- m y. h a n d w r i t i n g.
3 stories
[✓] VIOLET WITCH : The Eternal Stone by yugf_kim
yugf_kim
  • WpView
    Reads 917
  • WpVote
    Votes 237
  • WpPart
    Parts 22
Eternal Stone, ataupun diterjemahkan sebagai Batu Abadi, iaitu tiga batu permata yang dicipta untuk kegunaan pada masa hadapan. Setiap permata yang diciptakan mengandungi pelbagai elemen-elemen berbeza yang mampu memberi kelebihan kepada diri, sekali gus membawa kepada kemusnahan alam semesta. Pada mulanya, batu-batu tersebut hidup dalam satu kumpulan. Namun, ketiga-tiganya terpaksa dipisahkan di tempat-tempat berbeza atas asbab yang tertentu. Salah satunya didedahkan dan telah diberikan kepada seorang ahli sihir yang boleh dipercayai iaitu, Karina. Sejak kecil, kelebihan yang ada dalam dirinya telahpun diperkuatkan oleh permata abadi tersebut untuk membantunya mengawal kuantiti penggunaan kuasa supaya tidak digunakan secara berlebihan. Dengan itu, Vyll Starforce, sebuah organisasi yang telah ditubuhkan untuk mempertahankan keselamatan negara sendiri, diberikan tugas dan amanah untuk menjaga serta melindungi Karina yang merupakan aset berharga bagi negara mereka. Namun, satu peristiwa telah berlaku menyebabkan segelintir manusia hilang kepercayaan terhadap Karina. Dia yang merupakan khazanah terpenting dalam negaranya, tiba-tiba masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai musuh yang nyata. STARTED : 13052022 COMPLETED : 21092022 >>> inspired by Marvel's Movies. >>> semua watak, tempat, jalan cerita serta hidup dan mati adalah TIDAK BENAR dan REKAAN SEMATA-MATA. >>> DILARANG menciplak❗️ >>> countless words for each chapter
[✓] SHUT DOWN : The Faceless by yugf_kim
yugf_kim
  • WpView
    Reads 620
  • WpVote
    Votes 194
  • WpPart
    Parts 34
Selepas terpisah dalam satu kemalangan, Rosé menghadapi kehidupan seorang diri. Tanpa ibu, dan insan bergelar seorang adik di sisi. Perkara ini berterusan hampir dua dekad lamanya sehinggalah dia pulang ke negara Korea Selatan. Namun, kepulangannya itu bukanlah atas kerelaan diri, tetapi lebih kepada keterpaksaan. Kehadiran gadis itu bikin negara bertambah huru-hara kerana sebelum ini, negara itu telah mencatat banyak kes penculikan menyebabkan rasa bimbang sering dialami oleh masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, Rosé perlu menyiasat sesuatu di atas permintaan ahli keluarganya. Terpaksalah dia hidup sebagai seorang pelarian di negara tersebut, meskipun dia tahu yang dirinya tidak bersalah. Dalam masa yang sama, Rosé juga ingin melaksanakan hasratnya yang sudah lama tersemat dalam sanubari, sehinggalah dia sedar bahawa selama ini dia telah diperhatikan oleh seseorang. STARTED : 17012023 COMPLETED : 03052023 >>> inspired by Marvel's Movies >>> semua watak, tempat, jalan cerita serta hidup dan mati adalah REKAAN SEMATA-MATA dan TIDAK BENAR >>> DILARANG menciplak❗ >>> 1800 - 2300 words for each chapter
[OG] VIOLET WITCH : The Queen Of Desert by yugf_kim
yugf_kim
  • WpView
    Reads 267
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 13
Sequel >>> Violet Witch : The Eternal Stone Dunes, sebuah planet gurun. Uniknya, pasir di situ sebati dengan debu berwarna emas yang dihasilkan secara semulajadi dipanggil sebagai rempah. Rempah itu seringkali digunakan dalam ubat-ubatan, mahupun dalam masakan. Pada pemerintahan Raja Wang, beliau memulakan legasi penuaian rempah emas di planet Dunes bagi mengubah sejurus memenuhi kebajikan rakyatnya. Kini, Karina, pemerintah baharu negara Erlax telah mengambil alih operasi tersebut. Hari demi hari rempah dituai, mencetuskan kemarahan seseorang yang sudah lama memerhati. Sampailah satu masa, kemunculan beliau membuatkan Karina berundur, tidak mahu meneruskan legasi tersebut lagi. STARTED : 29082023 COMPLETED : >>> Inspired by Marvel's and Dune Movies >>> Semua watak, tempat, jalan cerita serta hidup dan mati adalah TIDAK BENAR dan REKAAN SEMATA-MATA >>> DILARANG MENCIPLAK‼️