka perlahan-lahan mengubah sesuatu dalam hati Amisha. Cinta yang pada awalnya tidak pernah diminta, akhirnya menjadi sesuatu yang paling sukar untuk dilepaskan.
Namun, cinta bukan selalu tentang dua hati yang memilih untuk bersama.
Ada rahsia yang mampu meretakkan kepercayaan. Ada pengorbanan yang terpaksa disembunyikan. Ada ujian yang membuat dua manusia mula mempersoalkan adakah cinta benar-benar cukup untuk mempertahankan sebuah hubungan?
Dan apabila cinta mereka mula goyah, Amisha terpaksa memilih antara mempertahankan lelaki yang dicintainya atau merelakan sesuatu yang mungkin sejak awal bukan ditakdirkan untuk kekal.
Kerana tidak semua yang kita cintai ditulis untuk menjadi milik kita selamanya.
Jadi, apa yang sebenarnya menggoyahkan cinta mereka?
Ujian apakah yang menanti di penghujung perjalanan?
Dan apabila hati sudah terlanjur memilih, adakah cinta mereka akan tetap dimiliki, atau akhirnya menjadi sebuah kenangan yang terpaksa direlakan?