c a d b u r y
10 stories
Hero Dalam Irama | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 583,943
  • WpVote
    Votes 32,194
  • WpPart
    Parts 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️
Embun Anggerik by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 361,030
  • WpVote
    Votes 35,603
  • WpPart
    Parts 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok. "Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feel to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs gasping for air." - Alam Uzayr " Shut up." - Embun Anggerik Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri
TUAN KHAIRUL ✓  [C]  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 397,884
  • WpVote
    Votes 19,898
  • WpPart
    Parts 70
Sekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha Khairul Iddin. Maknanya mulia, membawa maksud sebaik-baik agama. Wajahnya elok, otaknya ligat, namun ada satu kecacatan dalam agama. Kejadian silam membentuk diri menjadi manusia berkiblatkan nafsu haiwan. Di usia muda sudah berani melanggan sugar baby mengikut cita rasa sendiri. Bahkan ramai dara ditebuknya. Betapa rosak diri itu sejak di sekolah rendah lagi. "Mak teh jangan tinggalkan Khai, ya?" -Khairul Iddin Topeng 'anak soleh' dipakai kerana dia. Namun, setelah wanita kesayangannya pergi... terhapus jualah segala sisi baik yang ada. Tinggal Khairul sendirian bertemankan syaitan.
GENIAL [FIXI] ✨ by redd_aadhny
redd_aadhny
  • WpView
    Reads 77,837
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 2
Tajuk: GENIAL Penulis: Redd Aadhny Penerbit: Buku Fixi Mukasurat: 304 ISBN: 9786297693644 Harga: RM28 Sinopsis: Haifa Nabilah hanyalah seorang anak yatim piatu dan pelajar biasa di SMK Genial. Hidupnya jarang tenang kerana permusuhan dengan Sarah, saudara tirinya. Ketika sebuah kumpulan pelajar elit bernama Genial mengumumkan pencarian ahli baru, Sarah mencabar Haifa untuk bersaing merebut tempat tersebut. Halangan demi halangan ditempuh, hingga akhirnya Haifa terpilih sebagai ahli Genial. Namun kebenaran baru tersingkap saat dia menjejakkan kaki di kediaman yang disediakan khas untuk ahli kumpulan itu. Rupa-rupanya mereka semua adalah pemburu sejenis makhluk yang berupa seperti anjing besar bernama Beast, dan itu bukannya tugas yang main-main. Selepas mengetahui kebenarannya, Haifa menjadi ragu. Mampukah dia menggalas tugasan itu? Dan sanggupkah dia membayar harga sebenar untuk menjadi seorang Genial? (Gambar kulit depan @tash_rsd)
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 40,228
  • WpVote
    Votes 5,346
  • WpPart
    Parts 32
BOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jawapan. "Kalau betul abang sayang Aisyah... Abang letak Ahmad dekat rumah anak-anak yatim hari ni juga." -Aisyah Qomar " Salman, baru dia datang sini berapa jam... Hati aku dah sakit. Semua benda tak kena dekat mata dia." -Zack "You tahu tak dia tu siapa? Ada nampak apa-apa tatu dekat badan dia?"-Doktor Fadzli Hati itu sikapnya berbolak balik. Satu titik hitam melekat, jangan ditambah lagi hingga keseluruhan menjadi legap. New message! Daripada: unknown Harimau mati meniggalkan belang. Manusia mati meninggalkan? Di pengakhiran, erti kehidupan sebenar terungkai. *** Sekuel novel Untuk ke Syurga. Sila habiskan pembacaan novel yang pertama. Bismillah. Moga Allah redha. --- Action ft. Romance ft Islamic start: 24 Jun 2020 end: 7 July 2020
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ ✓[C] | هجرة  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 54,928
  • WpVote
    Votes 7,264
  • WpPart
    Parts 29
BOOK #1 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 IRIS'Z BEST ACTION 2020 AWARD #1 STAR GALAXY AWARDS - DEIMOS ACTION ROMANCE AWARD #3 THE SUPERNOVA Bismillah Pemuda bernama Salman Firash ini melalui hari-harinya sebagai seorang pengedar dadah demi menikmati kesenangan hidup sejak melarikan diri dari rumah 8 tahun yang lalu. Dia dan Zack bergerak sebagai teman dalam melangsaikan setiap tugasan hinggalah pada suatu hari lelaki ini terjumpa seorang kanak-kanak tanpa nama. "Berhenti panggil aku ayah." - Salman Firash Hasrat Salman untuk meninggalkan kanak-kanak itu kian goyah apabila dia terus menganggap dirinya sebagai ayah. "Apa masalah kau? Ni anak kau ke? Ke anak hasil kau terlanjur dengan mana-mana betina?"-Zack Itulah persoalannya, dia tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan perempuan. Anak itu tiada pertalian darah dengannya. "Ayah. Adik cuka (suka) main buai." - Ahmad Hati itu pernah merasai hubungan akrab dengan seorang kanak-kanak hinggalah peristiwa gelap pada satu malam. Kini, dia dibelai lagi dengan sentuhan kanak-kanak yang terus membahasakan diri sebagai adik. "Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?" -Atiqah Najla "Kau tak faham? Kau akan mati kalau kau cuba keluar dari geng kita. Aku sayang kau, Man." - Zack "Just stop it. Jangan tunjuk sangat terhegeh-hegeh dekat Ain." - Farah Ain "Najla, kau rasa betul ke tindakan aku untuk luahkan hati aku pada dia?" - Aisyah Qomar Hijrahnya bukan kerana perempuan atau sesiapa. Hijrahnya kerana hati itu sudah muak mengejar kemewahan. Dia hanya mahu hidup seperti lelaki lain yang akan membina keluarga. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia punyai seorang anak yang menganggap diri itu sebagai ayah. "Aku bukan nak menang pun. Tapi aku nak Zack keluar dari dunia dadah ni." - Salman Firash Bismillah. Semoga Allah redha. --- Action + Family + Romance sta
Parut by BaliBaim
BaliBaim
  • WpView
    Reads 10,300
  • WpVote
    Votes 758
  • WpPart
    Parts 42
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,010
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
MATA [COMPLETED] by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 69,301
  • WpVote
    Votes 5,935
  • WpPart
    Parts 26
Setelah kemalangan dan membuat pembedahan mata, Adam mula tertanya tentang identitinya yang sebenar. Ini bukan cerita seram yang anda perlu menyorok di dalam selimut. Ini bukan cerita sedih yang anda perlu sediakan tisu. Ini adalah kisah tentang 'Dia' dan anda hanya perlu membacanya sambil minum air nescafe. #KARYAPERTAMAMIKAEL
Budak Sixth Sense [Completed] by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 181,292
  • WpVote
    Votes 16,944
  • WpPart
    Parts 54
Start : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.