bayangmiaa
- Reads 1,824
- Votes 397
- Parts 11
#1st midnight series
| ππππ πππππ ππππππ |
ββββΰ¨ΰ§ββββ
Pernah rasa macam dunia berhenti berputar bila orang yang kau cinta hilang tanpa pesan?
Itulah yang terjadi pada Laura Delisha. Ditinggalkan tanpa kata, tanpa alasan. Noah Louis Aidier, lelaki yang dia percaya dan cinta dengan sepenuh hati, tiba-tiba lenyap entah ke mana. Bagi Laura, cinta pertama itu mati perlahan-lahan, dan dia sendiri dibiarkan hidup dengan tanda tanya.
Setiap hari dia fikir, apa salahnya? Apa yang dia buat sehingga lelaki itu sanggup tinggalkannya tanpa sebab?
Setahun dia tunggu. Dua tahun dia cuba lupakan. Tapi luka yang Noah tinggalkan, tak pernah betul-betul sembuh.
Sehinggalah suatu hari, kemunculan Noah semula menimbulkan tanda tanya terbesar dalam hidup seorang Laura.
"I'm back, my love." - Noah
Kenapa sekarang? Kenapa selepas semua yang dia musnahkan?
"Hari awak tinggalkan saya, hari itu juga saya mula belajar untuk bencikan awak!" - Laura.
Dan Noah? Dia seakan tak peduli dengan semua tu. Tak kira sebanyak mana pun Laura menolak, Noah tak pernah berundur.
"You can't run from me, baby." - Noah
"Awak tak ada hak untuk paksa saya!" - Laura
Larilah sejauh mana, Laura tetap akan berhadapan dengan Noah. Bagi Laura, cinta mereka dah lama mati. Tapi bagi Noah, mereka tak pernah berakhir.
"Fate isn't strong enough to tear us apart." - Noah
Hari berganti hari, minggu bersilih minggu dan bulan terus berlalu. Semakin lama, semakin Laura sedar yang dia tak lagi mampu melarikan diri.
Takdir yang selama ini dia cuba elak, perlahan-lahan menuntunnya kembali. Mungkin inilah jalan hidupnya, jalan yang tak pernah dia pilih, tapi tetap juga harus dia tempuh.
ββββΰ¨ΰ§ββββ