marcoasel's Reading List
200 stories
𝐌𝐫𝐬. 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐞𝐞𝐧 | 𝐎𝐆 by thesaraass
𝐌𝐫𝐬. 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐞𝐞𝐧 | 𝐎𝐆
thesaraass
  • Reads 4,586
  • Votes 498
  • Parts 3
𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 6 - His Regret "Aku tak benci tapi aku hanya rasa kesian dan... jijik."
MRS. ELMO NAZARI (OG) by flwershaee
MRS. ELMO NAZARI (OG)
flwershaee
  • Reads 28,099
  • Votes 2,584
  • Parts 16
ELMO NAZARI. Pemilik nama tidak segagah lelaki di luar sana. Dia, lelaki lembut yang memiliki suara perempuan jadian andai dia terkejut lalu menjerit. Tak padan dengan muka kacaknya, sikapnya yang gedik membuatkan isterinya membawa diri ke negara lain. KANNIKA NATCHA. Wanita lasak yang bersuamikan lelaki lembut. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga membuatkan kehidupan Kannika berubah. Habis jatuh air mukanya apabila berkahwin dengan lelaki macam Elmo. Muka dah hensem tapi badan kurus kering! Aku tak rela! "Aku cabar kau berubah jadi lelaki idaman aku." - KANNIKA Pantang dicabar, Elmo nekad mengubah dirinya. Pergi ke gym, berlatih untuk melontarkan suara garaunya sebagai seorang lelaki. Kepulangan Kannika ke tanah air dikejutkan dengan penampilan suaminya yang berbeza. Penampilannya itu berjaya menggetarkan hati Kannika. "Kau tak rindukan aku ke?" - ELMO Bunga-bunga cinta hadir juga menghiasi ruang hati dingin Kannika. Bermulalah bahagia yang diimpikan oleh Elmo selama ini. Namun siapa sangka, kesilapan lalu Kannika membuatkan Elmo berubah sikap dingin dan kasar. Langsung tiada kelembutan seperti dulu. "Aku tak kisahlah kau nak mampus ke apa! Bukan urusan aku!" - ELMO "Sampai hati abang cakap Nika macam tu. Nika pun ada perasaan abang." - KANNIKA "Masa kau bercinta dengan Benjamin, ada kau fikir pasal perasaan aku? Ada?!!" - ELMO Masihkah ada peluang buat Kannika menebus semula kesalahannya? Ataupun perpisahan menjadi jawapannya? Ku pinta bahagia, Kau beri derita, Pudarnya sebuah cinta, Memisahkan kita berdua. © flwershaee, 2025
NOKTAH DENDAM || OG by elviracelina
NOKTAH DENDAM || OG
elviracelina
  • Reads 1,566
  • Votes 93
  • Parts 22
NOKTAH DENDAM membuka tirai. EMIR MIKAEL. Seorang lelaki yang hidupnya terikat dengan masa lalu yang kelam. Berusaha untuk meneruskan hidupnya seperti biasa, namun bayang-bayang silam sering kali menghantuinya. Kisah lampau yang tak pernah dia ingin ingat kembali. "Perempuan cantik memang selalu sombong ke?" - EMIR MIKAEL. Dengan beraninya, dia menambat hati sang wanita yang dia sendiri tidak tahu menahu siapakah si wanita tersebut. "Jom kahwin dengan aku nak? Boleh ride motor hari-hari. Tak payah pakai moto buruk kau tu dah." - EMIR MIKAEL. Semuanya begitu bahagia pada awalnya sehinggalah satu peristiwa merosakkan segalanya. Secara tak sedar telah membawa dirinya ke dalam lembah duka dan pengkhianatan. Dosa masa lalunya kini mengejarnya tanpa henti. Menyesakkan jiwa, mengoyakkan raga. MAYA DIANDRA. Seorang wanita penuh dengan pesona yang memikat. Namun, di sebalik senyuman manisnya, ada ribuan luka yang terpendam. Baginya, setiap langkah dalam hidup ini adalah untuk memperjuangkan sesuatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri. Maya tahu apa yang dia mahu, dan dia tak akan berhenti sehingga mendapatkannya. "Mulut awak bau longkang! Jangan cakap dengan saya!" - MAYA DIANDRA. Kehadiran Emir benar-benar buat dia pecah otak. Ke mana saja dia pergi, di situ Emir akan menetap. Hari-harinya bagaikan satu penyeksaan sehinggalah perlahan-lahan, hatinya yang keras seperti batu itu mulai melembut seperti kapas. "Fine! Jom kita kahwin." - MAYA DIANDRA. Namun, siapalah yang tahu apa niat sebenar Maya. Adakah dia benar-benar telah luluh dalam cinta atau itu hanyalah sekadar ilusi derita? "Aku, derita yang kau tunggu." - MAYA DIANDRA. Dan rupanya, mereka sendirilah yang menjerut leher mereka tanpa ampun oleh kerana dendam yang tak bertampung.
Aralyn Adriana : Goddess In Disguise (Completed) by AinaNabilaAzman
Aralyn Adriana : Goddess In Disguise (Completed)
AinaNabilaAzman
  • Reads 6,084
  • Votes 902
  • Parts 43
Selain menjadi seorang senior project architect, dia juga adalah perempuan simpanan yang halal untuk Dato' Jazman. Dalam erti kata lain, dia adalah isteri Dato' Jazman yang disimpan sebalik rahsia. Hanya dia dan Dato' Jazman saja yang tahu tentang status mereka dan dia adalah Aralyn Adriana. Di Jazman Architecture, ramai staf lelaki termasuklah dengan para klien meminati dirinya. Setiap hari dia akan dipelawa untuk keluar bersama dan bermacam lagi oleh mereka namun setiap ajakan itu ditolak kerana sang suami. "Lepas ni jantan mana pulak yang akan ajak you keluar... bagi bunga?" - DATO' JAZMAN. "Kalau tak nak I dikebas orang, tunaikanlah permintaan I. I cuma minta you beritahu satu dunia pasal kita. Tak susah pun kan?" - ARALYN ADRIANA. Ya, mereka sudah berkahwin selama tiga tahun tapi hak Aralyn sebagai isteri masih kabur namun akhirnya dia tetap mencintai Dato' Jazman meskipun orang tua itu kuat cemburu buta apatah lagi saat kehadiran Tarique Gibran yang amat berbudi bahasa dan tinggi adabnya berjaya membuatkan fokus Aralyn teralih kepadanya. "Tanggungjawab seorang suami ni berat, Cik Aralyn. Kalau dah jadi suami tapi masih tak tahu menjaga hati isteri... salah tu! Saya selalu ingat kata-kata ayah saya... kalau nak rumah tangga kita bahagia, suami perlu mengutamakan isterinya terlebih dahulu." - TARIQUE GIBRAN. Makin hari makin jelas kemesraan mereka berdua hingga menyebabkan Dato' Jazman menjadi semakin gila dengan cemburunya apatah lagi apabila rahsia perkahwinan keduanya pecah akibat musuh dalam selimut. Aralyn juga yang menjadi mangsa. "I akan bunuh Gibran kalau itu saja caranya untuk buat you terus hidup dengan I." - DATO' JAZMAN. "Perempuan macam awak ni memang tak layak bahagia! Sampah!" - TARIQUE GIBRAN. Cinta berduri disangka permata, sedih dirasa penuh lara. ARALYN ADRIANA : GODDESS IN DISGUISE
CINTA HATI ALI by itswynaa
CINTA HATI ALI
itswynaa
  • Reads 4,083
  • Votes 568
  • Parts 26
Hubungan antara gadis kampung dan CEO Megah Holding? Oh tidak. Kisah cinta antara Ali dan Fatimah bukan lah kisah cinta yang indah seperti dalam TV. Kisah cinta antara penoreh getah dan anak pengutip buah. Dalam kampung yang serba-serbi kekurangan dengan kemudahan moden itu, terdapat seorang lelaki yang bertungkus-lumus bekerja menoreh getah untuk membantu ayahnya menampung keluarga. Munculnya seorang gadis yang cukup cantik dan ayu ke dalam hidupnya membuatkan Ali bekerja lebih masa selama beberapa bulan. Setelah yakin pada hatinya sendiri, yakin pada takdir-Nya, Ali akhirnya berhasrat meminang gadis pujaannya itu. Walaupun dia tahu, duit simpanannya masih tidak mencukupi untuk menampung hidup gadis itu, tapi dia tetap akan usaha sehabis mungkin. Lebih baik bekerja keras daripada pujaan hati dirembat orang. ❝Sebenarnya, kita rancang nak masuk minang awak hujung minggu ni. Kita harap awak boleh terima kita.❞ - ALI FIRDAUS ❝Hujung minggu? Esok lah, kan? Saya harap awak pegang kata-kata awak. Saya tunggu awak esok, Ali.❞ - FATIMAH AZZAHRA Bak kata orang tua, rezeki tak salah alamat, jodoh tak kemana. Akhirnya, mereka berjaya di ijab kabulkan dengan izin kedua belah keluarga. Namun, bolehkah mahligai yang baru dibina itu berdiri teguh dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan ekonomi yang semakin menyeksa kini? Adakah kebahagiaan menanti kedua mempelai itu, atau perpisahan yang menjadi penutup kisah mereka? ゚𐦍༘⋆ PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Tangled Trap by Jwayara
Tangled Trap
Jwayara
  • Reads 159,431
  • Votes 10,285
  • Parts 53
"With my own freaking brother... Suweilah! Kau tunang aku, Alisha. What on earth are you thinking?" - Raja Zidan Maleeq. "I messed up, okay? And I'm so sorry!" - Raja Alisha. Disebabkan seorang wanita, cintanya terkubur tanpa secebis rasa. Disebabkan seorang wanita, cinta yang ditatang selama 4 tahun hancur begitu saja. Hampir seluruh wanita cuba disingkirkan kerana bagi Raja Zidan Maleeq, cinta itu umpawa racun yang akan menyeksa diri. Cinta itu tidak seindah seperti yang dilustrasi di alam fantasi mahupun realiti. Namun siapa sangka perancangan Tuhan itu lebih indah. Semuanya bermula dari permainan hati yang akhirnya memamah jiwanya sendiri. "I'll be dead honest, this is gonna be your final warning. Leave her the fuck alone, or else I'll kill your goddamn ass." - Raja Elhan Aqashah. "Bet you got a thing for her. Do your damndest to be with her, whoever wins gets her. Let's see who she decides to stick with in the end, alright?" - Raja Zidan Maleeq. Emilin Yusra... Kehadirannya menyentuh hingga ke dasar hati. Cantik, menawan dan sukar dimiliki. Makin cuba untuk dijauh, makin dekat di dalam jiwa. Makin cuba untuk dibenci, makin mekar cinta di hati. Takdir juga jagoh berpusing bagaikan roda buat mengikat dua hati dan dua jiwa yang saling memendam rasa. Bagi Zidan, Yusra tidak boleh dicari ganti. Dia sudah tekad, sudah semat di hati bahawa gadis itu harus menjadi miliknya. "You know what, I really didn't do anything to deserve someone as amazing as you." - Raja Zidan Maleeq. "We deserve each other. That's something I genuinely believe in." - Emilin Yusra. Baja-baja kasih ditabur buat menyemai tunjang kasih yang semakin utuh maka mekarlah bunga-bunga indah di dalam mahligai cinta. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan mereka suami isteri. Masih wujudkah cinta, kasih dan sayang yang pernah digembur-gemburkan dahulu? Atau ukiran janji setia diantara dua hati hanya mampu mencipta kenangan dan luka?
Bittersweet Serenade by daisyxdahlia
Bittersweet Serenade
daisyxdahlia
  • Reads 3,721
  • Votes 416
  • Parts 2
Redza Elyas | Melissa Zakiya
I Hate You But I Love You! by NurulHuda015
I Hate You But I Love You!
NurulHuda015
  • Reads 225,175
  • Votes 7,354
  • Parts 64
Arissa Aleeya-gadis cantik, bergaya, dan penuh keyakinan. Mulutnya petah, lidahnya tajam, dan dia tidak pernah kalah dalam mana-mana perdebatan. Sebagai influencer terkenal yang terbiasa dengan dunia glamor, Arissa yakin bahawa semua orang harus mengikut rentaknya. Namun, semuanya berubah apabila dia bertembung dengan Rizq Afnan, seorang lelaki yang sangat bertentangan dengannya. Cool, selamba, dan penuh aura misteri, Rizq langsung tidak terkesan dengan gaya 'diva' Arissa. Bagi Rizq, gadis itu hanyalah satu masalah besar yang perlu dielakkan sejauh mungkin. Malangnya, takdir punya rancangan lain. Mereka sering bertemu-bukan dalam situasi biasa, tetapi dalam keadaan yang memaksa mereka bergaduh tanpa henti. Dari insiden kecil seperti berebut tempat parkir, hingga ke pergaduhan besar yang melibatkan perniagaan keluarga, mereka seperti musuh ketat yang tidak boleh bernafas dalam ruang yang sama. Namun, satu kejadian tidak diduga membuatkan mereka terperangkap dalam perkahwinan tanpa rela. Dengan perangai masing-masing yang bertentangan bagaikan api dan air, mampukah mereka bertahan dalam hubungan yang dipaksa ini? Atau adakah pergaduhan mereka hanya akan menyalakan api cinta yang tidak mereka sangka?
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
LOVE & YOU (TERBIT)
Lollysnow
  • Reads 535,712
  • Votes 3,298
  • Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00